You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN SELESA JAYA 2

JALAN SILAT HARIMAU 33, BANDAR SELESA JAYA


81300 SKUDAI
JOHORBAHRU. 1i 07-5115301

Ruj. Kami :JEA1084/100-19/2021()


Tarikh :7 NOVEMBER 2021

Kepada,

IBU BAPA dan PENJAGA MURID SMKTSJ2

Tuan,

RALAT: PEMAKLUMAN KEHADIRAN MURID TINGKATAN 5

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Surat siaran sekolah bertarikh 31 Oktober 2021 adalah ralat. Surat tersebut memaklumkan
bahawa semua murid Tingkatan 5 perlu hadir ke sekolah disebabkan data KKM menyatakan
bahawa kadar murid yang telah menerima vaksin lengkap melebihi 90 peratus. Akan tetapi
berlaku percanggahan di pengkalan data APDM apabila kadar murid yang telah menerima
vaksinasi lengkap adalah kurang daripada 90 peratus. Ketidakselarian data antara APDM dan
KKM menyebabkan berlaku perubahan terhadap kehadiran murid Tingkatan 5.

3. Oleh hal yang demikian. kehadiran murid Tingkatan 5 ke sekolah masih dalam sistem
penggiliran seperti sebelum ini. Rujukan bagi penggiliran murid telah disertakan di ruangan
lampiran.

4. Setiap perubahan yang berlaku akan dimaklumkan dari masa ke masa. Segala kesulitan amat
dikesali.

Sekian.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

s.k Fail PIBG


Fail Sekolah

You might also like