You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG MUTIARA

MINIT MESYUARAT
AHLI JAWATAN KUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) BIL 3 / 2019

Tarikh : 19 JUN 2019

Masa : 11.00 – 1.00 petang

Tempat : Bilik mesyuarat SKLM

Pengerusi : En Noryazid bin Yaakub

Kehadiran(Bilangan) : Lampiran 1

Turut Hadir (Jika ada) : -

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ucapan aluan oleh En Noryazid bin Yaakub di atas kehadiran ahli jawatankuasa
PIBG ke mesyuarat.
1.2 Tuan pengerusi berharap agar dengan mesyuarat kali ini akan dapat memperoleh
persetujuan, idea – idea baru, cadangan atau program yang dapat dijalankan sebagai
persediaan untuk murid – murid UPSR tahun 2019.

2 PERUTUSAN PENASIHAT

2.1 Ucapan aluan daripada tuan guru besar atas kehadiran ahli jawatankuasa PIBG.

2.2 Tuan guru besar memaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan
program 3 dalam 1 iaitu kehadiran Pegawai Daerah Kluang, sambutan hari raya
peringkat sekolah bersama komuniti dan projek jalan raya di perkampungan Asli
Peroh.

2.3 Sambutan Hari Raya ini melibatkan semua komuniti daripada ladang.

2.4 Pihak sekolah berharap agar penyertaan daripada semua komuniti ladang akan
mendapat sambutan yang memberangsangkan.

2.4 Tuan guru besar menyatakan keadaan jalan yang sedia ada salah satu faktor
murid untuk tidak hadir ke sekolah.

2.5 Pihak sekolah memohon jasa baik daripada tuan pegawai daerah untuk
memperbaiki jalan sepanjang laluan ke sekolah.

2.6 Pada hari sambutan hari raya tersebut, pegawai daerah akan merasmikan Pentas
Sri Ilmu yang berada di lorong ilmu.

Tindakan dan makluman: AJK PIBG dan Guru-guru

3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


3.1 Dicadang untuk disahkan : En. Shahril bin Rosman

3.2 Disokong untuk pengesahan : Pn Norehan binti Samsury

4 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1 Tiada perkara berbangkit

5 LAPORAN KEWANGAN

5.1 En Abd Rahman memberi laporan tentang kewangan semasa.

5.2 Menurut En Abd Rahman, kewangan PIBG semakin meningkat kerana telah
menerima sumbangan RM 300.00 daripada beberapa ladang yang berdekatan.

Tindakan dan makluman: Bendahari PIBG

6 FOKUS MESYUARAT

6.1. SAMBUTAN HARI RAYA

6.1.1 Pihak sekolah akan mengadakan sambutan hari raya dengan kerjasama
daripada pihak PIBG dan akan diadakan secara besar – besaran.

6.1.2 Program hari raya ini akan melibatkan ibu bapa dan meminta ibu bapa untuk
membawa makanan masing – masing dan menjamu selera bersama murid – murid.

6.1.3 Cadangan awal untuk sambutan Hari Raya ialah pada 01 Julai 2019.

6.1.4 Tetamu undangan khas yang dijemput ialah tuan pegawai daerah Kluang.

6.1.5 Pengerusi mencadangkan agar pihak sekolah dan setiap ladang yang terlibat
membawa menu jamuan masing – masing dan perkara ini akan dipanjangkan kepada
pengurus – pengurus ladang yang berdekatan.

6.1.6 En Zolnorhisyam, GPK HEM SK Ladang Mutiara menceritakan mengenai


kedudukan khemah VIP dan khemah makanan.

6.1.7 Tuan pengerusi mencadangkan untuk mengadakan mesyuarat bersama


pengurus – pengurus ladang yang terlibat untuk membincangkan tentang menu –
menu yang boleh dibawa semasa program sambutan hari raya tersebut.

6.1.8 Mesyuarat tersebut akan diadakan pada 24 Jun 2019 iaitu pada hari Isnin.

Tindakan dan makluman: AJK PIBG dan guru-guru


7 HAL-HAL LAIN

7.1 En Zolnorhisyam menyatakan bahawa kehadiran murid sekolah semakin merosot


dan menggesa agar pihak AJK PIBG untuk memainkan peranan dalam menangani
masalah ini.

7.1.1 Faktor utama ketidakhadiran murid ke sekolah adalah berkaitan masalah


kesihatan dan keluar beraya bersama keluarga sehinggakan tidak hadir ke sekolah.

7.1.2 Tuan guru besar meminta jasa baik daripada ahli PIBG dari kampung Asli
Peroh dan Puchur untuk memujuk murid – murid yang tidak mahu hadir ke sekolah.

7.1.3 Sebagai cadangan untuk menambahkan tabung PIBG, pihak sekolah ingin
menjual dinding – dinding sekolah kepada pengurus – pengurus ladang.

7.1.4 Menurut guru besar, setiap dinding yang dibeli akan diletakkan gambar pembeli
beserta dengan kata – kata semangat kepada murid – murid untuk hadir ke sekolah.

Tindakan dan makluman :AJK PIBG dan guru – guru

PENUTUP
a. Tuan pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala kerjasama ahli PIBG
dan berharap segala perancangan dapat berjalan dengan lancar.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh,

..........................................………
Setiausaha,
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru,
Sk Ladang Mutiara.

Tarikh : 23 JUN 2019

You might also like