You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN PENERIMA BANTUAN KWAMP

BIL. 1/2017

Tarikh : 16 Januari 2017


Masa : 2.15 – 3.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Pos Gedong
Kehadiran :
1. En Wan Mohd zain B Wan Bakar ( Guru Besar)
2. Pn Hjh Hapisah Bt Hamzah (Guru Penolong Kanan Pentadbiran )
3. En.Razali B Zakaria ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )
4. Pn Mazenah Bt Jahani ( Guru Penolong Kanan Kokurikulum )
5. YM Tengku Rugayah Bt Tuan Mat ( GPK Pend Khas )
6. Pn Laila Bt Hj Najmuddin
7. Pn Hjh Meriam Bt Mohammad
8. En.Roslin B Mohd Nor
9. Semua Penyelaras Tahun 1 hingga 6

1. Ucapan Pengerusi (GPK HEM)


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab. Pengerusi mengucapkan
terima kasih diatas kesanggupan semua AJK hadir ke Mesyuarat Unit
KWAPM Kali Pertama 2017.
1.2 Beliau memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat kali ini adalah untuk
mengemaskinikan sistem fail Unit KWAPM .
1.3 Di samping itu juga, tujuan utama mesyuarat KWAPM pada kali ini ialah
untuk membuat pemilihan murid-murid yang layak memohon bantuan
KWAPM bagi tahun 2017.
1.4 Pendapatan penjaga yang layak ialah RM720 ke bawah atau pendapatan
perkapita RM180 ke bawah.
1.5 Sehubungan dengan itu, AJK mesyuarat mengucapkan berbanyak terima
kasih kepada semua guru yang terlibat melengkapkan data murid.

2. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas

2.1 Minit disahkan oleh : Pn. Hjh Meriam Bt Mohammad


Minit disokong oleh : En Roslin B Mohd Nor

3. Kelulusan Permohonan Bantuan Kwapm bagi tahun 2009


3.1 Senarai nama murid yang layak telah pun diterima oleh pihak sekolah.
Bilangannya ialah seramai 83 orang termasuk 24 orang murid yang telah
masuk ke tingkatan 1, 2011.
3.2 Pihak sekolah telah diminta melengkapkan borang rumusan yang telah
dikeluarkan itu dengan memasukkan nama dan nombor kad pengenalan
penjaga murid yang terlibat.

4. Mesyuarat memutuskan bahawa:


4.1 Seramai 99 orang murid diperakukan layak bagi memohon bantuan KWAPM
bagi tahun 2011. Senarai nama adalah seperti di Lampiran A.
4.2 Seramai 7 orang murid didapati tidak layak memohon kerana penjaga telah
mengalami pertambahan pendapatan iaitu melebihi RM720/RM80.
4.3 Pn. Saedah dengan bantuan Pn. Norhayati telah diminta untuk
mengumpulkan boring-borang permohonan yang telah lengkap dan
menyimpannya dalam satu fail.

5. Agihan bantuan KWAPM akan dibuat sebaik sahaja mendapat arahan daripada
PPD.

6. Hal-hal lain
6.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa pemilihan ini adalah dibuat berdasarkan
data SMM 2011 dan sebarang kemusykilan yang ditimbulkan oleh penjaga
bolehlah segera merujuk kepada GPK HEM.

7. Penutup

Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana semua AJK telah dapat
memberi kerjasama dan idea yang bernas sepanjang mesyuarat kali ini
berlangsung.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.35 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................... ...............................................
( LAILA BT HJ NAJMUDDIN ) ( RAZALI B ZAKARIA )
Setiausaha, GPK HEM
SU KWAMP.
.

Disahkan oleh,

................................................................
(MOHD.ARIFF BIN ABD.HAMID)
Guru Besar,
SK Alor Lintah

You might also like