You are on page 1of 1

VISI

Memacu Standard Kualiti Pendidikan Negara

MISI
Mengupayakan Sekolah bagi Memperkasakan dan Melestarikan Kecemerlangan Menerusi Standard
Kualiti Pendidikan

OBJEKTIF
Memastikan Kelestarian Kualiti Sistem Pendidikan di Institusi Pendidikan

FUNGSI
 Memeriksa institusi pendidikan dalam lat tempoh yang sesuai untuk memastikan taraf PdP dan
pengurusan institusi pendidikan berkualiti.
 Memastikan dasar dan peraturan pendidikan dipatuhi oleh institusi pendidikan.
 Memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan institusi pendidikan dan perkara yang berhubungan
dengan pengajaran dan kaedah pengajaran kepada pihak bertanggungjawab.
 Mengemukakan laporan pemeriksaan kepada Menteri Pendidikan.
 Menggubal Standard Kualiti Pendidikan kebangsaan.
 Menjalankan tugas lain berhubungan dengan pemeriksaan institusi pendidikan atas arahan Menteri
Pendidikan.

PIAGAM PELANGGAN
Kami, warga Jemaah Nazir dengan penuh tekad dan iltizam dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996, dengan ini berjanji akan
menumpukan tenaga dan usaha kami untuk :

 Melakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun bagi sekurang-
kurangnya 70 peratus sekolah.
 Memberi khidmat nasihat kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap setiap institusi pendidikan
yang diperiksa secara bersemuka dan bertulis bagi membolehkan pihak institusi berkenaan
mengambil tindakan penambahbaikan.
 Mengemukakan Laporan Pemeriksaan Institusi Pendidikan kepada Menteri Pendidikan dalam
tempoh selewat-lewatnya 30 hari bekerja selepas tamat pemeriksaan.

You might also like