You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Muar Tel. : 06 – 9511780


Faks : 06 – 9511590
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
E-mel : ppd_muar@moe.gov.my
JKR 242, Jalan Arab Web : www.ppdmuar.my
84000 Muar, Johor Darul Ta’zim

Rujukan kami : JPA5007.600-9/1/4 ( )


Tarikh : 20 Jun 2021
Pegawai Angkat Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Muar

Tuan,

BIMBINGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) DAN


PENGURUSAN SEKOLAH DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
OLEH PEGAWAI ANGKAT SEKOLAH DAERAH MUAR TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Pejabat Pendidikan Daerah berperanan untuk memberi sokongan dan bimbingan


kepada sekolah bagi memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan
pengurusan sekolah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat dilaksanakan
dengan berkesan.

3. Sehubungan dengan itu, tuan dikehendaki melaksanakan bimbingan secara dalam


talian kepada sekolah angkat yang telah ditetapkan bermula 21 hingga 28 Jun 2021. Fokus
bimbingan adalah meliputi perkara berikut:
i) isu pelaksanaan PdPR - masalah yang dihadapi oleh guru, pelaksanaan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan pengedaran bahan PdPR offline
ii) peranan kaunselor dalam memberi sokongan kepada murid bermasalah
iii) isu pengurusan / pentadbiran sekolah dalam tempoh PKP

4. Dapatan bimbingan hendaklah dilengkapkan pada Google Form melalui pautan


http://bit.ly/bimbinganpdprmuar pada atau sebelum 30 Jun 2021.

5. Sila hubungi En. Mohd Sulaiman bin Ahmad, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
(Perancangan) melalui talian 013-6845570 untuk sebarang pertanyaan. Kerjasama pihak tuan
dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

”PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”


”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD SULAIMAN BIN AHMAD)


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Perancangan)
b.p. Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Muar

You might also like