You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK, KUCHING

D/A Pejabat Pendidikan Daerah Kuching,


Jalan Diplomatik, Off Jalan Bako,
93050 Petra Jaya, Kuching.
(YBA 1337)

KERTAS KERJA
HARI PENYAMPAIAN HADIAH DAN
HARI KONVOKESYEN PRASEKOLAH
PENGENALAN
Pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang adalah terbentuk dari gabungan intelek, jasmani, rohani,
emosi dan sosial yang berpontesi tinggi. Ini terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sehubungan dengan itu, tujuan pembentukan insan yang seimbang tersebut, maka Prasekolah Sekolah
Kebangsaan Salak akan mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah dan Hari Konvokesyen Prassekolah
untuk menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Majlis Penyampaian Hadiah dan Hari
Konvokesyen Prassekolah ini dilaksanakan secara permuafakatan ibu bapa penjaga untuk merapatkan
hubungan sosial masyarakat setempat.

TUJUAN
Majlis Penyampaian Hadiah dan Hari Konvokesyen Prassekolah diadakan adalah untuk menghargai
murid-murid prasekolah yang mengikuti kelas prasekolah SK Salak. Majlis ini juga diadakan sebagai
perjumpaan terakhir bersama ibu bapa dan penjaga murid prasekolah pada tahun semasa.

OBJEKTIF
Melalui Majlis Penyampaian Hadiah dan Hari Konvokesyen Prassekolah :
1. Melatih murid-murid tentang adab dalam sesuatu majlis.
2. Menghargai penglibatan murid-murid dalam kelas prasekolah.
3. Merapatkan silaturrahim di antara pihak sekolah, guru-guru serta ibubapa dan penjaga murid-
murid prasekolah.

PELAKSANAAN
Tarikh : 23 Februari 2022 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi

KUMPULAN SASARAN
Murid Prasekolah dan ibu bapa penjaga Murid Prasekolah sesi 2021.

SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan Geran Tahunan Khas sebanyak RM5000 disumbangkan oleh Kerajaan Negeri
Sarawak melalui Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan
Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak.
ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT HARGA


1. CENDERAHATI TAMAT
PRASEKOLAH

Set Alat Tulis 16 unit

2. Sijil 1 rim
3. HADIAH TERBAIK
MATAPELAJARAN
Set Alat Tulis
10 unit

JUMLAH

PENUTUP
Diharap Majlis Penyampaian Hadiah dan Hari Konvokesyen Prasekolah ini dapat dijalankan dengan
lancar tanpa sebarang masalah. Semoga aktiviti yang dijalankan akan dapat mencapai matlamat dan
objektifnya serta menjalinkan silaturrahim yang baik anatara pihak ibubapa dan pihak sekolah.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

…………………………………………. ………………………………………….
(MACLIFFTON TEMBAK SINAU) (MASNI BINTI BUJANG)
Guru Prasekolah, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Salak. Sekolah Kebangsaan Salak.

You might also like