You are on page 1of 10

NUR ATHIRAH BINTI ARIFFIN

KONSEP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA


Budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat tanpa
mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Namun begitu, terdapat perbezaan
antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Perkataan budaya
berasal daripada bahasa Sanskrit , iaitu Buddayah .Namun, ada pendapat mengatakan
perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu Budhi
(Sanskrit) yang membawa maksud kecergasan fikiran dan akal ,manakala Daya
(Melayu) diertikan sebagai kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.

Selain itu, kebudayaan pula ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia
merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir di mana ia meliputi hasil
kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan

Berdasarkan Kamus Dewan (2007) , budaya ditakrifkan sebagai tamdun ,


peradaban, kemajuan fikiran , akal budi (cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya.
Budaya juga dikelasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu
kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik,
agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai

Di samping itu, budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan
dalam kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang
diamalkan kebanyakan orang samaada dari segi pemikiran, nilai kepercayaan,
pandangan dan tabiat berfikir seseorang itu . Budaya merupakan warisan sosial
manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi.

Dalam konteks pendidikan semasa , budaya dilihat melalui budaya di sekolah


yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah, murid
akan di didik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya
dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN BUDAYA EDU3106

Perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah


Negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu
Melayu, Cina, dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum pribumi Sabah dan
Sarawak serta orang asli dan kaum – kaum lain menjadi kaum minoriti. Setiap etnik
membawa sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek - moyang yang
terdahulu.

Sebelum membincangkan lebih lanjut berkaitan kepelbagaian sosio-budaya, terlebih


dahulu dihuraikan maksud budaya itu sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan sosio-
budaya? Menurut ensiklopedia bebas http://ms.wikipedia.org/ budaya atau kebudayaan
(daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan
buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal –
hal berkaitan budi dan akal manusia. Manakala daya ialah perkataan Melayu Polynesia
bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Apabila ke dua – dua perkataan ini
dicantumkan (budaya) membawa maksud tenaga, fikiran, usaha rohani atau kuasa
yang menggerakkan jiwa.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3,1996,m/s:180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan


sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi
(cara berfikir dan berkelakuan).
Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib ( bekas professor Madya UiTM) telah menyatakan dalam
laman web http://dppwp.wordpress.com/usrah/pembangunan -sistem-sosio-budaya-
islam-dalam-kontek-masyarakat-malaysia/ maksud sosio-budaya ialah amalan yang
berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan
kecenderongan diri masyakarat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk
memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat tersebut.

Sementara itu menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan


pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur – struktur kemasyarakatan,
keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri – ciri khas
sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau
memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi
ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang – undang, adat resam
dan lain – lain kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai
anggota masyarakat.

Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat
dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang
lebih besar. Menurut Papalia (2001) individu manusia itu berbeza dari segi jantina, saiz
badan, kesihatan, tahap tenaga, personaliti dan emosi. Manakala Slavin (1997) pula
mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau
mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya
kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina , bakat dan minat.
Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid memberi implikasi secara langsung
terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi kepada guru
‗…kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat
untuk membawa kita kea rah wawasan yang ingin kita capai‖
Dato‘ Sri Abdullah Ahmad Badawi PIPP 2006-2010 m.s 38
Pelajar pada masa kini, mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan supaya
menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan Negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1988

Manakala menurut Dato‘ Panglima Sri Najib Tun Abd. Razak, dalam konsep 1 Malaysia,
kerajaan perlu memulakan polisi yang kelihatan adil dan dilaksanakan dengan
komitmen membantu tanpa melihat ras dan etnik. Selagi seseorang itu memegang
status sebagai warga Negara Malaysia, mereka layak menerima bantuan tanpa melihat
dari kaum mana mereka datang. Setiap rakyat Malaysia sepatutnya berupaya untuk
memenuhi sepenuhnya dari segi pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina.
Natijahnya, tanggungjawab dan amanah ini terletak dipundak guru yang mengajar
mengenal tulis baca. Guru perlu berkemahiran menangani masalah kepelbagaian
sosio-budaya murid – murid agar masalah guru ‗syok sendiri‘ dalam mengajar tidak
berlaku.

