You are on page 1of 15

BAB 1: SEJARAH DAN KITA

1.1: PENGERTIAN SEJARAH


1. Istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab, bermaksud: a. b. c. d. e. pokok salasilah riwayat keturunan asal-usul iaitu syajaratun yang

JADUAL 1.2: PENGERTIAN SEJARAH MENURUT TOKOH SEJARAH TOKOH


Ibn Khaldun

PENGERTIAN SEJARAH
Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia tentang perubahanperubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu. Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya. Sejarah merupakan catatan mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.

Herodotus Muhd. Yusof Ibrahim

2. Secara ringkas, sejarah ialah penyelidikan tentang peristiwa yang

1.2: CIRI-CIRI SEJARAH


1. Melalui ciri-ciri sejarah sejarah, kita dapat merekonstruksi sesuatu peristiwa. 2. Gambaran sesuatu peristiwa masa lalu dapat dibentuk melalui rekonstruksi. 3. Proses ini melibatkan pengumpulan dan penjalinan maklumat yang diperoleh untuk membuat gambaran mengenai sesuatu peristiwa bersejarah.

JADUAL 1.2: CIRI-CIRI SEJARAH CIRI-CIRI SEJARAH Fakta yang tepat dan benar:
Ianya juga tidak boleh ditokok tambah dan direka Fakta sejarah perlu dibuktikan kebenarannya Sumber dan kesahihan fakta sejarah perlu dipertanggungjawabkan Contohnya ialah pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001 Peristiwa sejarah penting dan memberikan kesan kepada seseorang individu, ahli keluarga, masyarakat atau Negara Tarikh lahir dan tarikh mula bersekolah bermakna bagi sesebuah pelajar Tarikh perkahwinan ibu bapa bermakna bagi seseorang pelajar Hari Pekerja dan Hari Guru merupakan hari yang bersejarah kerana menghargai sumbangan pekerja dan guru kepada masyarakat Tarikh 31 Ogos 1957 merupakan tarikh yang bermakna kepada Negara kerana menandakan tamatnya era penjajahan di Negara kita. Sejarah bertujuan untuk mencari kebenaran sesuatu peristiwa lampau Pengkaji sejarah perlu tahu apa, siapa, bila, di mana, mengapa dan bagaimana sesuatu itu berlaku Kesahihan sesuatu peristiwa dapat dibuktikan dengan cara ini. Dengan mengetahui fakta ini, kita akan menghargai sumbangan, ciri-ciri budaya dan amalan setiap kaum. Oleh itu, suasana yang aman dan bersatu padu dapat diwujudkan.

Penting dan bermakna:


Sebab dan akibat:


1.3: SUMBER SEJARAH JADUAL 1.3: SUMBER PERTAMA DAN SUMBER KEDUA SEJARAH
JENIS SUMBER Sumber pertama @ sumber sekunder

DEFINISI
Sumber yang bersifat asli Berbentuk fosil, artifak, kertas atau keterangan lisan Sumber-sumber ini boleh diperoleh di muzium dan arkib Bahan yang telah diolah oleh sejarawan Berbentuk bahan yang telah dicetak dan disebarkan kepad umum

CONTOH
Fail rasmi jabatan Surat dan diari peribadi Manuskrip yang belum dicetak Batu bersurat Majalah dan akhbar sezaman Orang sumber Buku Ensiklopedia Surat khabar dan majalah Risalah Jurnal Laporan Tahunan Jabatan

Sumber kedua @ sumber sekunder

INFO SEJARAH
Fosil tinggalan haiwan atau tumbuhan yang wujud pada zaman lampau Artifak barang yang dicipta manusia Manuskrip bahan yang disediakan oleh penulis untuk dicetak

1.4: KAEDAH PENGKAJIAN SEJARAH


KAEDAH BERTULIS
Maklumat mengenai sesuatu perkara, peristiwa, tokoh, kejadian, perundangan dan adat resam diperoleh daripadasumber yang ditulis, dilakar atau dipahat. Maklumat bertulis mungkin terdapat pada batu, dinding gua, kulit kayu, barangan logam, gading dan kertas.

