You are on page 1of 2

SK LADANG MUTIARA

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANTUAN SEKOLAH BIL 1 / TAHUN 2017

Tarikh : 02 Februari 2017


Masa : 1.30 petang – 3.30 petang
Tempat : BILIK MESYUARAT SK LADANG MUTIARA

Kehadiran(Bilangan) :

1. Tn Haji Sanib Bin Hashim - Guru Besar


2. En. Zolnorhisham Bin Ismail - GPK HEM
3. En. Amirul Firdaus Bin Kamaruddin
4. En. Mohd Amirol Bin Abdul Razak
5. En Ahmad Hasif Bin Mohamad
6. En Abd Muiz Bin Mohd Norizan

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Tuan Haji Sanib bin Hashim selaku pengerusi majlis mengalu-alukan semua
yang hadir dan menyatakan tujuan mesyuarat adalah untuk membuat
pemilihan murid yang layak menerima bantuan KWAPM.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


0 Tiada pengesahan minit yang lepas.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada perkara yang dibangkitkan.

4.0 FOKUS MESYUARAT


4.1 Kelulusan Permohonan Bantuan KWAPM Bagi Tahun 2017.
4.1.1 En Zolnorhisyam membentangkan senarai nama yang layak dan menghantar
borang KWAPM untuk penilaian mesyuarat. Beliau juga memaklumkan bahawa murid
yang layak adalah terdiri daripada kelas Tahun Dua hingga Tahun Enam dan yang
belum mendapat bantuan E-Kasih.
4.1.2 Seramai 14 orang murid diperakukan lulus bagi menerima bantuan KWAPM
tahun 2017.
4.1.3 Tiada murid yang ditolak permohonan bantuan ini
4.1.4 Mesyuarat bersetuju bahawa kaedah pengagihan bantuan KWAPM kepada
murid dibuat dalam bentuk diberikan secara tunai kepada ibu bapa.

5.0 Hal – Hal Lain


5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan kerjasama
yang telah diberikan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 03.30 Petang.

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1530

Disediakan oleh,

..........................................………
( AMIRUL FIRDAUS KAMARUDDIN )
Penyelaras Kwapm,
SK Ladang Mutiara.
Tarikh : 06. 02 . 2017

You might also like