You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN LONG MIRI,BARAM

D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH BARAM,


98O50 MARUDI,
SARAWAK.

YBB 4333

Ruj. Kami :
Tarikh : 9 Februari 2019

Pegawai Pendidikan Daerah Baram,


Pejabat Pendidikan Daerah Baram,
98050 Marudi, Baram.
( u.p. Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan- Unit SPBT )

Tuan/Puan,

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT): Pesanan Tambahan dan kekurangan Buku
Teks untuk kegunaan Tahun 2019.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, sekolah kami mengalami kekurangan buku teks untuk kegunaan
murid tahun 2019. Hal ini disebabkan oleh kerosakkan pada buku yang terkena titisan air
hujan daripada zink sekolah yang bocor. Kerosakkan pada buku amatlah teruk dan tidak
dapat digunakan oleh murid.

3. Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik tuan/puan untuk meluluskan
bilangan pesanan tambahan yang kami perlukan untuk memudahkan aktiviti pembelajaran
dan pemudahcaraan murid dan guru dalam bilik darjah serta menjaga kebajikan murid /
pelajar di sekolah kami.

4. Bersama-sama ini disertakan bilangan buku-buku yang diperlukan untuk perhatian


dan tindakan pihak tuan/ puan (sila rujuk Lampiran A). Kerjasama pihak tuan didahului
dengan ribuan terima kasih dan mohon maaf keatas segala kesulitan dari pihak sekolah
kami.

Sekian. Terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menjalankan amanah,

( WILLIAM LASONG )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Long Miri,
98050 Marudi, Baram.

s.k. Pegawai Pendidikan Daerah Baram


Fail SPBT.

You might also like