KAEDAH LISAN
Sejarawan mendapat maklumat sejarah melalui: - ucapan - temu ramah - penceritaan dan pengkisahan Kaedah ini dinamakan kaedah lisan kerana maklumat diperoleh teru daripada responden. Kaedah ini sering dikaitkan dengan tradisi sastera rakyat seperti mitos, legenda dan puisi. Kelemahan kaedah lisan ialah wujudnya unsur tokok tambah Untuk mengatasi masalah ini, sejarawan perlu menjalankan proses memilih, mentafsir dan membandingkan fakta untuk memastikan kebenaran sesuatu fakta. Kini dengan perkembangan sains dan teknologi, kedah ini melibatkan penggunaan pelbagai peralatan seperti televisyen, internet, video, cakera padat, radio dan pita rakaman untuk memperoleh maklumat. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah pandang dengar. Temu ramah dan perbualan merupakan satu cara untuk memperoleh maklumat tentang latar belakang dan pandangan seseorang tokoh.

KAEDAH ARKEOLOGI
Maklumat diperoleh melalui kajian saintifik. Terdapat pelbagai cabang dalam bidang arkeologi. Maklumat diperoleh daripada bahan tinggalan sejarah yang dijumpai melalui proses gali cara. Bahan-bahan yang dikaji termasuk fosil, artifak, binaan daripada batu, monumen, peralatan logam, tembikar dan kulit siput. Usia bahan-bahan tinggalan sejarah tersebut dapat disahkan melalui pentarikhan radiokarbon. Melalui kaedah ini, ahli arkeologi dapat membuat tafsiran dan pentarikhan tentang budaya masyarakat.

1.5: PENTARIKHAN SEJARAH


Tugas penting seorang sejarawan menerangkan sebab-musabab sesuatu peristiwa. Untuk menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna dan berfaedah, tafsiran sejarah perlu dilakukan. Penyelidikan perlu dijalankan untuk membuat tafsiran yang betul dan cepat. Namun, tafsiran mengenai sesuatu peristiwa sejarah yang sama mungkin berbeza antara sejarawan kerana pandangan yang berbeza. Oleh itu, seseorang sejarawan mestilah menjalankan tugasnya dengan jujur dan bertanggungjawab supaya masyarakat memperoleh maklumat yang tepat dan benar.

JADUAL 1.4: CONTOH PERBEZAAN DALAM PENTAFSIRAN SEJARAH PANDANGAN SEJARAWAN TEMPATAN
J.W.W. Birch dibunuh kerana cuba mengambil alih kuasa pembesar Perak.

PERISTIWA
Pembunuhan J.W.W. Birch (Residen British di Perak).

PANDANGAN SEJARAWAN BARAT


J.W.W. Birch dibunuh kerana cubaan beliau memperkenalkan system cukai.

1.6: KEPENTINGAN SEJARAH


1. Antara tujuan mempelajari sejarah: (a) Memperoleh pengetahuan (b) Melahirkan jati diri yang tinggi dan keperibadian bangsa dapat dibentuk (c) Menghargai jasa dan usaha pemimpin Negara (d) Wawasan masa depan dapat dirangka. (e) Mengelakkan kesilapan berulang lagi. 2. Antara faedah mempelajari sejarah: (a) Menjadi panduan dan memberikan iktibar. (b) Perangsang untuk kemajuan seterusnya. (c) Semangat patriotisme akan tanah air.

NILAI DAN IKTIBAR


Dengan memahami dan menghayati sejarah kita dapat memupuk nilai harga diri, bersyukur, cinta akan Negara, sanggup berkorban untuk Negara dan taat setia kepada raja dan Negara.

BAB 2: ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA


PENGENALAN
1. Zaman Prasejarah dunia terbahagi kepada: (a) Zaman Paleolitik (b) Zaman Mesolitik (c) Zaman Neolitik (d) Zaman Logam 2. Di Malaysia, Zaman Mesolitik tidak wujud. (e) Hali ini dibuktikan apabila Pusat Arkeologi Malaysia, Universiti bercirikan alat batu Hoabinh (Vietnam) di Bukit Jawa, Lenggong, Perak. (f) Peralatan ini dijumpai kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun, iaitu pada awal Zaman Paleolitik.

