You are on page 1of 17

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

AMBILAN JUN 2020 (SEMESTER 1/TAHUN 1)

SJHK 3013
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD MUKHTAFFI BILLAH BIN MOHD


TALHAH
NO ANGKA GILIRAN : 2020182340415
NO KAD PENGENALAN : 010828-10-0079
KUMPULAN : PISMP SEJARAH 4 AMBILAN JUN 2020
NO TELEFON : 018-3102773
NAMA PENSYARAH : PUAN ZAIMAH BINTI ABDULLAH
TUGASAN TARIKH MULA TARIKH HANTAR
PEMBENTANGAN 11 OKTOBER 2020 15 OKTOBER 2020
ULASAN KRITIS 18 OKTOBER 2020 25 OKTOBER 2020
PENULISAN AKADEMIK 18 OKTOBER 2020 15 NOVEMBER 2020

Saya Muhammad Mukhtaffi Billah Bin Mohd Talhah (010828-10-0079) dengan ini telah
menerima maklum balas daripada pensyarah Puan Zaimah binti Abdullah.

Tandatangan Pelajar

Mukhtaf
………………………………
Tarikh: 25 OKTOBER 2020

Ulasan kritis:

Tajuk artikel ini ialah Historiografi Dasar Ekonomi Imperial British Di Tanah Melayu, 1895-
1940. Artikel ini ditulis oleh Mohd Shazwan Mokhtar. Penulisan ini merupakan sebuah
wacana sejarah yang telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman pada
17 Oktober 2018. Artikel ini membincangkan pensejarahan ekonomi Tanah Melayu ketika
era penjajahan British sejak akhir abad ke-19 hinggalah sebelum Perang Dunia Kedua.
Penulis telah membuat perbandingan perubahan dasar pentadbiran ekonomi British pada
era imperialisme dan era kolonialisme semasa British menjajah Tanah Melayu. Artikel ini
terdiri daripada 14 muka surat dan telah dibahagikan kepada beberapa subtopik iaitu
abstrak, metadologi, pengenalan, sejarah imperialis, perkembangan dasar ekonomi,
persoalan dasar ekonomi Tanah Melayu dan kesimpulan.

Terdapat banyak kekuatan yang terdapat dalam penulisan ini. Sepanjang penulisan ini
penulis menggunakan metadologi kajian yang bersifat koheran iaitu dengan merujuk kepada
kepada pelbagai sumber yang merentas bidang sejarah. Hal ini dapat menjadikan kajian
dapat dianalisis dan peristiwa juga dapat ditafsir pada sudut pandang berbeza. Sebagai
contoh, penulis telah merujuk rekod-rekod kewangan British yang tersimpan di ‘The National
Archives’ di London untuk meneliti cara British menyusun kewangan dan pentadbiran di
Tanah Melayu. Selain itu, penulis telah mengemukakan beberapa yang kritis yang boleh
membuka horizon yang lebih luas kepada pengkaji sejarah. Di akhir penulisan, penulis telah
menyatakan bahawa penulisan sejarah terdahulu samada daripada sejarawan tempatan
mahupun sarjana barat, kajian mereka hanya terbatas kepada isu kapitalisme dan dualisme
ekonomi di Tanah Melayu. Penulis mengemukakan persoalan berkaitan asas-asas dasar
ekonomi British yang berakar umbi .Hal ini boleh menggalakkan kajian akademik yang lebih
meluas mengenai persoalan yang diutarakan penulis.

Biarpun terdapat banyak kekuatan yang terkandung dalam penulisan ini, namun penulis
pasti tidak dapat lari daripada beberapa kelemahan. Antara kelemahan artikel ini ialah
penulis gagal memanfaatkan bahan sokongan grafik dan penjadualan data bagi
mengukuhkan lagi penulisan ini. Sebagai contoh, penulis boleh melampirkan gambar-
gambar petikan dokumen yang diperoleh daripada arkib di London atau mana-mana
dokumen primer sebagai sebuah perkongsian akademik. Disamping itu, penulisan ini masih
terdapat kekurangan pada isi dan penulis tidak menatijahkan fakta yang lengkap. Hal ini
demikian kerana, di bahagian catatan penulis telah menyatakan bahawa kajiannya masih
diperingkat pemurnian dan memerlukan kajian lanjutan. Penulisan ini kurang jelas
menyatakan individu, peristiwa dan latar sejarah dengan spesifik dan hanya penulisan yang
bersifat umum tentang kronologi ringkas dasar imperialisme ekonomi British di Tanah
Melayu.

Berdasarkan jurnal, penulis menggunakan pelbagai jenis rujukan termasuklah sumber


primer dan sekunder bagi meningkatkan kualiti penulisan dan kajian. Berdasarkan sumber
primer, penulis telah merujuk kepada beberapa dokumen penting daripada arkib tempatan
dan di London seperti dokumen dasar pembangunan kolonial di negeri Kedah, Selangor dan
rekod kewangan berkaitan ‘Crowds Agents’. Berdasarkan sumber sekunder pula, penulis
banyak meneliti jurnal-jurnal ilmiah yang pelbagai bagi menghasil penulisan yang segar dan
kritis.

