You are on page 1of 2

SALUTASI

Yang dihormati, En Mohd Shahrol bin Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbiran,


En Mohd Nasir bin Ayob, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn Hana Marlin Bt Esa, Penolong kanan Ko-kurikulum,
Pn Jamilah Bt Khalid Pen. Kanan Pend. Khas,
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,
Guru-guru, serta murid-murid SMK Kelana Jaya sekalian

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Bunga melur dalam jambangan,


Di tepi kolam menjadi hiasan;
Kucipta pantun buat renungan,
Semarak Nilam empunya wawasan.

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-
sama berkumpul pada pagi ini bagi memeriahkah majlis pelancaran MINGGU
PUSAT SUMBER DAN PROGRAM NILAM SMK KELANA JAYA tahun 2020.Hadirin
yang dimuliakan, minggu pusat sumber ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan
murid berkunjung ke pusat sumber dengan lebih kerap. Manakala, Program NILAM
merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang bermatlamat
untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan murid dari sekolah rendah
sehingga sekolah menengah selaras dengan hala tuju kerajaan untuk melahirkan
modal insan yang berpengetahuan tinggi.

UCAPAN PENGETUA

Hadirin sekalian,
Bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput yang dihormati En Mohd Shahrol bin Ibrahim, Penolong Kanan
Pentadbiran SMK Kelana Jaya untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Shahrol ,atas kesudian merasmikan majlis kita
pada hari ini.

Untuk pengetahuan semua, sepanjang minggu pusat sumber ini, pihak pusat sumber
telah menyediakan pelbagai program yang menarik dan bermaklumat khas untuk
semua warga sekolah. Antara aktiviti tersebut ialah:

1. Pertandingan sudut NILAM di dalam kelas yang terbuka kepada semua


tingkatan. Maklumat lanjut akan diberikan kepada semua guru kelas.
2. Pameran buku-buku yang menarik di kantin.
3. Program Wakaf Buku.
4. Pertandingan membina replika bangunan.
5. Pertandingan melukis poster, terbuka kepada semua tingkatan.
6. Program Silent Reader.
7. Pengenalan E-NILAM kepada semua murid.
Jadi, jika ada sesiapa yang berminat untuk menyertai aktiviti ini, bolehlah merujuk
kepada guru-guru pusat sumber yang mengendalikan aktiviti.

Seterusnya, ingin saya memberikan sedikit penerangan tentang program e-NILAM. Jika
tahun-tahun sebelum ini murid menjalankan program NILAM dengan menggunakan
buku, tetapi bermula tahun ini, kita akan menjalankan NILAM secara atas talian(online).
Caranya ialah
1. Murid boleh mengakses masuk ke dalam talian menggunakan link yang akan
disebarkan oleh guru-guru, atau menggunakan telefon pintar selepas waktu
sekolah, murid boleh scan QR kod yang terdapat pada banting yang diletakkan
di sekitar kawasan sekolah.
2. Link akan membawa awak terus ke satu borang soalan ringkas, Murid
memasukkan maklumat berkenaan buku atau bahan bacaan yang telah dibaca
dalam borang tersebut kemudian klik ‘hantar’.
3. Bahan bacaan bukan sekadar buku akademik, tetapi termasuk juga brosur,
majalah ilmiah, maklumat di papan kenyataan. Semua ini termasuk sebagai
bahan bacaan.
Jadi, diharapkan dengan cara yang lebih mudah dan cepat ini dapat menggalakkan
murid-murid supaya lebih banyak membaca dan memasukkan data tersebut dalam e-
NILAM kerana pada _________________, kita akan kumpul semua data dan akan
memberikan hadiah yang sangat istimewa kepada murid yang mencatatkan rekod
bacaan tertinggi. Sebarang soalan, bolehlah merujuk kepada guru-guru pusat sumber.

Hadirin sekalian, dengan berakhirnya majlis pelancaran itu tadi, maka berakhirlah
sudah majlis kita. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua murid dan
guru yang terlibat.

Wangi mawar indah melati,


Cantik tersemat dambaan puteri,
Ilmu ditimba sepenuh hati,
Kekuatan umat minda bestari.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalmualaikum waramatullahiwabarakatuh

You might also like