You are on page 1of 6

MODUL PEMBELAJARAN

PRODUKSI REKA TANDA

MODUL 4.1:
PAPAR TANDA AKRILIK
Nota

Membuat keputusan dalam kerja mengukur, menanda dan memotong panel


mengikut saiz yang dikehendaki berdasarkan spesifikasi hasil kerja akhir

Mengukur, menanda dan memotong saiz panel akrilik mengikut ukuran secara manual atau
menggunakan mesin pemotong akrilik dengan tepat dan kemas :

Secara manual
a
Mengukur dan menanda saiz panel akrilik mengikut ukuran.
Meletakkan pembaris pada garisan yang telah dibuat.
Menggunakan pisau pemotong akrilik potong berulang kali pada garisan
yang telah dibuat sehingga separuh ketebalan kepingan akrilik.
Mematahkan kepingan akrilik yang telah di potong dengan meletakkannya di
tepi meja mengikut garisan potongan dan patahkan .
Mengelas sekeliling panel akrilik supaya panel akrilik licin dan kemas.
Menanggalkan l apisan p elindung akrilik p ada salah satu permukaan dan
mencuci akrilik menggunakan lighter fluid supaya bersih daripada sebarang
gam perekat.
Nota: Melayur mengunakan blow torch di sekeliling kepingan akrilik
supaya kemas, licin dan berkilat sekiranya perlu.

Menggunakan mesin pemotong


b
Mengukur dan menanda saiz panel akrilik mengikut ukuran .
Meletakkan kepingan akrilik di atas ruang kerja mesin pemotong .
Melaras kedudukan panel supaya garisan yang ditanda selari dengan mata
mesin.
Memotong panel akrilik dengan berhati-hati dan mematuhi prosedur operasi
standard (SOP).
Mengelas sekeliling panel akrilik supaya panel akrilik licin dan kemas.
Menanggalkan l apisan p elindung akrilik p ada salah satu permukaan dan
mencuci akrilik menggunakan lighter fluid supaya bersih daripada sebarang
gam perekat.

Nota: Melayur mengunakan blow torch di sekeliling kepingan akrilik


supaya kemas, licin dan berkilat sekiranya perlu.
PROSES KERJA MEMOTONG AKRILIK SECARA MANUAL

1 Mengukur dan menanda saiz panel


akrilik mengikut ukuran.

2 Memotong kepingan akrilik dengan


menggunakan pisau pemotong akrilik.
Memotong berulangkali pada akrilik
sehingga kedalaman potongan ¾ daripada
ketebalan akrilik.

3 Meletakkan akrilik pada bahagian tepi meja


dan mematahkan bahagian akrilik yang
telah dipotong.

4 Mengelas sekeliling panel akrilik supaya panel akrilik licin dan


kemas.
Menanggalkan l apisan p elindung a krilik p ada salah satu
permukaan dan mencuci akrilik menggunakan lighter fluid s upaya
bersih daripada sebarang gam perekat.
Menggabungkan hasil kerja (artwork) akhir reka letak pada panel

Menampal vinil reka bentuk yang telah dipotong menggunakan mesin pemotong vinil (plot) ke
permukaan panel akrilik dengan menggunakan pita pemindah. Menanggalkan bahagian vinil
mengikut lapisan warna untuk semburan cat dan menyembur cat semburan tin mengikut
lapisan dengan ketebalan yang seimbang.

PROSES MENGGABUNGKAN HASIL KERJA

1. MEMINDAHKAN VINIL PADA AKRILIK

a b

Melekatkan pita pemindah pada Menyembur air sabun pada


vinil yang telah diplot. permukaan panel akrilik.

c d

Meratakan vinil dengan


Meletak dan melaraskan reka
menggunakan sekuji.
bentuk vinil ke atas permukaan
panel akrilik.

Mengelap lebihan air sabun dan


mengeringkan panel dengan
menggunakan alat pengering.
Latihan

1. S uaipadankan proses kerja memotong panel akrilik di bawah ini.

Mengukur dan Mengelas Memotong Mematahkan


menanda saiz sekeliling panel kepingan akrilik bahagian akrilik
panel akrilik akrilik supaya menggunakan yang telah
mengikut ukuran. panel akrilik licin pisau pemotong dipotong.
dan kemas. akrilik.

2. S uaipadankan proses kerja memindahkan vinil pada panel akrilik di bawah ini.

Mengeringkan air
sabun pada
panel.

Menyembur air
sabun pada
permukaan panel
akrilik.

Meletak dan
melaraskan reka
bentuk vinil ke
atas permukaan
panel akrilik.

Meratakan vinil
dengan
menggunakan
sekuji.

Melekatkan pita
pemindah pada
vinil yang telah
diplot.

182
Tuliskan nama alatan yang digunakan dalam proses penghasilan papar tanda akrilik

You might also like