Kesimpulannya, penulisan jurnal ini sangat baik dan berpotensi membuka lembaran baharu
dalam kajian pensejarahan ekonomi Tanah Melayu. Pembaca boleh menjana sebuah
pemikiran yang baru berkenaan dengan perbandingan dan pensejarahan perubahan
ekonomi di Tanah Melayu daripda tahun ke tahun berdasarkan dasar imperialisme pihak
British. Namun, penulisan ini sewajarnya dilanjutkan supaya dapat persoalan-persoalan
yang dikemukakan oleh penulis terjawab seterusnya bermanfaat kepada kajian sejarah
negara.
Lampiran A:

Wacana Utara Siri Pertama 2018


Institut Pendidikan Guru
Kampus Darul Aman
17 Oktober 2018

HISTORIOGRAFI DASAR EKONOMI IMPERIAL BRITISH DI TANAH MELAYU,


1895-1940

Mohd Shazwan Mokhtar1


Universiti Kebangsaan Malaysia
msm@ukm.edu.my

ABSTRAK

Artikel ini membincangkan pensejarahan ekonomi Tanah Melayu ketika era penjajahan
British sejak akhir abad ke-19 hinggalah sebelum Perang Dunia Kedua. Tumpuan diberikan
terhadap kelompongan dan isu baharu yang perlu diselesaikan oleh pengkaji hari ini, bagi
melengkapkan historiografi Malaysia dalam bidang ekonomi. Penelitian terhadap metodologi
sejarah khususnya rekod dan dokumen yang masih lagi memerlukan penerokaan oleh
pengkaji bagi menghasilkan tafsiran terhadap peristiwa atau fenomena ekonomi lampau di
Tanah Melayu yang lebih kukuh. Justeru, rekod dan dokumen terpilih yang tersimpan di ‘The
National Archives’, London dan Arkib Negara Malaysia berkaitan dasar ekonomi imperial
digunakan dalam perbincangan artikel ini. Hasil kajian mendapati bahawa, historiografi dasar
ekonomi imperial British di Tanah Melayu memerlukan kajian lanjutan. Khususnya dalam
menilai pengaruh imperialisme British terhadap Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
Penelitian ini, membawa rumusan bahawa golongan kapitalis sebenarnya bukanlah kumpulan
yang menguasai ekonomi Tanah Melayu ketika era penjajahan British kerana kerajaan Britain
menerusi Pejabat Tanah Jajahan terlebih dahulu mempunyai dasar yang jelas untuk mengawal
golongan kapitalis Eropah.

Kata kunci: Sejarah ekonomi; Kolonialisme; Pembangunan kolonial; Perdagangan;


Governans

1Penulis merupakan Pensyarah Universiti di Program Sejarah, Pusat Dasar & Governans Global, Fakulti Sains
Sosial & Kemanusiaan, UKM. Bidang kepakaran beliau ialah sejarah ekonomi imperial British di Tanah Melayu
& sejarah Malaysia. Penulis merupakan pemenang Pingat Emas Persatuan Sejarah Malaysia, 2014.
PENGENALAN

Imperialisme Britain terhadap Tanah Melayu sejak abad ke-18 merupakan langkah
untuk mempertahankan tanah jajahannya di India. Pertapakan Britain di Pulau Pinang pada
tahun 1786 merupakan titik permulaan bagi usaha Britain untuk mempertingkatkan lagi
sekuriti armada lautnya di India dengan menjadikan perlabuhan di Tanah Melayu sebagai
tempat membaiki kapal armada lautnya yang beroperasi di Teluk Benggal. Selain itu,
peluasan pengaruh British di Tanah Melayu merupakan satu langkah untuk menjaga
kepentingan ekonominya di rantau Asia. Kedudukan Tanah Melayu sebagai pintu pasaran
Asia menuntut kepada British untuk menguasai kepulauan Melayu di Selat Melaka untuk
mengumpulkan hasil bumi untuk dipasarkan di China. Oleh sebab itu, British telah
menjadikan Singapura sebagai perlabuhan entreportnya di Asia Tenggara sebagai pusat
komersial.i

Seterusnya pada abad ke-20, British berjaya mengawal jaringan ekonomi di Asia
Tenggara menerusi tanah jajahannyaii di Asia Selatan. Sebagai pusat pentadbiran British di
Asia Selatan, Delhi mempunyai kedudukan strategik bagi British untuk bergerak ke Burma,
Thailand dan Tanah Melayu. Kedua-dua negara ini merupakan pintu masuk yang penting bagi
British untuk memasuki pasaran ekonomi di China. Keperluan untuk melindungi
perkembangan imperial ini juga merupakan antara sebab utama British menguasai Tanah
Melayu dan Singapura untuk menjadikan kedua-dua wilayah ini sebagai pengkalan tentera
lautnya di Asia.iii Berbanding penguasaan pentadbiran British di India, pentadbiran British di
Tanah Melayu ialah menerusi pengabsahan oleh Raja-Raja Melayu. Menerusi perkenan Raja-
Raja Melayu, Pejabat Tanah Jajahan British berjaya mengawal secara terus pentadbiran di
Tanah Melayu. Kuasa pentadbiran yang diperolehi British ini telah membolehkan Pejabat
Tanah Jajahan melaksanakan dasar yang membolehkan Tanah Melayu berperanan sebagai
unit ekonomi imperial British.iv Berdasarkan dasar ekonomi imperial ini, terdapat tiga unit
ekonomi kolonial utama yang dibentuk oleh British di Tanah Melayu, iaitu Negeri-Negeri
Selat (NNS), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu (NNMTB). Selain, mempunyai perbezaan dari segi pentadbiran politik, ketiga-tiga
unit ekonomi ini juga berbeza dari segi sistem ekonominya. NNS dijadikan sebagai pusat
pelabuhan asasi untuk memasarkan komoditi perdagangan, manakala NNMB dan NNMTB
berperanan sebagai pembekal bahan mentah untuk NNS.v
PENDEKATAN DAN METODOLOGI
Artikel ini memberi tumpuan terhadap metodologi penyelidikan sejarah yang
berasaskan kajian kepustakaan terhadap dokumen dan rekod yang tersimpan sama ada di
Arkib Negara Malaysia mahupun di Arkib Negara, United Kingdom. Justeru, sebelum
meneroka dengan lebih lanjut terhadap aspek ekonomi imperial, para pengkaji perlu terlebih
dahulu meneliti rekod-rekod Parlimen British, khususnya ‘Records of the Cabinet Office’
(CAB) yang tersimpan di ‘The National Archives’, London. tumpuan terhadap rekod-rekod
ini penting bagi membina kefahaman pengkaji terhadap sikap dan proses pembentukan
sesuatu dasar imperial British di peringkat perundangannya. Siri penting CAB yang perlu
mendapat perhatian pengkaji ialah CAB 23 dan CAB 24. vi Walaupun begitu, jarang atau
boleh dikatakan tidak ramai pengkaji tempatan yang menggunakan rekod Persidangan
Ekonomi Imperial seawal tahun 1922 hinggalah 1937. Penelitian terhadap rekod-rekod
Persidangan Ekonomi Imperial ini dapat membuka dimensi baharu kepada para pengkaji
dalam mentafsir peristiwa atau fenomena ekonomi yang berlaku di Tanah Melayu sebelum
Perang Dunia Kedua. Bahkan, penelitian terhadap dua sumber yang telah dinyatakan tadi
dapat menjelaskan lagi pengaruh dan kesinambungan dasar ekonomi imperial British dari
London ke Tanah Melayu.

