You are on page 1of 6
SEKSYEN 48(1) AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987: “Jika mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor menyebabkan atau membenarkan kenderaan motor itu dihentikan di mana-mana jalan dalam apa- apa kedudukan atau apa-apa keadaan atau apa-apa hal keadaan yang mungkin menyebabkan bahaya, galangan atau kesusahan tidak berpatutan kepada pengguna jalan yang lain atau kepada lalu lintas, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya.” Sesiapa yang meletakkan kenderaan mereka di perkarangan rumah anda dengan sengaja mungkin akan didakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955 (“AKK 1955”) atau Kanun Keseksaan di atas sebab melanggar masuk (“trespass”). Anda masih boleh membuat laporan polis kerana ia melibatkan harta persendirian. SEKSYEN 22 AKTA KESALAHAN KECIL 1955 “Barangsiapa, tanpa alasan yang munasabah, melanggar masuk dengan sengaja ke dalam perkarangan rumah atau premis, ataupun sebarang hartanah, atau sebarang bot atau kapal....dan tidak dengan itu dalam kesemuanya di atas mengakibatkan sebarang kerosakan, ataupun tidak, dalam pendapat Majistret, mengakibatkan kerosakan yang lebih dari nominal, akan tertakluk kepada denda tidak lebih dari lima puluh ringgit.” ‘Ayuh Berjuang Bersama Kamil’ PPIM telah berjuang demi pengguna untuk lebih 25 tahun dan tidak akan pernah berhenti! Suara-suara pengguna Islam dan Malaysia akan terus jadi keutamaan PPIM. Ayuh bersama kami dalam perjuangan ini. Sumbangan anda untuk Tabung Perjuangan PPIM akan membantu lebih ramai pengguna yang tertindas untuk mendapat keadilan yang sepatutnya! Setiap ringgit dan sen yang anda sumbangkan akan digunakan sebaik mungkin untuk membantu kami dalam perjuangan yang takkan berakhir ini! Sumbangan secara online di: https://sumbangan.ppim.org.my/TPPPIM Semoga Allah merahmati semua yang telah menyumbang untuk tujuan murni ini! Aminnn. “Perjuangan Bersama Demi Pengguna” #PPIM #sahamakhirat #PerjuanganDemiPengguna #KamiBersamaAnda

You might also like