You are on page 1of 1

Teks Perhimpunan Mingguan

1. Yang berusaha Guru Besar SK Trusan, Cikgu Abdul Rahman bin Haji Abit, guru-guru
penolong kanan, guru-guru, anggota kakitangan pelaksana dan rakan-rakan sekalian.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera. Kita panjatkan
kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya juga, dapatlah kita berhimpun
sekali lagi pada majlis perhimpunan pagi ini.

2. Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, kita akan menyanyikan lagu kebangsaan negara kita
iaitu ‘Negaraku’ dan diikuti dengan lagu kebesaran negeri Sarawak iaitu ‘Ibu Pertiwiku’.
Semua hadirin diminta untuk berdiri tegak.

3. Untuk memberkati majlis perhimpunan kita pada pagi yang mulia ini, dijemput
________________________________________ bagi mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.
(Tunggu sehingga bacaan doa selesai) Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi.

4. Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan menjemput ________________________________


untuk mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara. Majlis mempersilakan. (Tunggu sehingga
bacaan ikrar selesai) Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Semua hadirin dijemput
duduk.

5. Bagi meneruskan lagi perhimpunan kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan guru bertugas mingguan untuk menyampaikan maklumat penting. (Tunggu
sehingga guru bertugas selesai berucap). Terima kasih atas maklumat yang disampaikan
sebentar tadi.

6. Majlis seterusnya mempersilakan _______________________ (nama guru yang ingin


memberi ucapan/maklumat jika ada). (Tunggu sehingga ucapan selesai) Terima kasih
diucapkan.

7. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput guru besar SK Trusan/Penolong Kanan


Pentadbiran/Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/Penolong Kanan Kokurikulum ,
_____________________ (nama guru yang berucap), untuk menyampaikan ucapan beliau.
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan. (Tunggu sehingga ucapan selesai) Terima
kasih atas ucapan yang diberikan.

8. Bagi mengakhiri majlis perhimpunan kita pada pagi ini, diminta semua sekali lagi untuk
berdiri tegak bagi menyanyikan lagu sekolah kita, ‘For the Future’.

9. Dengan itu, tamatlah sudah perhimpunan kita pada pagi ini. Diminta semua murid masuk ke
dalam kelas masing-masing dalam barisan.

10. Sekian, wabillah hi taufik wal hidayah.Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan


salam sejahtera.

You might also like