Selain itu, hasil penyelidikan penulis di Arkib Negara Malaysia juga berjaya menemui
rekod-rekod baharu yang belum diteroka oleh pengkaji tempatan berkaitan pelaksanaan dasar
ekonomi imperial British di Tanah Melayu. Rekod berkaitan pelaksanaan dasar pembangunan
kolonialvii yang berasal dari negeri Kedah, Selangor, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di
Tanah Melayu dan jabatan kerajaan kolonial yang lain membuktikan bahawa wujudnya
transaksi pinjaman dan geran kewangan dari Pejabat Tanah Jajahan, London untuk Tanah
Melayu (melibatkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat). Secara umumnya, rekod-rekod ini menggambarkan
bahawa segala bantuan pinjaman dan geran kewangan daripada kerajaan Britain adalah
semata-mata untuk memberi manfaat kepada sektor ekonomi imperial di Tanah Melayu.viii

Lanjutan itu, pengkaji juga perlu meneroka rekod-rekod kewangan berkaitan ‘Crown
Agents’ dan Perbendaharaan (Treasury- T) yang tersimpan di ‘The National Archives’,
London bagi meneliti bagaimana British mengorganisasi kewangan dan pentadbiran
perniagaan kolonial di Tanah Melayu. Keperluan ini adalah disebabkan, norma jabatan-
jabatan kerajaan Britain yang sering tidak sehaluan antara satu sama lain. Khususnya, Pejabat
Tanah Jajahan dengan Perbendaharaan. Contohnya, isu pertikaian Perbendaharaan terhadap
cadangan Pejabat Tanah Jajahan untuk memperuntukkan bantuan kewangan untuk Tanah
Melayu selepas Perang Dua Pertama. Perbendaharaan British membantah cadangan ini,
memandangkan taraf Tanah Melayu sebagai ‘protectorate’ yang tidak menerima imigran
British.ix

Justeru, penelitian terhadap rekod-rekod FCO 141 dan Pejabatan Tanah Jajahan
(Colonial Office- CO) perlu ditafsir semula berdasarkan pemahaman pengkaji terhadap
sumber-sumber awal yang telah dinyatakan tadi. Antara sumber CO utama yang sering
menjadi rujukan pengkaji tempatan ialah;

i. CO 273 – Straits Settlement Original Correspondence

ii. CO 275 – Straits Settlement Sessional Papers

iii. CO 576 – Federated Malay States Sessional Papers

iv. CO 717- Federated Malay States Original Correspondence

v. CO 716 – Kedah and Perlis Sessional Papers

vi. CO827 – Kelantan Sessional Papers

vii. CO 840 – Terengganu Sessional Papers

Penyelidikan sejarah imperial perlu bersifat pelbagai atau merentas bidang. Keperluan
ini penting bagi memandu penyelidik untuk benar-benar memahami perkembangan, pengaruh
dan hubungkait imperialisme oleh negara penjajah dengan tanah jajahan masing-masing.
Tambahan lagi, pendekatan ini dapat memandu pengkaji untuk mentafsir peristiwa sejarah
imperial dalam perspekktif yang berbeza, memandangkan perkembangan imperialisme itu
sendiri bersifat evolusi dan berbeza mengikut empayar tertentu.x Oleh itu, pendekatan naratif
yang hanya memberi tumpuan terhadap satu-satu aspek ekonomi menjadikan proses
historiografi ekonomi (termasuklah sejarah ekonomi imperial) kaku tanpa tafsiran yang
mempunyai analisis. Oleh sebab itu, kerangka analisis diperlukan oleh pengkaji sejarah
ekonomi sebagai panduan agar proses historiografi dapat dilaksanakan dengan koheran.xi
Walaupun begitu, kebergantungan terhadap teori terhadap pembinaan kerangka analisis dalam
historiografi ekonomi akan mendorong pengkaji lebih cenderung untuk mentafsir peristiwa
atau fenomena ekonomi berdasarkan teori yang digunakan. Antara teori yang mendapat
perhatian pengkaji awal ialah teori berkaitan peranan teknologi oleh Adam Smith, peranan
strategik populasi oleh Thomas Malthus, peranan keusahawanan oleh Joseph Schumpeter dan
idea pergelutan kelas oleh Marxis.xii Justeru, pendekatan ini jelas bertentangan dengan
falsafah sejarah yang digagaskan oleh Leopold von Ranke, bapa sejarah moden yang
menegaskan sejarah itu harus ditulis sepertimana ianya berlaku (wie es eigentlich).xiii