2.1: ZAMAN PALEOLITIK


1. Zaman Paleolitik di Malaysia wujud antara 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu. 2. Lokasi petempatan Zaman Paleolitik di Malaysia dijumpai di: (a) Bukit Jawa, Kota Tampan dan Bukit Bunuh di Lenggong, Perak (b) Gua Niah, Sarawak (c) Tingkayu, Sabah

CIRI-CIRI PETEMPATAN KEGIATAN DAN PERALATAN

KEPERCAYAAN

Hidup berpindah-randah Tingal di kawasan terbuka di luar gua, di dalam gua atau di sekitar tasik Mengamalkan cara hidup sara diri Memburu binatang liar Memungut hasil hutan (buah-buahan dan pucuk daun) Peralatan diperbuat daripada batu yang kasar, contohnya: - alat penetak, untuk menetak pokok dan memotong daging - kapak genggam - alat repihan, untuk meraut dan memotong Animisme Mengamalkan upacara perkuburan Mayat dikebumikan dengan barangan seperti makanan dan alat-alat batu

INFO SEJARAH
Penemuan peralatan batu Zaman Paleolitik di Kota Tampan, Perak pada tahun 1987 serta perjumpaan rangka manusia (Perak Man) di Gua Gunung Runtuh pada tahun 1990 telah meletakkan antara Negara terawal yang melalui Zaman Prasejarah di dunia.

ZAMAN NEOLITIK
1. Di Malaysia, Zaman Neolitik bermula kira-kira 7000 tahun dahulu 2. Zaman ini merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar. 3. Lokasi petempatan Zaman Neolitik di Malaysia: (a) Gua Cha, Kelantan (b) Bukit Tengkorak, Sabah

CIRI-CIRI PENEMPATAN

KEGIATAN DAN PERALATAN

KEPERCAYAAN

Tertumpu di dalam gua dan berhampiran sungai Mula hidup menetap - Wujud system masyarakat - Mempunyai ketua - Pembahagian kerja diamalkan Menangkap ikan, memburu binatang dan memungut hasil hutan Bercucuk tanam dan menternak binatang Berdagang melalui system barter Alat batu masih digunakan, iaitu: - beliung untuk menggali tanah dan mengetam kayu - pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu Kepercayaan animisme

2.3: ZAMAN LOGAM


1. Di Malaysia, Zaman Logam bermula kira-kira 4000 tahun dahulu. 2. Teknologi masyarakat pada zaman ini telah berkembang ke arah teknologi logam. 3. Antara lokasi Zaman Logam di Malaysia: (a) Sungai Tembeling, Pahang (b) Gua Harimau, Perak

(c) Changkat Menteri, Perak

CIRI-CIRI PETEMPATAN

KEGIATAN DAN PERALATAN

KEPERCAYAAN

Hidup menetap Terdapat segelintir yang masih tinggal di dalam gua dan berhampirang sungai Mempunyai adat resam Bercucuk tanam Menternak binatang Berburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan Kegiatan perdagangan secara system barter Mencipta alat logam daripada gangsa dan besi Contoh peralatan logam yang digunakan ialah kapak, sabit, tulang mawas, pisau dan mata lembing Mengamalkan kepercayaan animisme Wujud kepercayaan dan pegangan hidup tertentu Upacara pengebumian dijalankan dengan menggunakan kepingan batu

2.4: KEISTIMEWAAN ZAMAN PRASEJARAH


1. Penemuan tapak petempatan Zaman Paleolitik di Bukit Jawa, Lenggong, Perak membuktikan petempatan prasejarah telah lama wujud di Negara kita, iaitu kirakira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu. 2. Malaysia terkenal dengan penemuan Manusia Perak kerana rangkanya yang cacat dianggap unik dan belum pernah dilihat pada Zaman Prasejarah dunia. Penemuan ini juga telah dipamerkan di luar Negara. 3. Kemampuan masyarakat Zaman Prasejarah mencipta pelbagai peralatan batu, tembikar, gangsa dan besi dapat menonjolkan kegigihan, semangat berusaha, berdikari serta daya kreativiti mereka. 4. Ciptaan inilah yang menjadi asas perkembangan teknologi masyarakat selepasnya.

NILAI DAN IKTIBAR


Kejayaan masyarakat Zaman Prasejarah mencipta pelbagai peralatan dan melalui beberapa peringkat kemajuan menunjukkan bahawa mereka mengamalkan nilai hidup yang positif yang perlu kita contohi. Antaranya ialah kegigihan dan semangat berusaha, daya kreativiti dan berdikari.

