You are on page 1of 1

Semasa anda menghadiri sesi PBS di sekolah tentu telah menemui pelbagai strategi,

kaedah dan amalan yang digunakan oleh guru-guru di sekolah.

Anda dikehendaki berkongsi sekurang-kurangnya 2 amalan terbaik yang anda telah


temui. Panjang penulisan anda 150 perkataan.

Antara amalan baik oleh guru-guru yang telah saya dapati sepanjang saya
menghadiri sesi PBS di sekolah ialah penggunaan bahan maujud sewaktu sesi pengajaran
dan pembelajaran. Saya telah menghadiri sesi pengajaran subjek Reka Bentuk dan
Teknologi pada sesi PBS. Memandangkan standard kandungan terpilih ialah 1.1 Amalan
Keselamatan dengan standard pembelajaran 1.1.3 Mengaplikasikan langkah-langkah yang
perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan di bengkel, guru berkenaan telah membawa
peti pertolongan cemas ke bilik darjah supaya dapat memperkenalkan bahan dan alatan
yang sebenar daripadanya kepada murid-murid.

Selain itu, saya mendapati bahawa guru sekolah telah memperbanyak aktiviti
berkumpulan di dalam bilik darjah. Contohnya, dalam kelas Matematik, guru berkenaan
meminta murid-murid untuk melaksanakan aktiviti dalam berkumpulan. Dengan itu, mereka
dapat menyelesaikan tugasan yang diberi di samping dapat saling menyemak dan
membetulkan jawapan masing-masing sekiranya didapati wujudnya kesalahan. Aktiviti
berkumpulan turut membolehkan peningkatan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan
murid supaya mereka dapat membuat perbincangan dan belajar untuk mendengar pendapat
masing-masing.

You might also like