You are on page 1of 7

SMK DATO’ USMAN AWANG

JALAN LAYANG, TAMAN PERLING


81200 JOHOR BAHRU

KERTAS KERJA
PELANCARAN FROG
BUZZ 2019

“ARE YOU READY TO


BE FROGGIFIED”
17 Mac 2019

ANJURAN : UNIT VLE


SMK DATO’ USMAN AWANG FROG BUZZ WEEK 2019

1.0 Pendahuluan

1Bestarinet merupakan salah satu daripada komponen Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Projek ini dilaksanakan untuk memberi
pembaharuan dan kaedah pendidikan baru di Malaysia dan merapatkan jurang digital antara
pelajar bandar dan luar bandar.
Di bawah 1Bestarinet, sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang
membolehkan pengajaran, pembelajaran, kerjasama dan fungsi-fungsi pentadbiran untuk
mengambil tempat melalui Persekitaran Pembelajaran Maya berasaskan internet (Frog VLE)
yang boleh diakses di sekolah dan dari mana-mana tempat lain melalui internet. Bagi
merealisasikan projek KPM 1Bestarinet, SMK Dato` Usman Awang mengambil inisiatif dengan
melancarkan “Frog Buzz Week” bagi memberi kesedaran kepada seluruh warga SMKDUA
bahawa Persekitaran Pembelajaran Maya berasaskan internet (Frog VLE) telah pun sampai ke
sekolah dan seluruh warga sekolah perlu berganding bahu bagi mengoptimumkan
penggunaannya dalam sesi pembelajaran dan pengajaran serta kerja-kerja pentadbiran.

2.0 Objektif Program :

Program Pelancaran “Frog Buzz” diadakan adalah bertujuan untuk :

a) Mempromosi penggunaan Frog VLE dalam kalangan seluruh warga SMKDUA sama ada
para pentadbir, guru-guru, para pelajar serta staf sokongan.
b) Melatih seluruh warga SMKDUA mengaplikasi Frog VLE dalam tugasan seharian
c) Memastikan guru-guru dan para pelajar mengaplikasikan Frog VLE dalam PdP
d) Mengedar username dan kata laluan kepada para pelajar dan ibu bapa

3.0 Butiran Program


Nama Program : Pelancaran Frog Buzz
Anjuran : Unit VLE SMK Dato’ Usman Awang
Tema : Are You Ready To Be Froggified?
Tarikh : 17 Mac 2019
Tempat : Balai Pujangga dan Makmal Komputer
Kumpulan Sasaran : Pelajar-pelajar, guru-guru dan staf sokongan SMKDUA

4.0 Anggaran Pembelajaran :

2
SMK DATO’ USMAN AWANG FROG BUZZ WEEK 2019

Bil Perkara Kos Perbelanjaan Jumlah ( RM )


1. Anugerah Frog VLE (Guru Paling Aktif) RM20 x 2 sesi x 8 bulan RM 320.00

2. Anugerah Frog VLE (Pelajar Paling RM10 x 2 sesi x 8 bulan RM 160.00


Aktif) (Pusat Sumber Sekolah)

3. Frogplay Championship* RM30 x 2 sesi x 5 bulan KERTAS KERJA


= RM 300.00 FROGPLAY MEI
4. Frogplay Token RM 120 RM 120.00

5. KAD ID YES (PELAJAR PERALIHAN RM 150 RM 160.00


DAN TINGKATAN 1)
6. Banner (4 x 10 kaki ) RM100 x 1 RM100.00
Banting (2 x 5 kaki) RM40.00 x 1 RM 40.00
(Panitia Bahasa)

7. Anugerah Pelajar ICT Terbaik RM30 x 2 sesi x 5 bulan KERTAS KERJA


= RM300 FROGPLAY MEI
JUMLAH RM 900

5.0 Sumber Kewangan :

Bil Sumber Sumbangan


1. PIBG SMK Dato’ Usman Awang RM 300
2. Unit Koperasi Sekolah RM 300
3. Unit Pusat Sumber Sekolah RM 160
4. Panitia Bahasa Inggeris RM 140
JUMLAH RM 900

