You are on page 1of 2

SALUTASI

Yang berusaha Tn.Hj Jamaluddin B Hj Haron, Pengetua SMK Kelana Jaya,


Yang dihormati, En Mohd Shahrol bin Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbiran,
En Mohd Nasir bin Ayob, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn Hana Marlin Bt Esa, Penolong kanan Ko-kurikulum,
Pn Jamilah Bt Khalid Pen. Kanan Pend. Khas,
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,
Guru-guru, serta murid-murid SMK Kelana Jaya sekalian

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Untuk pengetahuan semua, guru bertugas pada minggu ini ialah saya,Pn Nur Fadwa
Binti Daud, Cik Nur Anis Hafiza Binti Othman, dan Cik Nuraini Binti………. Jadi, jika
murid-murid mengalami sebarang masalah, bolehlah berjumpa dengan kami bertiga.

PENGUMUMAN

Seterusnya, berikut merupakan pengumuman untuk hari ini:

PENYAMPAIAN SIJIL PENCAPAIAN MURID

Kita akan teruskan majlis kita dengan panyampaian sijil pencapaian murid. Dengan
segala hormatnya, saya menjemput, Tuan Haji Jamaluddin bin Hj Haron, pengetua
SMK Kelana Jaya bagi menyampaian sijil dan trofi pencapaian murid-murid SMK
Kelana Jaya.

Untuk pengetahuan semua, pada _____________ sekolah kita telah menghantar


pasukan ke Pertandingan Bola Jaring MSSD Petaling Utama. Dan dalam pertandingan
tersebut, pasukan sekolah kita telah berjaya meraih tempat ke-3 bagi kategori bawah
18 tahun. Jadi, dengan segala hormatnya saya menjemput pasukan bola jaring sekolah
kategori bawah 18 tahun, dimulai dengan ….

Seterusnya,sekolah kita juga terlibat dengan Kejohanan Badminton MSSD Petaling


Utama pada ……………………… Dengan ini saya menjemput Kerthi Candsegaran dari
kelas 4 Sains, yang telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara perseorangan
perempuan bawah 18 tahun. Beliau juga telah dibawa ke Kejohanan Majlis Sukan-
sukan Negeri Selangor dan berjaya mendapat tempat ke-4 dalam acara beregu
perempuan bwah 18 tahun.

Tahniah diucapkan.
Seterusnya, kontijen sekolah kita telah dihantar untuk menyertai Kejohanan Olahraga
Pendidikan Khas Peringkat Daerah Petaling Utama yang telah diadakan pada
___________________. Dalam kejohanan tersebut, kontijen sekolah kita telah berjaya
meraih 10 emas, 8 perak, dan 3 gangsa. Kita mulakan dengan …………………
Selain itu, dalam kejohanan tersebut, wakil sekolah kita juga telah dipilih sebagai
Olahragawan Terbaik yang disandang oleh ……………………. Olahragawati juga telah
dipilih daripada wakilsekolah kita iaitu………………………………….. SMK Kelana Jaya
juga telah memenangi tempat ketiga bagi Kategori Pasukan Sorak. Dijemput
………………………….. untuk menerima hadiah. Dengan semua kejayaan ini, maka
SMK Kelana Jaya telah diangkat sebagai juara keseluruhan Kejohanan Olahraga
Pendidikan Khas Peringkat Daerah Petaling Utama. Dijemput wakil kontijen
……………….untuk menerima hadiah.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima sijil dan trofi serta guru-guru yang terlibat
Terima kasih kepada Tuan Haji Jamaluddin atas kesudian menyampaikan hadiah
sebentar tadi. Jadi sampai di sini sahaja ucapan saya.
Sekian, terima kasih

You might also like