BAB 3: KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA


PENGENALAN
1. Kerajaan awal Asia Tenggara terdiri daripada dua bentuk, iaitu kerajaan agragia dan kerajaan maritim. 2. Kerajaan agragia terdiri daripada: (a) kerajaan Angkor (b) kerajaan Funan 3. Kerajaan maritim terdiri daripada: (a) kerajaan Champa (b) kerajaan Chih Tu (c) kerajaan Srivijaya (d) kerajaan Kedah Tua (e) kerajaan Majapahit

3.1: KERAJAAN AGRAGIA


1. Kerajaan agragia ialah kerajaan yang ekonominya berasaskan kegiatan pertanian 2. Lokasi kerajaan ini adalah: (a) di lembangan sungai (b) di kawasan pedalaman yang subur 3. Kegiatan penduduk: (a) Pada peringkat awal, mereka berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan. (b) Kemudian, kegiatan pertanian dan penternakan binatang dijalankan. 4. Tanaman utama ialah ubi taro, padi huma dan padi sawah. 5. Penduduknya mahir dalam pembinaan empangan dan system saliran. 6. Raja berperanan penting dan bertanggungjawab membina dan menguruskan pembinaan empangan dan terusan yang membawa kemajuan kepada kerajaan agragia. 7. Kerajaan agragia yang terkenal ialah kerajaan Angkor dan kerajaan Funan.

KERAJAAN FUNAN
1. 2. 3. 4. 5. 6. Kerajaan terawal di Asia Tenggara. Diasaskan pada abad pertama Masihi. Raja pertamanya ialah Kaundinya (Gelaran Kurung Bnam). Tokoh penting kerajaan ini ialah Fan Shih-man, seorang jeneral yang agung. Pusat kerajaannya ialah Vyadhapura. Pelabuhan utamanya ialah Oc-Eo.

7. Sungai Mekong merupakan jalan perhubungan perdagangan dan bekalan air yang penting. 8. Kawasan pertanian, terutamanya sawah padi memperoleh bekalan air dari empangan, saliran dan takungan air yang dibina.

KERAJAAN ANGKOR
1. Diasaskan pada abad ke-7 Masihi. 2. Pusat kerajaannya ialah Hilir Sungai Mekong. 3. Kawasan pertanian utama adalah di sekitar Tasik Tonle Sap. (a) Tonle Sap dibina abad ke-10 Masihi. (b) Air disalurkan ke sawah padi melalui empangan dan saliran. 4. Kerajaan ini juga membina baray. (a) Kolam air yang besar (boleh menampung 30 juta meter padu air). (b) Dibina untuk mengairi kawasan sawah seluas 12.5 juta ekar. (c) Membolehkan kerajaan memperoleh hasil pertanian yang banyak. 5. Sistem pemerintahan: (a) Raja berkuasa mutlak dan dianggap sebagai Devaraja ( tuhan di muka bumi). (b) Kerabat diraja membantu dalam tugas pentadbiran. 6. Agama utamanya ialah agama Hindu-Buddha. 7. Monumen agung ialah Angkor Wat. 8. Zaman kegemilangannya adalah semasa pemerintahan Suryavarman II.

INFO SEJARAH
Kurung Bnam bermaksud raja-raja gunung. Bnam bermaksud gunung iaitu gunung suci yang menjadi symbol kuasa raja.

3.2: KERAJAAN MARITIM


1. Kerajaan maritim ialah kerajaan yang ekonominya berasaskan kegiatan yang berkaitan dengan laut. 2. Lokasi kerajaan maritim: (a) Tertumpu di kawasan persisiran pantai. (b) Pusat pentadbirannya tertumpu di kawasan muara sungai yang merupakan kawasan petempatan penduduk. 3. Perdagangan merupakan kegitan utama kerajaan maritim. (a) Laut merupakan laluan utama untuk perdagangan laut. (b) Sungai pula merupakan laluan perdagangan ke kawasan pedalaman. (c) Pelabuhan di muara sungai merupakan pusat perdagangan. 4. Pelabuhan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti: (a) bekalan air dan makanan (b) tempat tinggal

