You are on page 1of 2

JABATAN KONSULTASI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

BENGKEL TS 25 BAGI MODUL 3 DAN 4 TAHUN 2022

18 MEI 2022: Bengkel Transformasi Sekolah 2025 (TS25), telah diurus oleh Jabatan
Konsultasi Kepimpinan Pendidikan dengan jayanya pada 17 hingga 18 Mei 2022 .
Bengkel TS25 bagi Modul 3 dan Modul 4 ini telah dihadiri oleh seramai 16 orang
pensyarah pelbagai jabatan. Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan
sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan
kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan
semasa pendidikan di negara kita. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan
Modul 3 iaitu Menerajui Pembelajaran dan Modul 4 Persekitaran Pembelajaran
Profesional. Bengkel ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan dari IPG Tengku
Ampuan Afzan (IPGTAA) yang diketuai oleh YBrs Dr Zamani bin Ibrahim . Peserta telah
diberi pendedahan Modul 3 yang mengandungi tajuk Guru Sebagai Perancang,
Pembelajaran Abad Ke 21, Standard 4 SKPMG2, Rancangan Pengajaran Harian,
Pentaksiran dan KBAT. Dalam Modul 4 pula peserta didedahkan dengan tajuk Konsep
dan Pelan Persekitaran Pembelajaran, Model Inkuiri, Analisis Jurang Persekitaran
Pembelajaran Profesional dan Bimbingan Instruktional. Perkongsian dan input dari
penceramah-penceramah IPGTAA ini, amatlah bermakna kepada Rakan ELIT TS25
IABCGH sebagai pengetahuan apabila membuat bimbingan di sekolah nanti.

Rakan ELIT TS25 sedang melaksanakan aktiviti bersama-sama Dr Rusini, Pensyarah IPGTAA
Dr Zamani Ibrahim Pensyarah Kanan IPGTAA berkongsi Modul 4 dengan Rakan ELIT TS25 serta bergambar kenangan di
majlis penutupan bengkel

You might also like