You are on page 1of 7

SPSK PK 07/3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KOTA EMERALD


MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KE-3 TAHUN 2021

Tarikh : 12/7/2021
Masa : 4: 00 p.m.
Tempat : Google Meet
Pengerusi : Lai Wai Keat
Kehadiran : 25 Orang
Nama yang Hadir : Rujuk lampiran senarai kehadiran

1. Ucaptama Pengerusi

1.1. Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat Panitia


Sains kali yang ke-3 bagi tahun 2021.

Tindakan: Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas

2.1. Dibentangkan oleh Cik Chai Yu Ning.

2.2. Dicadang untuk disahkan oleh Encik Chew Chee Leong.

2.3. Disokong untuk pengesahan oleh Puan Lee Chia Ning.

Tindakan: Makluman

3. Perkara-perkara Berbangkit

3.1. Kertas soalan telah siap diriso oleh Encik Azman. PKSR 2 akan berjalan
seperti yang dirancang.

3.2. Guru-guru dikehendaki membincang skema jawapan agar keputusan


murid-murid adalah lebih jitu dan tidak menimbul ketidak-adilan.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
SPSK PK 07/3

Tindakan: Makluman
4. Pembentangan Kertas Kerja Pertandingan Kuiz Sains Peringkat Sekolah
2021

4.1. Tajuk bagi kertas kerja ini ialah Pertandingan Kuiz Sains Peringkat
Sekolah Tahun 2021. Kertas kerja ini disediakan oleh Ketua Panitia
Sains.

Tindakan: Makluman

4.2. Matlamat utama aktiviti ini dijalankan supaya:

4.2.1 Mengcungkil bakat-bakat dan memupuk minat murid-murid terhadap


mata pelajaran Sains.

4.2.2 Mumupuk daya pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan murid-
murid.

Tindakan: Makluman

4.3 Disebabkan kurikulum yang baharu (KSSR Semakan), guru-guru tahun 4


diminta menggubal soalan yang baharu. Soalan kuiz perlu disemak oleh
ketua panitia selewat-lewatnya sebelum 7.9.2021 (Isnin).

Tindakan: Makluman

4.4 Pertandingan ini bakal dijalankan mengikut ketetapan di bawah:

Tarikh : 18.9.2021 (Jumaat)


Masa : 7:30 a.m. – 8:00 a.m. (30 minit)
Tempat : Bilik darjah masing-masing

Tindakan: Makluman

4.4 Peranan Guru Bertugas

4.4.1 Sebaik sahaja murid-murid menghantar kertas jawapan, guru bertugas

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
SPSK PK 07/3

perlu mencatat masa pada bahagian atas, sebelah kanan dengan


format minit dan saat.

4.4.2 Guru perlu mengingatkan murid-murid agar tidak membuat sebarang


catatan mahupun contengan di atas kertas soalan kuiz. Soalan kuiz
perlu dikutip dan dihantar kepada guru Sains kelas masing-masing
sebaik sahaja pertandingan berlangsung.

Tindakan: Makluman

4.5 Peranan Guru Sains Setiap Kelas

4.5.1 Guru-guru Sains setiap kelas perlu menyemak jawapan murid-murid


sebaik sahaja pertandingan berlangsung.

4.5.2 Guru-guru memilih 5 orang murid yang mendapat markah tertinggi


untuk bertanding dengan murid-murid dari kelas berbeza.

4.5.2.1 Setiap darjah akan dianugerahkan Tempat 1 hingga


Tempat ke-5, diikuti dengan 5 sagu hati.

4.5.3 Guru perlu menyemak setiap muka surat soalan kuiz. Kertas soalan
yang diconteng akan dilupuskan serta merta. Setelah disemak, kertas
soalan dipulangkan ke dalam kotak yang disediakan untuk kegunaan
tahun hadapan.

Tindakan: Makluman

5. Perbincangan

5.1 Progran Intervensi Tahun 1-6

5.1.1 Panitia Sains akan melaksanakan program intervensi dalam kalangan


murid-murid.

5.1.2 Program intervensi memainkan peranan untuk membantu kumpulan

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
SPSK PK 07/3

murid yang belum mencapai tahap minima dalam mata pelajaran


Sains.

5.1.3 Bagi murid Tahap 1, mereka disasarkan untuk mencapai sekurang-


kurangnya TP 3. Bagi murid Tahap 2 pula, mereka disasarkan untuk
mendapat sekurang-kurangnya markah lulus, iaitu 40 markah dalam
PKSR 3 nanti.

5.1.4 Semua guru Sains dikehendaki menggubal item-item modul intervensi


bagi semua tajuk Mata Pelajaran Sains berdasarkan DSKP.

5.1.4.1 Guru perlu menggubal sekurang-kurangnya 8 soalan


objektif dan 6 soalan subjektif dari TP 1 hingga TP 3.