(c) tempat menyimpan barang dagangan (gudang) (d) kawasan berjual beli atau pasa 5. Kerajaan maritim berfungsi sebagai orang tengah dengan pelabuhan utamanya berfungsi sebagai pelabuhan entrepot. (a) Menjadi pusat pengumpulan barang dari kawasan pedalaman dan pulaupulau yang berhampiran (b) Antara barangan yang dikumpulkan dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa ialah hasil hutan, rempah-ratus, ubat-ubatan, gaharu, cendana dan dammar. (c) Barangan ini dijual kepada pedagang asing dari Eropah, Arab, India dan China. 6. Penduduk kerajaan maritim juga mahir dalam aspek: (a) pembinaan kapal (b) ilmu pelayaran 7. Pedagang dari kerajaan maritime yang memiliki kemahiran tersebut mampu belayar hingga ke Afrika Timur.

KERAJAAN CHAMPA
1. (a) Diasaskan pada tahun 192 Masihi oleh Chu Lien. (b) Nama Champa wujud pada tahun 655 Masihi. 2. Menurut sumber sankrit, Bhadravarnom memerintah Champa pada tahun 400 Masihi. 3. Agama Hindu mempengaruhi masyarakat Champa. 4. Antara abad ke-13 dan ke-15 pula, pengaruh China mula bertapak. 5. Terdapat 14 buah dinasti dalam sejarah Champa. 6. Raja Champa dibantu oleh pegawai-pegawai kerajaan. 7. Pegawai yang terpenting ialah pegawai pemungut cukai. 8. Pelabuhan utama ialah Inderapura.

KERAJAAN CHIH TU
1. 2. 3. 4. 5. Diasaskan pada abad ke-6 Masihi oleh Raja Guatama. Lokasi kerajaan ini adalah di hulu Sungai Kelantan. Menurut catatan I-Ching, kerajaan ini dikenali sebagai Tanah Merah. Kerajaan ini diketuai oleh raja yang berkuasa mutlak. Raja dibantu oleh tiga orang menteri. Mereka bertanggungjawab dalam pemerintahan dan pentadbiran. 6. Corak pemerintahan kerajaan Srivijaya menerima pengaruh Hindu.

KERAJAAN SRIVIJAYA
1. Diasaskan pada abad ke-7 Masihi. 2. Pusat kerajaan dan pelabuhan utama ialah Palembang, Sumatera.

3. Raja berkuasa mutlak dan dikatakan mempunyai kuasa sakti dan bersifat ketuhanan. 4. Mengikut catatan Arab, Raja Srivijaya diberi gelaran Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau. 5. Raja dibantu oleh beberapa orang menteri yang berperanan sebagai orang perantaraan antara raja dengan rakyat. 6. Catatan pada batu bersurat yang dijumpai di Telaga Batu (683 Masihi) menunjukkan kerajaan ini terbahagi kepada tiga bahagian pentadbiran, iaitu: (a) pentadbiran diraja (b) pentadbiran ketenteraan (c) pentadbiran daerah 7. Dapat mengawal perdagangan maritime di Kepulauan Melayu dengan menguasai Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut Jawa. 8. Palembang menjadi pusat pertukaran barangan dalam kegiatan dengan pedagang dari India, Arab, China dan Barat. 9. Barangan dagangan adalah seperti dammar, cendana, kapur barus, lada hitam dan kemenyan.

KERAJAAN KEDAH TUA


1. 2. 3. 4. Menurut catatan I-Ching, kerajaan ini diasaskan pada abad ke-5 Masihi. Dikenali sebagai Kataha atau Cheh-Cha. Merupakan antara kerajaan terawal wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Pusat pentadbiran dan pelabuhan utama pada peringkat awal ialah Sungai Mas dan kemudian di Lembah Bujang. 5. Gunung Jerai menjadi panduan kepada pedagang untuk singgah di pelabuhan Kedah. 6. Peranan pelabuhan kerajaan Kedah Tua: (a) Pelabuhan persinggahan di utara Selat Melaka untuk saudagar Arab, Parsi, India dan Sri Lanka sebelum meneruskan pelayaran ke Timur. (b) Pusat pertukaran barang (pelabuhan entrepot) (c) Pusat perdagangan hasil tempatan seperti beras, emas, bijih timah, lada hitam serta hasil hutan seperti dammar, rotan, gading dan tanduk. 7. Bentuk muka bumi yang rata menjadikan Kedah Tua pengeluar padi yang utama. 8. Dipengaruhi oleh agama Buddha dan kemudiannya agama Hindu. 9. Bukti pengaruh agama Hindu-Buddha ialah peninggalan candi-candi di Lembah Bujang. 10. Bukti kegemilangan kerajaan Kedah Tua dan peranannya sebagai sebuah pelabuhan entrepot ialah penemuan: (a) wang perak pada zaman pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861 Masihi) (b) manik dari India (c) barangan kaca dari Timur Tengah