SEJARAH IMPERIAL

Sejarah imperial bukanlah satu bidang kajian sejarah yang baharu, sarjana awal
seperti Ronald Hyamxiv, P.J. Cain & A.G. Hopkinsxv, Sarah Stockwellxvi dan A.J. Stockwellxvii
terlebih dahulu membincangkan perkembangan imperialisme Eropah, khususnya Britain
sejak akhir abad ke-19. Secara umumnya sejarah imperial memberi tumpuan penyelidikan
terhadap isu perjanjian dan pihak yang terlibat dengannya, diplomatik, pentadbiran dan sektor
ekonomi imperial seperti pertanian dan perdagangan. Isu-isu ini sering dikaitkan dengan
perkembangan empayar Eropah dengan meneliti ideologi yang mendasari imperialisme
mereka dan impaknya di tanah jajahan.xviii Walaupun begitu, apakah kaitan imperialisme
dengan kolonialisme ? Pusat Rujukan Persuratan Melayu mendefisinikan imperialisme
sebagai fahaman politik yang bertujuan menjajah negara lain. Manakala, kolonialisme
bermaksud dasar atau amalan sesebuah negara meluaskan penguasaannya terhadap sesebuah
negara.xix Definisi ini sebenarnya berakar umbi terhadap pandangan Nadel & Curtuis yang
membezakan pemahaman terhadap imperialisme dengan kolonialisme. Menurut kedua-dua
penulis tersebut, imperialisme ialah idea untuk mengawal atau menguasai kedaulatan politik
atau ekonomi sesebuah negara oleh negara lain, sama ada secara langsung mahupun tidak
langsung. Manakala, kolonialisme ialah idea tindakan negara induk untuk memiliki tanah
jajahan.xx Dalam erti kata lain, kolonialisme merupakan satu tindakan penjajahan yang terbit
daripada imperialisme. Oleh sebab itu, dalam melaksanakan dasar ekonomi imperial di tanah
jajahan, kuasa penjajah seperti British perlu membentuk kerajaan kolonial yang dikawal terus
oleh kerajaan di negara induk.xxi Oleh sebab itu, boleh dihujahkan bahawa perkembangan
imperialisme British sejak akhir abad ke-19 telah membawa kepada kebangkitan
merkantilisme (istilah neomerkantilisme atau merkantilisme moden digunakan pada abad ke-
20) dalam sistem ekonomi kolonial di tanah jajahan.xxii Neomerkantilisme telah menjadi asas
dalam pembentukan dasar ekonomi imperial British pada abad ke-20, yang memberi
penekanan terjhadap kesatuan imperial, reformasi tarif dan pelaksanaan keutamaan
imperial.xxiii
Berdasarkan kefahaman terhadap imperialisme dan kolonialisme tersebut,
perkembangan imperialisme British di Tanah Melayu yang lebih sistematik dan jelas dikesan
seawal tahun 1895 apabila Sir Charles Mitchell berjaya mendapatkan persetujuan Pejabat
Tanah Jajahan di London untuk menggabungkan negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan
dan Pahang sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Matlamat utamanya ialah untuk
menyeragamkan pentadbiran keadilan, sistem pengutan cukai dan penyelesaian masalah
pentadbiran tanah.xxiv Walaupun begitu, alasan British datang ke Tanah Melayu atas jemputan
sultan dan raja Melayu untuk melatih mereka tentang pentadbiran yang lebih baik,xxv sering
dijadikan alasan oleh sarjana atau pihak tertentu untuk menafikan perkembangan
imperialisme British di Tanah Melayu. Sedangkan, kerajaan Britain menerusi Pejabat Tanah
Jajahan mempunyai prinsip yang jelas terhadap Tanah Melayu yang merangkumi Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu sebagai tanah jajahan
yang bertaraf ‘protectorate’ dalam empayar British.xxvi

PERKEMBANGAN EKONOMI IMPERIAL BRITISH

Ekonomi imperial British ialah dasar ekonomi yang digubal menerusi Persidangan
Ekonomi Imperial yang dianjurkan oleh kerajaan Britain. Menerusi persidangan ini, kerajaan
Britain dapat membentuk kerjasama ekonomi empayarnya yang melibatkan ‘dominion’,
tanah jajahan mahkota dan negeri naungan. Oleh itu, segala dasar dan undang-undang
ekonomi yang dipersetujui dalam Persidangan Ekonomi Imperial perlu dipatuhi oleh seluruh
kerajaan kolonial dalam empayar British. Ketetapan ini adalah berdasarkan persetujuan oleh
setiap wakil kerajaan kolonial yang hadir dalam Persidangan Ekonomi Imperial pada tahun
1923.xxvii Seterusnya, ketika penganjuran Persidangan Ekonomi Imperial pada tahun 1926,
kerajaan Britain mula memperkenalkan konsep empayar baharu yang dikenali sebagai
‘Negara-Negara Kowanwel’ (Commonwealth of Nations). Pengenalan konsep ini merupakan
satu langkah oleh British untuk mengikat keseluruhan negara-negara jajahan British termasuk
dominon dibawah satu sistem imperial. Negara-Negara Komanwel diiktiraf mempunyai
kedudukan yang setaraf dengan fungsi yang berbeza.xxviii Persidangan Ekonomi Imperial 1926
turut mengiktiraf Tanah Melayu, khususnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-
Negeri Selat sebagai sebahagian daripada tanah jajahan British yang penting dan kaya dalam
jaringan perdagangan antara empayar.xxix Pengenalan sistem imperial ini membolehkan
British untuk memperluaskan lagi pelaksanaan dasar ekonomi imperial dalam jaringan
perdagangan antara empayarnya.xxx

Kemuncak pelaksanaan dasar ekonomi imperial di Tanah Melayu berlaku pada tahun
1910 hingga tercetusnya Perang Dunia Pertama. Fenomena ekonomi yang berlaku ketika
tempoh masa ini menyaksikan berlakunya peningkatan lebihan baki kewangan dan lebihan
perdagangan yang besar. Justeru, pentadbir British di Tanah Melayu, khususnya di Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu mula melaksanakan usaha pembangunan yang besar. Pada tahun
1912, sultan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bersetuju untuk menghadiahkan kapal
perang mewah (H.M.S Malaya) kepada kerajaan imperial British bagi menghadapi Perang
Dunia Pertama. Sejumlah, £2,000,000 telah dipersetujui Raja-Raja Melayu untuk
disumbangkan kepada British untuk tujuan pembinaan kapal tersebut dan pembangunan
pengkalan tentera laut British di Singapura. xxxi

Selepas Perang Dunia Pertama, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mendapat perhatian


dalam Persidangan Ekonomi Imperial pada tahun 1921. Sebagai negeri-negeri naungan
British, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mempunyai kedudukan yang penting sebagai
pembekal bahan mentah utama dalam pembangunan ekonomi imperial British.
Kebergantungan Britain terhadap bahan mentah dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu adalah
untuk memastikan industri ketenteraannya dapat beroperasi. Kelengkapan perang diperlukan
bagi membolehkan British mengukuhkan kuasa maritimnya dan berdasarkan kesedaran
kerajaan Britain bahawa empayarnya bakal menghadapi satu lagi perperangan selepas Perang
Dunia Pertama.xxxii Oleh sebab itu, peringkat awal pembangunan ekonomi imperial British
melibatkan usaha pembangunan sumber bahan mentah, jaringan komunikasi dan pelaksanaan
keutamaan imperial dalam aktiviti perdagangan.

