You are on page 1of 2

MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL.

1/2020

Tarikh : 6 Februari 2020

Masa : 1.30 petang

Kehadiran :

1. Encik Nooridzman Bin Sebli Guru Besar

2. Pn. Rapiah Bt Tembol Ketua Panitia


3. Encik Anas Akmal Bin Ahmad Poad Setiausaha
4. Encik Aji Bin Aji jinin
5. Encik Alifarizal Bin Sahak
6. Pn. Fasehah Bt Ibrahim

1. Perutusan Pengerusi
1.1. Ucapan kata-kata aluan Pengerusi.
1.2. Mengucapkan terima kasih kepada semua guru matapelajaran Bahasa Melayu kerana berjaya
menaikkan pencapaian Bahasa Melayu pada tahun 2019.
1.3. Mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan aktiviti panitia bagi
tahun 2019.

2. Penetapan Sasaran
2.1. Guru-guru matapelajaran Bahasa Melayu tahap 2 diminta menyediakan penetapan sasaran bagi
tahun 2020.

3. Aktiviti Sepanjang Tahun


3.1. Program cakna minda akan diadakan pada setiap hari khamis dan akan dikendalikan oleh guru
Bahasa Melayu yang telah ditugaskan.
3.2. Melaksanakan program minggu bahasa sekurang-kurangnya 1 kali bagi tahun 2020.
3.3. Kelas tambahan Bahasa Melayu tahun 5 dan 6 akan diadakan pada setiap hari Isnin.
3.4. Setiap kelas tahun 1 hingga tahun 6 hendaklah menyediakan sudut bahasa di dalam kelas.
3.5. Melaksanakan PLC Bahasa Melayu sebanyak 3 kali setahun.

4. Hal – Hal Lain


4.1. Guru-guru matapelajaran Bahasa Melayu hendaklah melaksanakan pendidikan sivik sekali
sebulan.
4.2. Matapelajaran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya hendaklah dilaksanakan sekurang-
kurangnya 30 minit seminggu.
4.3. Guru –guru matapelajaran Bahasa Melayu hendaklah menekankan tulisan yang kemas di setiap
kelas yang diajar.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh,

………………………………….

(ANAS AKMAL BIN AHMAD POAD)

Setiausaha Panitia Bahasa Melayu,

SK Awat-Awat.

Disahkan oleh,

………………………………….

(NOORIDZMAN BIN SEBLI)

Guru Besar,

SK Awat-Awat.

Disemak oleh,

………………………………….

(RAPIAH BT. TEMBOL)

Ketua Panitia Bahasa Melayu,

SK Awat-Awat.

You might also like