You are on page 1of 2

Rujukan kami : SESTA/100-4/8

Tarikh : 15 Oktober 2021


En. Ahmad Noor Syamsi bin Zainoldin
Ketua Balai
Jabatan Bomba dan Penyelamat
Jalan Chenderiang Lama, Taman Anson
35000, Tapah
Perak

Tuan,

JEMPUTAN MENYAMPAIKAN CERAMAH SEKOLAH SELAMAT

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kadet Bomba dan Penyelamat Sekolah Menengah Sains Tapah
(SESTA) akan mengadakan satu program sempena perjumpaan mingguan badan beruniform pada
ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Oktober 2021 (Khamis)


Masa : 3.00 petang
Tempat : Kediaman masing-masing melalui Google Meet

3. Sehubungan itu, saya serta seluruh warga Sekolah Menengah Sains Tapah (SESTA) amat
berbesar hati menjemput tuan untuk menyampaikan ceramah mengenai sekolah selamat.

4. Untuk sebarang pertanyaan, tuan boleh berhubung dengan Ketua Guru Penasihat Kadet Bomba
sekolah iaitu En. Mohammad Faizol bin Mohamed di 013-4476816.

5. Kerjasama dan penyertaan yang diberikan oleh pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan
terima kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(EN. MIOR MOHD FADZLI BIN MOHAMED YUSOF)


Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SM Sains Tapah

You might also like