KERAJAAN MAJAPAHIT
1. 2. 3. 4. Diasaskan oleh Raden Wijaya. Menerima pengaruh agama Hindu-Buddha. Sistem pentadbirannya berasaskan Undang-undang Manu. Antara perkara yang diterangkan Undang-undang Manu ialah peranan hakim dalam membicarakan kes-kes awam. 5. (a) Konsep Devaraja diamalkan. (b) Mengikut konsep ini, raja dianggap sebagai wakil dewa untuk memimpin Manusia. 6. Dalam pentadbiran, raja dibantu oleh Perdana Menteri dan dan empat orang menteri. 7. (a) Zaman kegemilangan Majapahit adalah pada zaman pemerintahan Hayam Wuruk (Raja Senagara). (b) Baginda dibantu oleh Patih Gajah Mada, seorang Perdana Menteri yang Berkaliber. 8. Majapahit menjadi tempat perdagangan yang utama pada kurun ke-15. 9. Dikunjungi oleh saudagar China, India, Timur Tengah dan Asia Tenggara. 10. Antara pelabuhan yang dikuasainya ialah Kataha (Kedah Tua) dan Temasik.

NILAI DAN IKTIBAR


Kejayaan kerajaan agragia dan maritime adalah kerana wujud suasana yang aman dan damai, semangat bermasyarakat, semangat bekerjasama, kesetiaan kepada pemimpin, kebijaksanaan pemimpin dan peraduan. Kekayaan sumber alam merupakan kurniaan Tuhan. Oleh itu, kita harus bersyukur dengan kemakmuran yang kita nikmati.

BAB 4: PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


4.1: PARAMESWARA PENGASAS KESULTANAN MELAYU MELAKA
1. Melaka diasaskan pada sekitar tahun 1400 oleh Parameswara. 2. Parameswara ialah putera raja Palembang. 3. Kerajaan Majapahit muncul selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang. 4. Kerajaan Majapahit juga telah menguasai kawasan-kawasan Srivijaya termasuk Palembang dan Temasik. 5. Raja Palembang dan puteranya, Parameswara telah berusaha untuk membebaskan Palembang dari kerajaan Majapahit, tetapi gagal. 6. Kegagalan Parameswara mengakibatkan Palembang diserang oleh kerajaan Majapahit. 7. Parameswara dan pengikutnya berundur dari Palembang. 8. Ketika Parameswara tiba, Melaka cuma sbuah perkampungan nelayan yang penduduknya terdiri daripada orang Melayu, Orang Laut dan Orang Asli. 9.

URUTAN KEDATANGAN PARAMESWARA KE MELAKA


1. 2. Parameswara telah berundur dari Palembang dan pergi ke Temasik. Di Temasik, Parameswara telah disambut baik oleh pemerintah Temasik, iaitu Temagi. Temasik pada masa itu di bawah naungan Siam. Parameswara berpendapat Temasik berpotensi untuk berkembang maju kerana kedudukannya yang strategic. Temagi telah dibunuh dalam usaha Parameswara menuntut hak pertuanannya atas Temasik kerana Temasik pernah menjadi tanah jajahan kerajaan Srivijaya. Parameswara ingin memajukan Temasik untuk mewujudkan semula kegemilangan Srivajaya. Kerajaan Siam mahu menuntut bela atas pembunuhan Temagi. Kerajaan Majapahit pula cuba untuk menakluki Temasik. Parameswara dan Orang Laut telah berpindah dari Temasik ke Muar. Selepas tinggal di muar untuk seketika, Parameswara dan pengikutnya meneruskan perjalanan menuju ke utara melalui Sening Ujung dan Bertam.

3.

Akhirnya Parameswara tiba di sebuah perkampungan nelayan dan mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan. Kerajaan ini dikenali sebagai Melaka.

You might also like