Pembangunan kolonial merupakan dasar ekonomi imperial awal yang diluluskan


Parlimen Britain sejak tahun 1927. Dasar ini secara rasmi mula dilaksanakan pada tahun 1929
setelah Parlimen Britain meluluskan Akta Pembangunan Kolonial (Colonial Development
Act. 1929). Kejayaan kerajaan Britain mendapatkan kelulusan parlimen untuk akta ini telah
membolehkan pihak kerajaan menghulurkan bantuan kewangan untuk tujuan pembangunan
ekonomi di tanah jajahan. Dana pembangunan kolonial ini digunakan kerajaan Britain untuk
melaksanakan usaha pembangunan pertanian dan perindustrian di tanah jajahan tertentu.
Walaupun begitu, dana pembangunan kolonial yang disalurkan oleh kerajaan Britain di tanah
jajahan adalah bergantung dengan jumlah populasi masyarakat dan anggaran pe ndapatan
kerajaan di tanah jajahan.xxxiii Parlimen telah bersetuju untuk memberikan kuada kepada
kerajaan Britain untuk memperuntukkan sebanyak £1 juta setiap tahun untuk tujuan
pembangunan kolonial di tanah jajahan. Walaupun begitu, perbendaharaan Britain
mempunyai kuasa untuk mengeluarkan dana setelah mendapat cadangan daripada Setiausaha
Tanah Jajahan.xxxiv Objektif penting pelaksanaan dasar pembangunan kolonial di tanah jajahan
adalah untuk mengatasi masalah pengangguran di Britain dan merangsang pertumbuhan
ekonomi eksport British.xxxv

Dasar Pembangunan Kolonial di Tanah Melayu mula dilaksanakan British setelah


Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu menerima arahan pembentukan pelan
perancangan pembangunan kolonial oleh Setiausaha Tanah Jajahan.xxxvi Walau bagaimanapun,
setiap projek pembangunan yang dibiyai dibawah Akta Pembangunan Kolonial 1929
hendaklah menggunakan bahan atau peralatan yang berasal dari United Kingdom. Oleh itu,
kerajaan persekutuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan kerajaan negeri-negeri Melayu
yang lain perlu menggunakan khidmat ‘Crown Agents’ untuk mendapatkan kontrak bekalan
bahan atau peralatan yang diperlukan.xxxvii Justeru, setiap loji dan mesin yang digunakan
untuk pembinaan hendaklah diperbuat dari United Kingdom dan perlu diinsuranskan dengan
syarikat insurans British. Untuk tujuan ini, ‘Crown Agents’ telah diberikan kuasa oleh
kerajaan Britain untuk mengawal keseluruhan urusan.xxxviii

Pada tahun 1930, kerajaan Britain telah menetapkan Tanah Melayu sebagai
sebahagian daripada pusat perdagangan dalam jaringan perdagangan antara empayar yang
juga dikenali sebagai perdagangan komanwel. Pelaksanaan dasar ini turut melibatkan Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu disebabkan keperluan British untuk mendapatkan sumber bahan
timah dan getah.xxxix Pelaksanaan dasar ini turut diperkukuhkan menerusi Persidangan
Ekonomi Imperial pada tahun 1930. Kerajaan Britain menggunakan persidangan ini untuk
menetapkan bahawa keseluruhan kerajaan kolonial empayar dalam empayarnya untuk
melaksanakan dasar pembangunan perdagangan antara empayar. Dasar ini bertujuan
membentuk kerjasama perdagangan antara empayar British dengan Britain selaku negara
induk.xl

Usaha pembangunan perdagangan antara empayar ini melibatkan langkah galakkan


pelaburan modal dan perkembangan industri serta pelaksanaan tarif keutamaan antara
empayar. Kedua-dua langkah ini digerakkan menerusi tiga jawatankuasa yang ditubuhkan
menerusi Persidangan Ekonomi Imperial 1930, iaitu Jawatankuasa Ekonomi Imperial,
Lembaga Pemasaran Imperial dan Institut Imperial. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga
jawatankuasa ini adalah dibawah kawalan terus kerajaan Britain. Manakala, kerajaan-
kerajaan kolonial di tanah jajahan hendaklah melaksanakan dasar yang telah ditetapkan
menerusi Dewan Perniagaan yang ditubuhkan.xli

