You are on page 1of 3

Nama Pelajar : RUBAN A/L UTHIRAPATHY

No. Kad Pengenalan : 000613-01-0931


Program : PISMP
Pengkhususan / Opsyen : Bahasa Inggeris
Sekolah : SJK(T) RAWANG
Fasa Praktikum :1
Minggu Praktikum : 10
Tarikh : 09-05-2022
Tajuk : MURID TIDAK MENYIAPKAN KERJA RUMAH
Kategori : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pensyarah Penyelia : CIK BADARIAH BINTI MOHAMED
Guru Pembimbing : PUAN SHANTINI

1. Isu Yang difokuskan:


Saya mendapati kebanyakan murid saya tidak menyiapkan kerja rumah yang saya berikan.
Hal ini telah menyebabkan saya menghadapi masalah untuk mengenal pasti tahap
penguasaan murid tersebut.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):

Punca murid tidak menghantar kerja rumah ialah mereka mungkin beranggapan bahawa
kerja rumah adalah sesuatu yang membebankan dan sukar dilaksanakan pada waktu
lapang ketika di rumah. Punca murid tidak menyiapkan kerja rumah adalah disebabkan oleh
sikap murid dan sikap ibu bapa. Sikap murid yang malas dan asyik bermain telah
menyebabkan mereka tidak menyiapkan kerja rumah. Mereka tahu akan kepentingan
menyiapkan kerja rumah namun atas sikap malas dan tidak ambil peduli mereka tidak
berusaha untuk menyiapkannya. Seterusnya, sikap ibu bapa yang tidak mengambil tahu
tentang kerja rumah anak mereka juga telah menyebabkan anak mereka tidak menyiapkan
kerja rumah. Hal ini demikian kerana segelintir ibu bapa tidak mengambil berat tentang
pendidikan anak merka dan lebih menggalakkan anak mereka membantu pekerjaan
seharian.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):

Fadzilah (2010) pula telah menemukan faktor murid tidak meminati sesuatu subjek dan
sikap mereka menjadi punca mereka gagal menyiapkan kerja rumah. Data diperolehi melalui
borang soal-selidik, borang penghantaran kerja rumah dan melalui penggunaan sticker
board. Beliau menggunakan kaedah sticker bagi mengurangkan jumlah murid yang tidak
menyiapkan kerja rumah. Seterusnya, beliau mendapati kaedah ini boleh berjaya
mengurangkan jumlah murid yang tidak menyiapkan kerja rumah tetapi ianya memerlukan
sedikit masa untuk mencapai impaknya.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya telah mencadangkan beberapa cara penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah melaksanakan aktiviti yang senang dan menarik seperti belajar sambil bermain bagi
mengganti memberikan kerja rumah kepada murid-murid.

5. Tempoh Masa Penyelesaian:

2 HARI

6. Tindakan Susulan:

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu melaksanakan aktiviti yang senang dan
menarik.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:

16-05-2022

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:

Saya akan sentiasa memaklumkan kepada murid yang belum hantar tugasan mereka
supaya mereka tidak akan terlupa. Dengan itu mereka akan melaksanakan walaupun hantar
lewat. Selain itu, menyediakan kerja rumah yang mudah dan menarik.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada):

Kesimpulannya, guru perlu merancang dan merangka kerja rumah sesuai dengan
kemampuan dan pencapaian murid. Konsep ‘belajar sedikit, dapatnya banyak’ harus
diterapkan apabila memberi latihan kerja sekolah kepada murid. Guru juga harus
memastikan kerja yang diberi adalah berfokus dan merupakan kesinambungan pelajaran
yang telah diajar kepada murid yang bermaksud murid telah pun faham dan mempunyai
pengetahuan sedia ada tentang kerja atau latihan yang diberi.

10. Rujukan:

Fadzilah Ibrahim. (2010). Mengatasi masalah murid tidak menghantar dan menyiapkan kerja
rumah dalam kalangan murid tahun 5 usaha sekolah kebangsaan bukit mahkota
Melalui kaedah ‘sticker’. Kajian Tindakan Isu-Isu Dalam Pendidikan Sekolah Rendah.

You might also like