You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SKUDAI Tel: 07-5563890


TAMAN SRI SKUDAI Faks: 07-5561543
81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU E-mel: jea1006@moe.edu.my
Laman web: www.smkskudai.edu.my
JOHOR
_____________________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : SMKS.400-1/1 jld ( )


Tarikh : 9 Mac 2022
Kepada,

En. Samsudin bin Ahmad


Yang Dipertua PIBG,
SMK Skudai. Disokong

Melalui
Pengetua
SMK Skudai

Tuan,

PERMOHONAN PERUNTUKAN PIBG UNTUK PENYEDIAAN MAKANAN CALON SPM


2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengurus penyediaan makan dan minum
semua pelajar Tingkatan 5 sepanjang Peperiksaan SPM berlangsung bermula 2 Mac 2022 sehingga 29
Mac 2022. Ini bagi tujuan mengawal pergerakan pelajar , pengurusan masa dan penyediaan makanan
lebih teratur selaras dengan usaha menangani risiko jangkitan Covid 19.

3. Kos yang dianggarkan bagi tujuan ini berjumlah RM 5832.00. Untuk makluman tuan, jumlah kutipan
sumbangan yang diperolehi setakat hari ini ialah RM 4520.00.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon peruntukan daripada PIBG sebanyak
RM 1312.00 (Ringgit Malaysia : Seribu tiga ratus dua belas sahaja) bagi menampung pembiayaan
tersebut.

5. Sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih..

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

.............................................................................
(HAJAH RASIDAH BINTI ABD KADIR)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Skudai,
Johor Bahru, Johor.

You might also like