TUMPUAN DAN PERSOALAN SEJARAH EKONOMI TANAH MELAYU

Kajian berkaitan sejarah ekonomi Tanah Melayu secara komprehensif boleh diteliti
menerusi kajian oleh Wong Lin Kenxlii, Lim Chong-Yahxliii dan J.H. Drabblexliv. Ketiga-tiga
penulisan ini bersetuju bahawa isu berkaitan ekonomi eksport berasaskan timah dan getah
lebih mendominasi penulisan awal berkaitan sejarah ekonomi Tanah Melayu. Namun, fokus
penulisan oleh pengkaji-pengkaji awal terbatas dalam konteks pembangunan ekonomi yang
dibangunkan oleh golongan kapitalis, tanpa menilai secara terperinci pengaruh imperialisme
British terhadap perkembangan ekonomi, sedangkan British telah berjaya menguasai
pentadbiran negeri-negeri Melayu sejak akhir abad ke-18 lagi. Tambahan lagi, menurut Wong
Lin Ken, kebanyakan kajian sejarah ekonomi Malaysia (Tanah Melayu) tertumpu dalam
konteks Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. Beliau juga menegaskan kajian terhadap
sejarah ekonomi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebelum Perang Dunia Kedua banyak
didominasi oleh sarjana barat yang banyak berorientasikan soal ‘mission civilisatrice’ British.
Justeru, kajian yang mempunyai sentrik tempatan perlu dilakukan bagi mengisi kelompongan
isu berkaitan kekayaan ekonomi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebelum tahun 1941.
Justeru, isu berkaitan perkembangan ekonomi bagi unit-unit ekonomi (Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu) sebelum Perang
Dunia masih perlu diberi perhatian. Penulisan J.H. Drabble pula membuktikan berlakunya
pertumbuhan ekonomi di Tanah Melayu antara tahun 1920-an hingga 1930-an. Berdasarkan
pola-pola ekonomi yang ditunjukkan, penulisan beliau tidak menghuraikan dasar ekonomi
yang dilaksanakan oleh British di Tanah Melayu, khususnya Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu dengan terperinci sedangkan beliau bersetuju dengan pandangan bahawa, British
telah mengawal kegiatan ekonomi dengan lebih ketat dalam tempoh tersebut. xlv Begitu juga
dengan penulisan Lim Chong Yah yang menggunakan pendekatan melaporkan data-data
ekonomi. Berdasarkan data-data dalam kajian beliau, cadangan kajian ini akan menilai dan
menginterpretasikannya berdasarkan sumber sejarah.
Kajian berkaitan ekonomi imperial British telah dibincangkan terdahulu oleh, Stephen
Constantinexlvi, Tim Roothxlvii dan Nicholas J. Whitexlviii. Ketiga-tiga penulis ini bersetuju
faktor ekonomi telah mempengaruhi perkembangan imperialisme British di Tanah Melayu.
Tambahan lagi, kegagalan untuk bersaing dengan kuasa-kuasa besar seperti Amerika
Syarikat, Jerman dan Jepun telah mendorong kerajaan Britain untuk melaksanakan dasar
ekonomi imperial. Menerusi pelaksanaan dasar ini, seluruh tanah jajahan British diikat
dengan pelaksanaan keutamaan imperial sebagai satu bentuk perlindungan terhadap peniaga
dan pedagang British. Menerusi keutamaan imperial ini juga, British berjaya mengawal
keseluruhan aktiviti perdagangan empayarnya menerusi penganjuran Persidangan Ekonomi
Imperial. Penulisan Stephen Cinstantine telah menyumbang literatur bagi isu pembangunan
kolonial sejak tahun 1929. Menerusi pelaksanaan pembangunan kolonial, British menjadikan
tanah jajahan sebagai peminjam wang bagi membiayai pembangunan sumber bahan mentah
untuk keperluan Britain. Menurut Stephen Constantine, menerusi Persidangan Ekonomi
Imperial, British melaksanakan pembangunan kolonial di tanah jajahan bagi mengatasi
masalah pengangguran yang berlaku di Britain.xlix Di samping itu, Tim Rooth turut
menambah keadaan ekonomi Britain yang lemah ini menyebabkan British mengalami
kemerosotan kuasa untuk bersaing dengan negara lain.l Namun, timbul persoalan apakah
yang berlaku di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ? Adakah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
turut menjadi sebahagian daripada agenda Persidangan Ekonomi Imperial ini ?

Penulisan Nicholas J. White pula, membawa interpretasi terhadap imperialisme


British dari sudut neokolonialisme di Malaysia. Berdasarkan penulisan beliau, wujudnya
kawalan British terhadap perkembangan ekonomi Tanah Melayu pada peringkat awal
kemerdekaan, apabila kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dikatakan mempunyai hubungan
dengan ekonomi kolonial British. Menurut Nicholas White, perkembangan ekonomi Tanah
Melayu ketika era ini bersifat homogenus yang mempunyai konflik dalam kepentingan
politik, perniagaan dan kerajaan. Seolah-olah masing-masing ingin menjaga kepentingan
mereka sendiri. Beliau melanjutkan masalah ini dalam karyanya yang seterusnya bejudul
‘Business, Government and the End of Emipre: Malaya 1942-1957’.li Dalam penulisan ini,
Nicholas White telah menjelaskan kepentingan pembangunan ekonomi kolonial British
selepas merdeka. Isu dasar kerajaan Britain terhadap pelaburan swasta, perbelanjaan luar
negara serta ‘agency house’ di Tanah Melayu lebih mendominasi penulisan ini Justeru, timbul
persoalan apakah peranan syarikat dan firma British dalam perkembangan ekonomi imperial
di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebelum Perang Dunia Kedua ?

Kajian penting dalam isu perkembangan ekonomi di negeri-negeri Melayu pula boleh
diteliti menerusi penulisan Anthony Websterlii, Tay Gaik Yeongliii dan Lim Teck Gheeliv.
Ketiga-tiga kajian ini telah membincangkan pengaruh dan peranan British dalam
pembangunan ekonomi di negeri-negeri Melayu. Walaupun begitu, penulisan Anthony
Webster terbatas dalam tempoh masa abad ke-19. Beliau telah membincangkan
perkembangan komuniti pedagang komersial awal di Negeri-Negeri Selat yang seterusnya
mempengaruhi perkembangan ekonomi British di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Tambahan lagi, beliau juga membuktikan bahawa pertapakan British di Singapura telah
menjadi titik tolak kepada pembangunan ekonomi imperial di negeri-negeri Melayu dan Asia
Tenggara keseluruhannya setelah kegagalan kerajaan kolonial di India. Namun, persoalan
timbul bagaimana pula keadaan perkembangan ekonomi ini pada abad ke-20, terutamanya
sebelum Perang Dunia Kedua?