3
SMK DATO’ USMAN AWANG FROG BUZZ WEEK 2019

6.0 Jawatankuasa Pengelola

Pengerusi : Pn. Hjh Aszora binti Ahmad


Timb. Pengerusi : Pn. Hjh Zaleha Binti Mohamed
Naib Pengerusi 1 : En. Mohd Ayob Bin Abd. Wahab
Naib Pengerusi 2 : En. Mohd Fuza Bin Rosman
Naib Pengerusi 3 : Pn. Susilawati Binti Ahmad
Penyelaras Program: En. Mohd Ili Nurhayat Bin Hassan
Setiausaha : Pn. Hafininurulfarahain Bt. Ahad

AJK
Risalah Program : Cik Nurul Shafiqah Bt. Hashim
PA Sistem : Pn. Nur Azreen Binti Mohd Tahir/ Cik Nabilah Faiqah Bt. Azman
Hadiah & Sijil : Pn. Akmal Lina Bt. Akhpah
Jadual/Tentatif : Pn. Hafininurulfarahain Bt. Ahad / Pn. Nurul Sahida
Fotografi : Cik Nabilah Faiqah Bt. Hashim
Dokumentasi : Pn. Raja Shahrina Bt. Raja Abdul Rashid

Aktiviti
Pelancaran Frog Buzz Week : En. Mohd Ili Nurhayat
: Pn. Nurul Sahida
Anugerah Pelajar/Guru Paling Aktif : Cik Nabilah Faiqah Bt. Hashim
Frogplay Championship : Pn. Raja Shahrina Bt. Raja Abdul Rashid
Frog School Work : Semua Ketua Panitia dan Guru
matapelajaran
Frogplay Token : En. Muhamad Ili Nurhayat
Pengaktifan Kad ID Yes pelajar : Pn. Nurul Shafiqah bt. Hashim
Daily Frog Tips : Pn. Nur Azreen / Pn. Akmal Lina

4
SMK DATO’ USMAN AWANG FROG BUZZ WEEK 2019

7.0 Aktiviti sepanjang program:

Bil Aktiviti Masa Tentatif Tempat


1 Pelancaran Frog Mac  Majlis Pelancaran Frog Buzz Balai Pujangga
Buzz Week Week.
 Penyerahan username dan
password kepada ketua
tingkatan.
 Taklimat Frog VLE untuk
pelajar
2 Daily Frog Tips Setiap  Perkongsian tips Frog VLE Balai Pujangga
(Video) Ahad kepada pelajar dan Guru. Papan Kenyataan
Quiz Frogplay Makmal Komputer
Scoreboard Media Sosial

3 Anugerah Frog VLE Setiap  Penyampaian Anugerah Balai Pujangga


bulan Frog VLE kepada Guru dan
Pelajar Paling Aktif
4 Frogplay Setiap  Penyampaian anugerah Balai Pujangga
Championship Bulan Frogplay Championship
kepada pelajar yang paling
aktif dalam Frogplay
5 Frog School Work Mac  Pemberian School Work Frog Assignment
Jun oleh guru matapelajaran
September kepada pelajar-pelajar
sempena cuti sekolah
6 Frogplay Token April  Pemberian token kepada Balai Pujangga
Julai pelajar yang menjawab quiz
Oktober melebihi 80% setiap kali
Frog School Work diberikan

5
SMK DATO’ USMAN AWANG FROG BUZZ WEEK 2019

8.0 Penutup:

Pihak sekolah berharap dengan aktiviti yang dianjurkan ini dapat memberi gambaran yang
lebih jelas tentang Persekitaran Pembelajaran Maya berasaskan internet (Frog VLE) kepada
seluruh warga SMKDUA. Di samping itu, SMKDUA bolehlah meneruskan langkah bagi
membentuk kumpulan kerja yang mempunyai komitmen tinggi dalam melaksanakan aplikasi
Frog VLE sama ada dalam aspek pentadbiran mahupun pembelajaran dan pengajaran.
Seterusnya, sistem pembelajaran alaf 21 yang berasaskan teknologi maklumat dan
komunikasi dapat diterapkan dan diaplikasikan sepenuhnya di SMKDUA.

Disediakan oleh, Disahkan oleh ,

………………………………………………. ………………………………………………
(EN. MOHD ILI NURHAYAT BIN HASSAN) (PN. HJH ASZORA BINTI AHMAD)
Admin Frog VLE Pengetua

6
SMK DATO’ USMAN AWANG FROG BUZZ WEEK 2019

SMK DATO’ USMAN AWANG SMK DATO’ USMAN AWANG

You might also like