You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM SK OTHMAN

SHAWAL TAHUN 2022

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan-Nya dapat


kita berhimpun dalam Majlis Pelancaran Program Nilam Sk Othman Shawal Tahun
2022. Majlis yang ringkas namun penuh bermakna ini adalah sebagai tanda
berterusan pihak sekolah bagi memupuk dan menerapkan tabiat membaca dalam
kalangan murid di sekolah ini.
Guru-guru dan murid-murid yang disayangi sekalian,
Buku merupakan media terbaik untuk kita mendapat ilmu dan belajar
daripada pengalaman orang lain, Justeru, tabiat atau amalan membaca buku
mampu membangunkan jiwa dan minda kita. Jiwa yang sihat dan minda yang tajam
akan membolehkan kita memilih dan menyisih ilmu yang didapati untuk manfaat dan
kesejahteraan diri dan masyarakat dan seterusnya menyumbang kepada
pembentukan generasi muda kelas pertama.
Generasi yang berilmu dan berakhlak mulia serta berketrampilan akan
memastikan warga Malaysia terus cemerlang di Negara sendiri mahupun di persada
antarabangsa. Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat
yang mengamalkan budaya ilmu. Kaedah yang utama bagi menerapkan budaya ilmu
ialah melalui tabiat membaca yang berterusan.
Syabas dan tahniah yang tidak terhingga kepada seluruh warga sekolah
yang bertungkus lumus menjayakannya pada hari ini. Kejayaan ini melambangkan
komitmen yang tinggi yang telah diberikan oleh pihak pentadbir sekolah, guru-guru ,
kakitangan sekolah dan murid-murid di sekolah ini.
Kejayaan Program NILAM sangat bergantung kepada komitmen daripada
pihak sekolah dan masyarakat. Justeru, saya menyeru dan berharap agar ada
usaha yang berterusan daripada seluruh warga sekolah bagi memantapkan
pelaksanaan program ini. Dalam hal ini kita semua boleh memainkan peranan.
Contohnya dengan memberi sumbangan buku sebagai hadiah untuk anugerah
kecemerlangan murid dan sebagainya.
Saya berharap perlaksanaan NILAM dapat membantu meningkatkan
kefahaman ibu bapa dan masyarakat dalam pentingnya memupuk budaya membaca
dalam kalangan generasi muda.
Pelaksanaan NILAM juga perlu diintegrasikan dengan budaya dan amalan
harian di sekolah dan tidak dianggap sebagai satu aktiviti tambahan yang
membebankan. Dalam usaha yang mementingkan pencapaian akademik, adalah
perlu ditegaskan dan dibuktikan bahawa kemahiran membaca boleh membawa
kepada kemahiran belajar dan kemahiran mencari maklumat. Ini Memudahkan
pemupukan budaya membaca dan pencapaian objektif NILAM. Sesungguhnya
amalan membaca boleh membentuk masyarakat menjadi golongan yang aktif dan
padu dari aspek personaliti dan rohani serta maju dan matang dari sudut mental dan
fizikal
Akhir sekali, tahniah buat seluruh warga SK Othman Shawal dan saya berharap
agar program ini akan menjadi pencetus semangat kepada murid dan guru-guru
sekolah ini agar dapat mencipta kecemerlangan di tahun 2022 ini.
Sebelum merasmikan pelancaran program nilam ini, izinkan saya menyampaikan 4
rangkap pantun.
Bunga melur dalam jambangan,
Banyak ditanam di sawah sempadan,
Kucipta pantun buat renungan,
Semarak Nilam tanpa sempadan.

Mekar sejambak bunga gubahan,


Jatuh sekuntum di atas peti,
Membaca itu suruhan Tuhan,
Al-alaq diturun menjadi bukti.

Harum sungguh bunga kemboja,


Bunga karangan cantik tersemat,
Janganlah membaca kulit sahaja,
Telitilah kandungan sehingga tamat.

Cantik sungguh si bunga kejora,


Buat hiasan di hari raya,
Marilah sahut seruan negara,
Bangsa membaca bangsa berjaya.

Akhir kata, dengan lafaz Bisssmillahhirrahmanirrahim, saya melancarkan Program


Nilam bagi SK Othman Shawal untuk sesi 2022/2023.
Sekian,Wabillahhitaufikwalhidayah,wassalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh

You might also like