Faktor-Faktor Yang Mendorong Kedatangan Kuasa-Kuasa Barat Ke Asia - Perkembangan @eropah

You might also like

You are on page 1of 1

11/9/21, 9:50 PM Faktor-faktor yang Mendorong Kedatangan Kuasa-kuasa Barat ke Asia - Perkembangan @Eropah

Perkembangan @Eropah
EROPAH PERUBAHAN MASYARAKAT PENJELAJAHAN REVOLUSI IMPERIALISME BARAT DI ASIA UJIAN FORUM

faktor-faktor yang mendorong kedatangan


kuasa-kuasa barat ke asia
  

faktor ekonomi
Selain matlamat untuk mendapatkan bahan mentah, negara perindustrian Barat menjelajah Afrika dan Asia untuk mendapatkan pasaran bagi
hasil pengeluaran industri masing-masing. 

Oleh sebab Britain merupakan negara perindustrian dan kuasa maritim yang terulung pada masa
itu, Britain telah mendahului negara-negara Eropah yang lain. 
Walau bagaimanapun, setelah Revolusi Perindustrian merebak ke benua Eropah, negara seperti
Jerman, Belanda, Perancis, dan Itali telah juga menjadi kuasa imperialis. 
Revolusi pengangkutan yang berlaku dengan kewujudan sistem jalan kereta api dan ciptaan kapal
wap telah memudahkan perhubungan dan mempercepat perjalanan. 
Hasil kedua-dua revolusi ini, negara Eropah yang mempunyai teknologi-teknologi yang jauh melebihi
negara di Asia dan Afrika ini telah saling berlumba antara satu sama lain untuk mendapatkan daerah
masing-masing di Asia dan Afrika. 
Lagipun dalam kes Britain, misalnya, menjelang tahun 1830 saingan daripada negara Eropah dan
Amerika Syarikat kian kritikal kerana negara-negara tersebut telah melindungi industri mereka
dengan peraturan tarif (cukai barangan import) masing-masing. 
Jadi, Britain telah terpaksa mencari pasaran di Asia dan Afrika memandangkan barangan Britain
tidak lagi dapt dieksport ke Amerika dan Eropah secara mudah seperti dahulu. 

faktor sosial
Selain faktor ekonomi terdapat juga beberapa faktor lain yang turut mendorong kuasa Barat menjadi kuasa imperialis di Asia dan Afrika. 

Seperti pada abad yang sebelumnya, terdapat dalam kalangan ahli masyarakat Barat yang juga berhasrat untuk menyebarkan
pengaruh tamadun dan agama mereka ke seberang laut. 
Di samping itu, wujud juga semangat perlumbaan dalam kalangan negara Barat untuk saling mengatasi antara satu sama lain
dalam kegiatan menakluk kawasan atau daerah di luar Eropah. 
Malah, menurut sesetengah pandangan, kuasa Barat seolah-olah menganggap pemilikan tanah jajahan sebagai
satu status atau simbol yang menandakan bahawa mereka sudah menjadi sebuah kuasa yang kuat . 
Lagipun, orang-orang Eropah juga menganggap usaha mengembangkan tamadun mereka di luar Eropah sebagai tanggungjawab
mereka. 
Inilah yang disebut oleh orang Inggeris sebagai the white man's burden, oleh orang Perancis sebagai mission civilisatrice, oleh orang
Jerman sebagai tugas menyebarkan budaya dan oleh orang Amerika sebagai the blessings of the Anglo-Saxon protection.

POWERED BY

https://eropah.weebly.com/faktor-faktor-yang-mendorong-kedatangan-kuasa-kuasa-barat-ke-asia.html 1/2

You might also like