You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU BERANANG

71750 LENGGENG, NEGERI SEMBILAN


TEL : 03-87610207 FAX: 03-8761037
Emel: nba4003@moe.edu.my

Rujukan : 700-01/03 ( )
Tarikh: 16 Mei 2022

Kepada:

Ibubapa/ Penjaga,
SK Ulu Beranang,
71750 Lenggeng,
Negeri Sembilan.

Tuan/ Puan,

MAKLUMAN SAMBUTAN PERAYAAN AIDILFITRI DAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2022

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk;

2. Bersesuaian dengan situasi fasa endemik Covid-19, dimaklumkan sekolah akan menyambut
Perayaan Aidilfitri dan Hari Guru seadanya, seperti ketetapan berikut;

Tarikh/ Hari : 18 Mei 2022 (Rabu)


Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Pakaian : Baju Raya
Makanan murid : Disediakan. (Bagi mempelbagaikan menu, murid digalakkan membawa
sebarang juadah hari raya)

3. Sehubungan itu juga, kegiatan kokurikulum bagi murid tahap 2 pada hari tersebut, ditangguhkan.
Semua murid akan pulang awal iaitu pada pukul 12.30 tengahari. Mohon ibubapa/ penjaga dapat
menjemput anak-anak pada waktu yang telah ditetapkan.

Sekian. Harap maklum. Selamat menyambut Aidilfitri.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

HAJI MUHAMAD BADRI BIN AHMAD MUNIR


Guru Besar,
SK Ulu Beranang.

You might also like