Tay Gaik Yeong telah menjawab persoalan tersebut dalam penulisannya secara khusus
di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu antara tahun 1921 hingga 1934. Namun, perbincangan
beliau tertumpu terhadap isu pendidikan, pekerjaan, tanah simpanan dan penanaman padi.
Timbul persoalan, bagaimana British membentuk dasar ekonomi pada tempoh tersebut,
sedangkan dasar pembangunan kolonial berlaku sehingga Perang Dunia Kedua? Persoalan ini
perlu dijawab dengan terperinci memandangkan Tay Gaik Yeong juga bersetuju British telah
memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu. Bagi menjawab persoalan ini, sorotan terhadap penulisan Lim Teck Ghee penting
dilakukan. Penulisan beliau telah menjelaskan peranan British dan perkembangan golongan
kapitalis yang seterusnya membentuk sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum merdeka.
Walaupun begitu, tumpuan Lim Teck Ghee terbatas terhadap golongan tani bagi sektor
penanaman padi, pengusaha kecil getah, kelapa, buah-buahan serta kerja-kerja kampung.
Beliau juga membincangkan dasar-dasar ekonomi seperti pembukaan ladang dan sekatan
getah. Namun, berdasarkan penulisan beliau ini, timbul persoalan dari manakah dasar
ekonomi British di Tanah Melayu berakar umbi ?

Tumpuan pengkaji awal terhadap sejarah ekonomi Tanah Melayu dalam tahun 1920-
an hingga 1930-an adalah terbatas dalam isu perkembangan industri timah dan getah, evolusi
sistem politik dan ekonomi, undang-undang dan buruh. Kerangka kajian-kajian ini turut
terbatas dalam konteks kapitalisme dan dualisme ekonomi, sedangkan rekod-rekod
pentadbiran kerajaan Britain dan Pejabat Tanah Jajahan jelas membuktikan pelaksanaan dasar
ekonomi imperial yang membolehkan British mengawal pentadbiran dan aktiviti ekonomi di
tanah jajahan termasuklah Tanah Melayu. Malah tanpa peruntukan perundangan yang sah,
golongan pemodal dan peniaga Eropah khususnya British tidak mungkin dapat membuka
cawangan perniagaan dan memiliki aset ekonomi secara sah di Tanah Melayu. Justeru, timbul
masalah kajian untuk meneliti akar umbi perkembangan ekonomi kolonial British di Tanah
Melayu yang dibangunkan berdasarkan dasar ekonomi imperial sejak tahun 1927 setelah J.
J.M. Keynes, seorang tokoh ekonomi British mengiystiharkan bahawa amalan perdagangan
bebas British telah jatuh atau tamat pada tahun 1926.lv

KESIMPULAN

Sejarah ekonomi imperial British di Tanah Melayu memerlukan kajian lanjut oleh
para pengkaji, khususnya bagi calon sarjana ataupun doktor falsafah yang bercadang untuk
melanjutkan pengajian dalam bidang ini. Tumpuan harus diberikan dalam tempoh antara
tahun 1918 hingga 1948 yang merupakan ‘Golden Age’ bagi perkembangan imperialisme
Eropah. Jangka masa ini juga merupakan tempoh perkembangan neomerkantilisme yang
menyaksikan berlakunya pergelutan ketenteraan (Perang Dunia Pertama dan Kedua) oleh
negara kuasa besar untuk mengekalkan pengaruh imperialnya. Persaingan kuasa Eropah dan
persaingan pasaran ekonomi dunia dalam tempoh ini memberi pengaruh signifikan terhadap
perkembangan dan kegiatan ekonomi di tanah jajahan, termasuklah Tanah Melayu.lvi

