You are on page 1of 5

TEKS UCAPAN MAJLIS - TAKLIMAT PENGURUSAN KOKURIKULUM KEPADA

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH


NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2022.

 KETIBAAN VVIP

Mengumumkan, ketibaan  …

 TUAN MOHAMAD ZAIDI BIN ISHAK TIMBALAN PENGARAH


PENDIDIKAN SEKTOR PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PPD
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

 Dengan diiringi oleh TUAN MOSKAYA KAMA KPP SEKTOR


PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PPD JPNS  

TUAN ANUAR BIN MAT ISA KPPD PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH


REMBAU

 Masuk ke dalam dewan...

 2.            LAGU NEGARAKU DAN LAGU NEGERI SEMBILAN


 
Mohon hadirin  terus berdiri untuk menyanyikan Lagu Negaraku dan
Lagu Negeri Sembilan.
 
Majlis mengucapkan terima kasih. Semua hadiri dijemput duduk.
 
  
 
Assalamualaikum warahmatullah wbt, salam sejahtera, Salam SMART PPD
Rembau, Salam PPD Rembau Kekal No 1, Salam Up Nogoghi...
 
o   Yang Berbahagia Tuan Mohamad Zaidi bin Ishak
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
 
o   Yang berbahagia Tuan Moskaya Kama bin Mohamed
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
 
o   Yang berusaha Tuan Anuar bin Mat Isa
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Rembau
 
o   Yang Berusaha Tuan Haji Ismail bin Samah
Timbalan PPD Sektor Perancangan PPD Rembau
 
o   Yang Berusaha
Puan Jasmah binti Hussain
Timbalan PPD Sektor Pembelajaran PPD Rembau
 
o   Yang Berusaha
Puan Hajah Rozita binti Abas
Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah PPD Rembau
 
o   Yang Berusaha En Sorhaimi bin Mohd Sab
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid PPD Rembau
 
o   Yang Berusaha Ustaz Nor Iskandar Muhamad
Wakil Majlis Pengetua Malaysia, Negeri Sembilan
 
o   Yang Berusaha En Ramlan bin Ramly
Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Rembau
 
o   Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Rembau
 
o   Semua pegawai dan kakitangan PPD Rembau
 
o   Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian
 
  
 
DARI RAUB, KE PONTIAN
TERUS PULA KE KUALA PERLIS
HARAP SEMUA BERI PERHATIAN
MOHON SAYA MULAKAN MAJLIS
 
Selamat datang ke :
MAJLIS TAKLIMAT PENGURUSAN KOKURIKULUM KEPADA PENOLONG
KANAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH NEGERI
KELANTAN bagi daerah KUALA KRAI bagi tahun 2022. Alhamdulillah
bersyukur kita kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita
bersama-sama dalam majlis yang diadakan pada pagi ini.
 
MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG
MERBAH BERKICAU DI HUJUNG MUARA
PEMANIS KATA SELAMAT ATANG 
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.
 
SARUNG KETUPAT BERISI INTI
DIBAWA BUDAK SAMBIL BERLARI
KEHADIRAN SEMUA SANGAT DIHARGAI
MOGA MAJLIS BERTAMBAH SERI.
 
 

3.          BACAAN DOA


 
           Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian,
 
ANUGERAH DI KECAP SI ANAK WATAN
MENGANGKAT SENJATA BIDALAN SUARA
MENADAH TANGAN MEMOHON KEBERKATAN
MENDAPAT RESTU HIDUP SEJAHTERA
 
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna
ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Nadzmi bin Sulaiman.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
 
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Al Fadhil Ustaz atas bacaan doa itu tadi.

5.         PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAMATA

 
Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian, Majlis diteruskan
dengan penyampaian sijil dan cenderamata.
 
Oleh itu Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Mohamad Zaidi bin Ishak,
Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD,
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, diiringi oleh Tuan Moskaya
Kama bin Mohamed, KPP Kanan Sektor Perancangan dan Pengurusan
PPD, JPNS serta Tuan Anuar bin Mat Isa, KPPD Pejabat Pendidikan
Negeri Sembilan, tampil ke hadapan pentas untuk menyampai sijil dan
cenderamata. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
 
Hari Lahir warga (November dan Disember 2020 – 6 orang PGB), Hari
Lahir Januari, Februari dan Mac 2021 – 25 orang  :
o   PPD Rembau
o   Pengetua
o   Guru Besar
o   Ikon Pekerja Bulanan (Januari dan Februari 2021)
o   Hadiah Inovasi
 
Sebagai tanda ucapan terima kasih, majlis dengan ini menjemput Yang
Berusaha Tuan Anuar bin Mat Isa untuk menyampaikan cenderamata
kepada Yang Berbahagia Tuan Mohamad Zaidi bin Ishak, Timbalan
Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan
Pendidikan Negeri Sembilan. Majlis mempersilakan Yang Berbahagia
Tuan Mohamad Zaidi untuk menerima cenderamata daripada Tuan
KPPD.
 
 
o   Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan KPPD atas kesudian
menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Tuan Mohamad
Zaidi. Mohon Tuan Mohamad Zaidi, Tuan Moskaya dan Tuan KPPD untuk
mengambil tempat.
 
6.   UCAPAN ALU-ALUAN KPPD REMBAU
 
TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA TAK BERGUNA JIKA ADA
DAYUNG TIADA PERAHUNYA
TAK BERKAT ILMU TANPA AMALNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA TIDAK ADA YANG BERBICARA.
 
Untuk itu, Majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Yang Berusaha
Tuan Anuar bin Mat Isa, Ketua Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat
Pelajaran Daerah Rembau untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
 
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan KPPD atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.
 
7.            UCAPTAMA
 
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,
 
Majlis diteruskan lagi dengan ucaptama daripada tetamu kehormat kita
pada pagi ini. Oleh itu, majlis dengan sukacita dan hormatnya menjemput
dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Mohamad Zaidi bin Ishak,
Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD,
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan untuk tampil memberikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
 
Majlis mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Mohamad
Zaidi atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
8.         JAMUAN
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,
Kita telah sampai dipenghujung acara. Saya bagi pihak urusetia majlis
perhimpunan bulanan PPD Rembau mengucapkan terima kasih sekali lagi
kepada semua tetamu kehormat dan para hadirin yang sudi meluangkan
masa bersama-sama memeriahkan majlis pada pagi ini.
DARI MANA ASALNYA USAH DIUSUL
MOLEK BUDINYA MENAMBAT HATI
DUA TIGA BICARA SALAH TERSASUL JANGAN
DISIMPAN DI DALAM HATI
 

Dijemput  Yang Berbahagia Tuan Mohamad Zaidi,Tuan Mohamad Zaidi, Tuan


Moskaya dan Tuan KPPD dan semua tetamu jemputan untuk menikmati sedikit
hidangan yang telah disediakan. Majlis mempersilakan. Sekian sahaja, salam
hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa
Barakatuh.
 

You might also like