You are on page 1of 10

NAMA : SITI HAJAR BINTI KHALID

KELAS : PISMP 7.03


TAJUK PROJEK : EDIBLE GARDEN

LAPORAN MINGGU 1

Isnin, 8 November 2021


Semua pelajar yang mengambil elektif LASS3013 diberi taklimat awal
mengenai kandungan elektif tersebut serta perancangan yang perlu dibuat sepanjang
semester pendek ini. Taklimat kerja kursus juga diberikan secara ringkas kepada
semua pelajar agar semua dapat bersedia untuk melaksanakan pelbagai tugasan
yang diberi. Taklimat ini diberikan secara Google Meet oleh pensyarah LASS3013
yang diketuai oleh Pn. Fazida. Pada hari tersebut juga, kami telah pun dibahagikan
kepada beberapa kumpulan projek dan saya termasuk dalam kumpulan Edible
Garden.
Selasa, 9 November 2021
Wakil daripada kumpulan projek Edible Garden telah berjumpa dengan Puan
Fazida untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek tersebut. Ketua
kumpulan iaitu Siti Nur Aqila menyebarkan maklumat yang mereka dapat kepada kami
melalui satu perjumpaan ringkas yang dilaksanakan melalui platform Google Meet.
Hasil perbincangan tersebut, kami telah mencadangkan beberapa jenis tumbuhan
yang akan ditanam serta kos yang diperlukan untuk melaksanakan projek ini. Bukan
itu sahaja, kami juga telah membincangkan mengenai kutipan dana untuk menjayakan
projek ini. Satu jawatankuasa projek juga dilantik bagi memudahkan urusan sewaktu
menjalankan projek ini dan saya telah dilantik untuk menjadi PIC Sponsor. Cadangan
tanaman dan barang yang perlu dibeli juga telah dibincangkan bersama.
Khamis, 11 November 2021
Sebahagian daripada ahli kumpulan Edible Garden telah mula menjalankan
projek. Kami telah berbincang dan membuat penggiliran untuk menyiapkan projek ini
mengikut jadual masing2. Kami telah mula mencabut pokok-pokok lama dan mula
menggembur tanah.

Jumaat, 12 November 2021

Pada hari ini, giliran kumpulan 1 untuk menyiapkan baki pokok yang belum
dicabut. Kami telah mencabut semua pokok dan menggembur tanah untuk menanam
tanaman baru. Pada hari ini juga, tabung sumbangan mula diedarkan kepada
pensyarah dan pelajar.

You might also like