CATATAN
Artikel ini masih lagi diperingkat pemurnian dan memerlukan kajian lanjutan. Sila hubungi
penulis terlebih dahulu untuk sebarang rujukan atau petikan teks.
iD.K. Fieldhouse, Economics and Empire 1830-1914, Cornell University Press, New York, 1973, hlm. 185.
iiDalam rekod British terma ‘Colonies’ sering digunakan untuk merujuk empayar British yang melibatkan tanah jajahan,
negeri naungan dan ‘Trust Territories’. British Aid- 5, Colonial Development: A Factual Survey of the Origins and
history of British Aid to Developing Countries, The Overseas Development Institute Ltd., England, 1964, hlm. 6.
iiiAnne E. Booth, Colonial Legacies: Economic and Social Development in East and Southeast Asia, University of
Hawai’i Press, Honolulu, 2007, hlm. 1.
ivIbid., hlm. 6.
vCO 273/527, Trade Conditions of British Malaya, 1924.
vi Lihat The National Archives, The Cabinet Papers, http://www.nationalarchives.gov.uk/cabinetpapers/themes/finance-
economy.htm
vii Dasar Pembangunan Kolonial merupakan salah satu daripada dasar ekonomi imperial British selepas Perang Dunia
Pertama. Rujuk, Stephen Constantine, The Making of British Colonial Development Policy, 1914-1940, Frank Cass,
USA, 1984.
viiiSCH 753/1348, Colonial Development Act. 1929, Arkib Negara Malaysia.
ixHuraian lanjut lihat, Mohd Shazwan Mokhtar, Perkembangan Sistem Perdagangan Merkantilisme di Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu, 1909-1925, Tesis Sarjana Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017, hlm. 196.
xLinda Colley, 2002, hlm.134-136.
xiLihat, P.J. Drake, The Economic Development of British Malaya to 1914: An Essay in Historiography with Some
Questions for Historians, Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 10, No. 2, 1979, hlm. 263 – 264.
xiiLim Chong Yah, A Comment on P.J. Drake’s “The Economic Development of British Malaya to 1914: An Essay in
Historiography with Some Questions for Historians”, Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 10, No. 2, 1979, hlm.
292.
xiiiLihat, Paul Bookbinder, “Wie es eigentlich gewesen” or Manufactured Historical Memory, Journal of The Historical
Society, Vol. 10, No. 4, 2010, hlm. 475-506.
xivRonald Hyam, Understanding The British Empire, Cambridge University Press, United Kingdom, 2010.
xvP.J. Cain & A.G. Hopkins, British Imperialism 1688-2015, 3rd Ed., Routledge, Oxon, 2016.
xviSarah Stockwell (ed.), The British Empire: Themes and Perspectives, Willey-Blackwell, Oxford, 2008.
xviiA.N. Porter, A.J. Stockwell, A. Pasieka & W.S. Ho, British Imperial Policy and De-colonization 1938-64: Vol. 1.
1938-1951, Palgrave Macmillan, Oxon, 1987.
xviiiLinda Colley, What is Imperial History Now ?, In, David Cannadine, What is History Now, Palgrave Macmillan,
New York, 2002, hlm. 133.
xixPusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustakan, http://prpm.dbp.gov.my/cari1?
keyword=imperialisme. Lihat juga, http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kolonialisme
xxGeorge H. Nadel & Perry Curtuis, Introduction, In, George H. Nadel & Perry Curtuis, Imperialisme & Colonialisme,
The Macmillan Company, London, 1964, hlm. 1-3.
xxiNicholas Tarling, Imperialism in Southeast Asia, Routledge, New York, 2001, hlm. 9-15.
xxiiHuraian lanjut lihat, Mohd Shazwan Mokhtar, Muhammad Aslah Akmal Azmi & Mohd Samsudin, Perkembangan
Sistem Perdagangan Merkantilisme Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (1909-1913), JEBAT: Malaysian Journal of
History, Politics & Strategic Studies, Vol. 44, No. 2, 2017, hlm. 1-26.
xxiiiGerard M. Koot, Historical Economics and the Revival of Mercantilism Thought in Britain, 1870-1920, In, lars
Magnuson (ed.), Mercantilist Economics, Springer, New York, 1993, hlm. 189.
xxivRuper Emerson, Malaysia: Satu Pengkajian dalam Pemerintahan Secara Langsung dan Tidak Langsung, Trj.,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1974, hlm. 171.
xxvRuper Emerson, 1974, hlm. 178.
xxviShorthand Report of the Proceedings of the Federal Council, 11 July 1923. Lihat juga, Appendix I, Statement by Mr.
Churchill on the Colonies, ect., In Summary of Proceedings and Documents, Conference of Prime Ministers and
Representatives of the United Kingdom, The Dominions and India, 1921.
xxviiNew Zealand, Imperial Economic Conference, Record of Proceedings and Documents, 1924, hlm. 1-6.
xxviiiCAB/24/215, Imperial Conference, 1930. Imperial Trade Policy and Imperial Economic Machinery.
xxixNew Zealand, Imperial Conference, 1926. Summary of Proceedings, 1927, hlm. 99
xxxHuraian lanjut lihat, Mohd Shazwan Mokhtar, Keutamaan Imperial dalam Pembangunan Perdagangan Antara
Empayar British di Tanah Melayu, 1921-1926, Prosiding Kongres Sejarah Malaysia III, Muzium Warisan Akademik
UKM, UKM Bangi, 2018, hlm. 90-102.
xxxiRuper Emerson, 1974, hlm. 191-192.
xxxiiCAB 32/4, Imperial Conference 1921, Notes of a Meeting of Prime Ministers of the Empire, 10 Downing Street, 22
July 1921. Lihat juga, Imperial Cares, Malaya Tribune, 20 April 1921.
xxxiiiS.C.H. 753/1348, Colonial Development Act. 1929.
xxxiv Ibid., hlm. 14.
xxxvGeorge C. Abbott, 1971, hlm. 71.
xxxviTelegram from The Secretary of States for the Colonies to The Governor of the Straits Settlements / The High
Commissioner for the Malay States, 8 August 1929, In Sel. Sec. G. 1489/1929, Colonial Development Act. 1929.
xxxviiH.C.O. Secretary of State 1045/1930, Colonial Development Fund.
xxxviiiH.C.O. Secretary of State 1041/1930, Schemes Under Colonial Development Act.
xxxixCAB 24/215/47, Memorandum by the President of the Board of Trade, 1930.
xlNAA: 1967/165, 2, The Imperial Conference 1930 – Political and Economic Aspect.
xliCAB 24/215/CP/3, Imperial Trade Policy and Imperial Economic Machinery, Imperial Conference, 1930.
xliiWong Lin Ken, The Economic History of Malaysia: A Bibliographic Essay, The Journal of Economic History, Bil. 2,
No. 2, 1965, hlm. 244-262.
xliiiLim Chong Yah, Economic Development of Modern Malaya, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1967.
xlivJohn H. Drabble, An Economic History of Malaysia, c. 1800-1900: The Transition to Modern Economic Growth,
Mac Millan, Great Britain, 2000.
xlv Ibid., hlm. 124.
xlviStephen Constantine, The Making of British Colonial Development Policy, 1914-1940, Frank Cass, USA, 1984, hlm.
xlvii Tim Rooth, British Protectionism and the International Economy: Overseas Commercial Policy in the 1930s,
Cambridge University Press, Cambridge, 1992, hlm.
xlviiiNicholas J. White, Perniagaan British di Malaysia Pascapenjahan 1957-70: Neokolonialisme atau Pengunduran ?,
Trj., Institut Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 2010.
xlixStephen Constantine, The Making of British Colonial Development Policy, 1914-1940, hlm. 189-199.
lTim Rooth, British Protectionism and the International Economy: Overseas Commercial Policy in the 1930s, hlm. 45.
liNicholas J. White, Business, Government and the End of Empire: Malaya 1942-1957, Oxford University Press, United
States, 1996.
lii Anthony Webster, The Development of British Commercial and Political Network in the Straits Settlement 1800 to
1868: The Rise of Colonial and Regional Economic Identity ?, Modern Asian Studies, Bil. 45, No. 4, 2011, hlm. 899-
929.
liiiTay Gaik Yeong, British Economic Policy Towards the Malay in Federated Malay State’s, 1921-1934, Tesis Sarjana,
Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 1969.
livLim Teck Ghee, Peasant and Their Agricultural Economy in Colonial Malaya 1874-1941, Oxford University Press,
Kuala Lumpur, 1977.
lvGerrad M. Koot, English Historical Economics, 1870-1926: The Rise of Economic History and Neomercantilism,
Cambridge University, Cambridge, 1987, hlm. 203.
lviPatrick O’Brien, Imperialism and the Rise and Decline of the British Economy, 1688-1989, New Left Review, Vol. I,
No. 238, hlm. 49.

You might also like