You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INDAH

JALAN HUJAN BUKIT, TAMAN OVERSEAS UNION


58200 KUALA LUMPUR
Telefon/Faks: 03-7987 1384

Rujukan: SKSI.700-5/2/1(1)
Tarikh : 17 Jun 2022

KETUA UNIT PROMOSI KESIHATAN


PEJABAT KESIHATAN LEMBAH PANTAI
JALAN CENDERASARI
50480 KUALA LUMPUR.

Tuan/Puan

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH DAN MENGADAKAN PAMERAN BAGI PROGRAM


PENCEGAHAN DENGGI (COMBI) PERINGKAT SEKOLAH.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pencegahan Denggi (COMBI) Sekolah Kebangsaan Seri
Indah ingin menganjurkan Program Pencegahan Denggi dan Pameran Peringkat sekolah pada
tarikh 22 Jun 2022.

2. Sehubungan dengan itu, Unit Pencegahan Denggi (COMBI) Sekolah Kebangsaan Seri
Indah amat berbesar hati menjemput tuan/puan untuk menjadi penceramah dan mengadakan
pameran berkaitan denggi dalam program tersebut seperti berikut:

Tarikh : 22 Jun 2022


Masa : 11.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Gemilang, SK Seri Indah

3. Sebarang pertanyaan berkenaan hal ini sila hubungi En.Saravanan di talian 0172309831.
Kerjasama dan kesudian pihak tuan/puan menerima jemputan ini amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“SEKOLAH BEBAS DENGGI”

Yang benar

……………………………………
(EN. MOHD ALI BIN KASMUN)
Guru Besar
SK Seri Indah,
Taman Overseas Union,
Kuala Lumpur.

You might also like