5.1.4.2 Item soalan perlu dihantar kepada Ketua Panitia untuk


disemak selewat-lewatnya pada 9.9.2021 (Rabu)

5.1.4.3 Format item modul intervensi adalah ketetapan seperti


berikut:

Margin : Narrow
Font : Kaiti
Saiz Font : 12
Header (Kanan) : MODUL SAINS TAHUN 1/2/3/4/5/6
Footer (Kiri) : SJKC KOTA EMERALD / PANITIA
SAINS

5.1.4.4 Setelah item modul disemak oleh ketua panitia dan telah
dipastikan memenuhi kehendak yang ditentukan, maka
guru memuat-naikkan modul tersebut ke dalam Google
Drive mengikut pautan yang akan diberikan nanti.

5.1.7 Kaedah Pelaksanaan

5.1.7.1 Guru-guru Sains setiap kelas mengenal pasti sasaran


program intervensi.

5.1.7.2 Modul intervensi akan dirisokan oleh Encik Azman.


Sebaik sahaja modul-modul siap diriso, guru-guru perlu

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
SPSK PK 07/3

bekerjasama untuk menyusun dan mengeklip kertas


soalan tersebut.

5.1.7.3 Modul ini tidak boleh dibawa pulang oleh murid-murid.


Guru dicadangkan mengambil masa 5 minit untuk
membimbing murid-murid menjawab item modul
intervensi sebaik sahaja selepas suatu sub topic
pembelajaran.

5.1.7.4 Tindakan susulan perlu diambil untuk membantu mereka


yang tidak dapat menjawab item dalam modul dengan
apa cara juga untuk membantu murid-murid agar mereka
boleh mencapai sekurang-kurangnya TP 3.

5.1.7.5 Bagi kumpulan murid yang tidak dapat menjawab item


dalam modul intervensi, guru boleh menilai mereka pada
TP 1 ataupun TP 2. Modul yang dijawab oleh mereka
disimpan sebagai bukti.

5.1.7.4 Guru-guru perlu mencetak TP ataupan markah sebelum


dan selepas program intervensi dilaksanakan dan
disimpan dalam fail sebagai bukti.

Tindakan: Makluman
5.2 Pembelajaran Murid-murid Selepas PKP

5.2.1 Tingkah laku dan kelakuan murid-murid semasa pdpc dilaksanakan


agak tidak memuaskan kerana baru sahaja pulang ke sekolah. Guru
dikehendaki sabar terhadap karenah murid-murid.

5.2.3 Guru dikehendaki menyemak hasil kerja, buku kerja ataupun buku
latihan yang telah diamanahkan kepada murid-murid sepanjang PKP
dilaksanakan.

Tindakan: Makluman

5.3 Laporan Khidmat Bantu Pegawai PPD

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
SPSK PK 07/3

5.3.1 Pegawai-pegawai PPD telah mengunjung ke sekolah untuk


memberikan khidmat bantu kepada pihak sekolah.

5.3.2 Pegawai-pegawai telah menyemak setiap fail panitia dan menunjukkan


bahagian dan ruang yang perlu diperbaiki dan dimurnikan.

5.3.3 Selaras dengan tunjuk ajar pegawai, panitia Sains akan merancang
program intervensi untuk membantu murid-murid yang tidak mencapai
tahap minima dalam mata pelajaran Sains.

5.3.4 Data-data perlu dikumpul sebagai bukti. Data-data tersebut perlu


dicetak dan disimpan dalam fail panitia.

5.3.5 Pegawai-pegawai menyarankan bahawa segala aktiviti yang dirancang


perlu mempunyai kesinambungan dengan arah kurikulum sekolah.

Tindakan: Makluman
5.4 Pdpc Mata Pelajaran Sains

5.4.1 Kemajuan pdpc Sains bagi setiap darjah perlu diselaraskan.

5.4.2 Tempoh pembelajaran bagi tahun 2021 telah dipanjangkan. Justeru,


pindaan rancangan tahunan mata pelajaran Sains Tahun 1 hingga
Tahun 6 dilaksanakan.

5.4.3 Guru-guru disarankan agar tidak mengejar silabus dan perlu


melaksanakan pdpc mengikut RPT yang baharu.

Tindakan: Makluman
6. Hal-hal Lain
Tiada

7. Ucapan Penangguhan

7.1. Mesyuarat kali ini dapat dijalankan dengan lancar dan bersurai pada pukul 5
p.m.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
SPSK PK 07/3

Disediakan oleh, Disemakkan oleh, Disahkan oleh,

(CHAI YU NING) (LAI WAI KEAT) (SEOW NGOK MOOI)


Setiausaha Panitia Sains, Ketua Panitia Sains, Penolong Kanan
Kurikulum & Pentadbiran,
SJK (C) Kota Emerald, SJK (C) Kota Emerald,
SJK (C) Kota Emerald,
Rawang, Selangor. Rawang, Selangor.
Rawang, Selangor.

Tarikh: ______________
Tarikh: ______________ Tarikh: ______________

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

You might also like