You are on page 1of 4

SKRIP PENGACARA

MAJLIS SAMBUTAN KASIH EN. MOHD FAUZI BIN ISMAIL

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan guru besar baharu SK Kuala Geris masuk ke dewan.

Nyanyian 3 buah lagu

Bagi memulakan majlis pada hari ini, marilah sama-sama kita berdiri bagi menyanyikan tiga
buah lagu iaitu lagu sekolah dan lagu negeri dan lagu sekolah.

Hadirin dipersilakan berdiri.

-nyanyian-

Terima kasih diucapkan. Hadirin dipersilakan duduk.

Assalamualaikam wbt dan salam sejahtera.

Yang Diraikan, En Mohd Fauzi bin Ismail, Guru Besar SK Kuala Geris

Yang Berusaha, En Shamsuddin bin Othman, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Kuala
Geris

Yang Berusaha, En Mohd Zahari bin Mohd Ghazi, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK
Kuala Geris

Yang Berusaha, En Goh Yew Cheng, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Kuala Geris

Yang Dihormati, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kemubu, …………………………………………………

Yang Dihormati, guru-guru penolong Sekolah kebangsaan kemubu

Yang Dihormati, rombongan dari Sekolah Kebangsaan Kemubu, para guru dan seterusnya
hadirin dan hadirat sekalian.

Mawar di taman mekar nan indah,


Harum mewangi dirumpun serai,
Terukir senyuman pembuka kalimah,
Selamat datang tuan dirai.
Puisi dialun madah termetrai,
Usik si dara dititip kalam,
Datang bersambut tua dirai,
Warga kuala geris menguntum salam.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Kuala Geris merasa berbesar hati, mengucapkan selamat
datang ke majlis sambutan kasih tuan guru besar baharu, En. Mohd Fauzi bin ismail ke
Sekolah Kebangsaan Kuala Geris

Bacaan Doa

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Meneruskan majlis berbahagia nan bermakna ini, kita mulakan dengan munajat doa
menohon restu dari Yang Maha Esa. Majlis mempersilakan Ketua Murid SK Kuala Geris,
Muhammad Aiman bin Mohd Tarmizi untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

-bacaan doa-

Terima kasih diucapkan kepada saudara Muhamad Aiman bin Mohd Tarmizi diatas pimpinan
doa itu tadi.

Ucapan Aluan

Jejaran mengkudu berbias kesuma,


Di celah angsana di tanah jawa,
Ucapan aluan pembuka bicara,
Di dewan wawasan kita bersua.

Emas tempawan buatmu puteri,


Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Shamsuddin bin Othman, Guru


Penolong Kanan Pentadbiran SK Kuala Geris untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
-ucapan-

Terima kasih diucapkan kepada En Shamsuddin bin Othman diatas ucapan aluan sebentar
tadi.

Ucapan Guru Besar

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Pergi ke kota membeli selasih,


Sayang si dara membuat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan kata.

Sampailah masa yang kita nantikan iaitu untuk mendengar amanat dan pesanan, lontaran
idea serta gagasan. Majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang
Berusaha, En Mohd Fauzi bin Ismail, Guru Besar SK Kuala Geris untuk menyampaikan
bingkisan kata.
Dipersilakan.

-ucapan guru besar-

Demikian tadi ucapan daripada Yang Berusaha, En Mohd Fauzi bin Ismail, Guru Besar SK
Kuala Geris. Semoga ucapan beliau menjadi pemangkin buat seluruh warga SK Kuala Geris
dalam memacu pendidikan ke arah kecemerlangan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Guru Besar.

Terbang helang di hujung salang,


Hinggap berdua di dahan kasar,
Pencetus wawasan pemangkin gemilang,
Bernaung khidmat tuan guru besar.

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di
penghujung ini untuk mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Yang
Berusaha Tuan Guru Besar dan menyampaikan kalungan bunga terima kasih kepada sekalian
tetamu yang hadir dan semua pihak yang terlibat dalam memastiukan majlis permai pada
siang ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.
Lebat rumbia di sungai kedah,
Saying senduduk di tepi muara,
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Para tetamu jemputan dijemput ke kantin sekolah untuk menikmati juada jamuan yang
telah disediakan.

Akhir kalam dari saya,

Sekian, wassalamualaikum wbt.

You might also like