Sewajibnya guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang


merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai seorang guru perkara –
perkara pokok seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik
dan relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang
diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan.
Dalam erti kata lain, elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan
pengajarannya berkesan meliputi kesesuaian bahan pengajaran, sumber pembelajaran,
penglibatan aktif murid, penilaian prestasi, pengukuran dan penambahbaikan. Selain itu
guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah dan mengintegrasikan TMK.
Murid adalah pelanggan manakala guru merupakan individu yang menawarkan
perkhidmatan. Oleh itu perkhidmatan yang diberi haruslah mengiktu standard yang
telah ditetapkan oleh majikan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia.
―orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah, seolah –
olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal ehwal
mendidik, terutama apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti
yang diharapkan oleh masyarakat dan Negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan
mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan
berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan
mencipta dan menyumbang kepada pemajuan Negara-bangsa dan global‘
(Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah (2001):hlm 24)
Bertitik tolak dari pernyataan di atas, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
boleh ditakrifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti
iaitu proses yang dapat mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif
dan afektif ke tahap yang optimum.

Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia, (2001),
proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut
beberapa prinsip yang digariskan. Antaranya ialah:
a) Pendekatan, kaedah dan teknk yang dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara
aktif;
b) Berpandukan bahan – bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian
semasa, potensi dan kemajuan murid;
c) Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.
Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, seseorang guru haruslah peka dengan
kepelbagaian sosio-budaya murid – muridnya. Pendekatan yang bijak harus digunakan
dengan tidak membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata
tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan.

Perbezaan tahap kecerdasan murid juga harus dititik beratkan oleh seseorang guru
dalam menyampaikan pelajaran. Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran
bersesuaian dengan tahap murid. Perkara ini perlu untuk mengelakkan murid – murid
merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar
dikawal.

Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan. Aktiviti
yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid
dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar
belakang sosial dan kecerdasan individu.
Sebagai seorang yang menawarkan perkhidmatan, pelanggan iaitu murid haruslah
sentiasa dihormati dan bersikap adil kepada mereka. Hukuman berbentuk deraan dan
memalukan seharusnya tidak dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru
dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat untuk mereka meneruskan
pembelajaran.
Murid yang lambat menerima pembelajaran tidak diabaikan. Pelbagai kaedah dan
strategi boleh dirancang dan dilaksanakan dalam mengatasi masalah murid – murid
sedemikian.

Penggunaan bahasa standard iaitu bahasa rasmi kebangsaan iaitu bahasa Melayu
hendaklah digunakan tanpa pengaruh bahasa dialek. Ini akan member peluang sama
rata kepasa semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.
Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh member peluang
kepada semua murid tanpa mengira etnik dan jantina. Isu yang mempunyai unsur bias
kepada mana – mana jantina mesti dielakkan untuk member peluang sama rata pada
setiap murid meneroka aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan jantina,
menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif di kalangan murid
supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut.

Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali.
Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru. Aktiviti
pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan semua murid
tanpa mengira kaum, adat budaya dan pegangan agama mereka.
Catatan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran
hendaklah dicatatkan sebagai refleksi atau impak di akhir sesi pembelajaran. Ini akan
memudahkan guru untuk merancang strategi dan kaedah yang sesuai untuk mengatasi
kelemahan.

Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang
cemerlang yang mana fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang
kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka
pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai,
realistic dan bijak dalam pengurusan masa.Guru merupakan ejen perubahan dan
sumber inspirasi kepada murid. Anjakan paradigma haruslah dilakukan oleh setiap guru
dan tidak berada di zon selesa sentiasa. Guru haruslah pro-aktif dalam mengatasi
kelebihan dan kelemahan muridnya. Penyampaian pengajaran guru haruslah kreatif
dan efektif, menarik dan menyeronokkan.

Secara ringkasnya dapat disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru bukan sahaja
meliputi aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah, malahan meliputi skop yang
lebih luas seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir, pengurusan bilik darjah,
motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat kerja.
Implikasi kepada murid
Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan bersama
setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah
mahupun di luar bilik darjah. Sebagai seorang pelanggan, kita haruslah melayan
mereka dengan adil dan saksama. Ini termaktub di dalam perlembagaan persekutuan;
Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.
(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap
mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat
lahir—
(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu
pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar
atau pembayaran fi; atau
(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa
awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-
mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam
atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).
Petikan perlembagaan Malaysia

Berlandaskan Perlembagaan Malaysia, seharusnya guru mengurus tingkahlaku murid


berdasarkan matlamat untuk menghapus atau merapatkan jurang kepelbagaian sosio-
budaya di kalangan murid agar prinsip keadilan kesaksamaan dapat dipraktikkan.
Antara perkara yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus tingkahlaku murid ialah
menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib
mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial
dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas
sosial dan perlu membuang sikap prajudis terhadap bangsa lain.

Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikan dan aktiviti yang
dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke
dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama
hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat
dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam
masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran kea rah
memacu pembangunan Negara.

Dalam berkomunikasi, penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu harus


diamalkan oleh murid. Unsur – unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan,
penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai,
aktiviti yang bercorak kea rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap
penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan
membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.
Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan
jantina. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi
yang berlainan jantina.

Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah diberikan peranan dan
tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan kelas
mereka. Ahli Jawatan Kuasa keceriaan kelas perlu diwujudkan disamping jawatan ketua
kelas dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murid dapat merasakan diri mereka
tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka.
Guru sebagai ‗role model‘ kepada murid – murid. Murid biasanya akan terpengaruh
kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu
guru mesti membentuk program – program yang bertujuan membangunkan murid,
dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku
negative.
Budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping
meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat boleh menarik
minat murid. Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran akan membantu mengurangkan ketidakseimbangan di
dalam penyampaian pelajaran kepada setiap murid. Seharusnya seseorang guru
mengenali dan memahami sosio-budaya setiap muridnya agar sesi pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan mesra murid.
Cadangan kaedah P&P dalam menangani kepelbagaan sosio-budaya murid
Kepelbagaian sosio-budaya murid member kesan secara langsung terhadap kaedah
yang harus digunapakai oleh guru dalam sesi P&P agar setiap murid mendapat peluang
sama rata dalam penerimaan pembelajaran.

Acapkali dibaca dan didengar permasalahan masalah disiplin seperti ponteng sekolah,
vandalisma dan sebagainya yang dilakukan oleh murid. Walaupun berat untuk diakui,
namun kita harus menerima hakikat, salah satu faktor penyebab permasalahan ini
adalah datangnya dari guru yang tidak komited terhadap kerjayanya. Seringkali guru
menggunakan kaedah yang tidak selari dengan kehendak dan penerimaan murid yang
mengakibatkan murid bosan untuk mengikuti P&P.

Mengambil contoh permasalahan yang berlaku kepada etnik Orang Asli, masalah
keciciran pendidikan di kalangan etnik ini amat tinggi. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
(JHEO) melaporkan 34.31% dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke
tingkatan lima.Dalam kes tertentu mungkin terdapat segelintir kanak – kanak Orang Asli
yang tidak dapat ke sekolah kerana tergolong sebagai kanak – kanak berkeperluan
khas.
Persoalannya, kenapakah anak Orang Asli masih keberatan atau langsung tidak mahu
ke sekolah?
Mereka tidak mahu ke sekolah ketika tiba musim buah – buahan. Malah masih ada
yang terjajah pemikirannya. Menurut sumber Kementerian Pelajaran, kajian mendapati,
ada kalangan ibu bapa Orang Asli yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah
tidak akan mengubah masa depan kaum mereka.
Apabila membicarakan tentang budaya pelajar Orang Asli, kita tidak dapat lari daripada
isu pembangunan dan budaya pemikiran komuniti Orang Asli yang masih dibelenggu
struktur persekitaran dan sosial masyarakat mereka sendiri.
Kemelut budaya, sensitif dan malu meminta bantuan guru untuk mengatasi masalah –
masalah pembelajaran menyebabkan pelajar Orang Asli terus memendam perasaan
tanpa berusaha mengatasi masalah yang dihadapi.
Seandainya guru tidak meratakan jurang kepimpinan dimana guru melakukan proses
pengajaran dan pembelajaran sekata antara pelajar, golongan Orang Asli ini akan
ketinggalan jika mereka tidak memahami sesuatu kerana budaya yang diwarisi
mempengaruhi mereka untuk terus berdiam diri dan memendam rasa tanpa reaksi
bahkan mereka akan tersinggung dengan kata – kata guru khususnya di sekolah,
mereka akan menyampaikan perilaku guru tersebut kepada ibu bapa. Ibu bapa pelajar
Orang Asli mudah percaya dengan aduan anak mereka dan ini menyumbang kepada
faktor ponteng sekolah seterusnya akan mematikan minat untuk belajar.
Selain daripada itu, budaya mencintai kesenian telah tertanam dalam kehidupan Orang
Asli. Mereka suka bermain alat muzik seperti gitar dan dram serta suka menyanyi.
Sebagai seorang guru, perkara ini boleh dijadikan kelebihan dalam merancang kaedah
P&P yang sesuai untuk menarik minat anak – anak Orang Asli ini mengikuti pelajaran.
Pelajar Orang Asli lebih suka bersantai dan tidak suka dikongkong. Masa lapang
mereka dipenuhi dengan aktiviti permainan. Memanjat pokok, menjerat haiwan, dan
mandi sungai merupakan aktiviti yang sering dilakukan oleh mereka.
Berdasarkan perkara – perkara di atas, dua kaedah yang dirasakan sesuai dipilih untuk
dilaksanakan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian sosial dan mempunyai
anak Orang Asli di dalam kelas tersebut.

You might also like