You are on page 1of 2

BIDANG TUGAS GURU PEMULIHAN

Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru Pemulihan Khas

Pentadbiran Umum
 
1. Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pemulihan Khas Sekolah,
2. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum dan Kewangan peringkat sekolah,
3. Menyediakan takwim kelas pemulihan khas bersama dengan AJK Pemulihan Khas; merancang dan
melaksanakan aktiviti kelas pemulihan khas sepanjang tahun,
4. Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru yang berkaitan tentang Program
Pemulihan Khas,
5. Menyampaikan maklumat dan dapatan Mesyuarat Pemulihan Khas peringkat Daerah dan Negeri kepada
pihak pentadbir sekolah dan guru-guru yang berkaitan,
6. Memastikan fail-fail kelas pemulihan khas seperti berikut diwujudkan dan sentiasa dikemaskini :
· Fail Pemulihan Khas Sekolah,
· Fail Jawatankuasa Pemulihan Khas,
· Fail Maklumat Kelas Pemulihan Khas,
· Fail Mata Pelajaran,
· Fail Data Program Pemulihan Khas (3M),
· Fail Peribadi Murid Pemulihan Khas,
7. Mengadakan perbincangan bersama dengan AJK Pemulihan Khas

Pengurusan Pencalonan, Kemasukan dan Pengembalian Murid

1. Memastikan semua murid yang dicalonkan oleh guru kelas / guru mata pelajaran mesti disertakan
dengan Borang Pencalonan Murid.
2. Menjalankan ujian saringan untuk menapis murid yang dicalonkan.
3. Mengisi Borang Keputusan untuk memaklumkan kepada guru kelas / guru mata pelajaran akan
pengambilan atau penolakan murid yang dicalonkan berdasarkan wajaran ujian saringan yang diperolehi.
4. Mengisi Borang Pengembalian Murid ke kelas aliran perdana untuk memulangkan murid yang telah
dipulihkan kepada guru kelas.
 
Pengurusan Data
 
1. Memastikan data dan laporan status kelas pemulihan khas dikemaskini dan dihantar kepada Pejabat
Pelajaran Daerah masing-masing sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan
2. Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan di dalam Fail Data Program Pemulihan Khas
(3M).

Pengurusan Kewangan
 
1. Memperolehi maklumat tentang baki peruntukan PCG Kaunseling, Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan
Matematik daripada Ketua Panitia Mata Pelajaran masing-masing,
2. Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan AJK Pemulihan dan pihak
pentadbir sekolah.
Pengurusan Kelas
 
1. Memastikan suasana kelas pemulihan khas selesa untuk P&P,
2. Memastikan keperluan alatan P&P kelas pemulihan khas mencukupi

Pengurusan Jadual Waktu


 
1. Mengadakan perbincangan dengan guru yang menyediakan jadual waktu untuk merangka jadual waktu
yang sesuai,
2. Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah, guru kelas dan guru mata pelajaran yang
berkaitan.

Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran


 
1. Memastikan Buku Persediaan Mengajar sentiasa berada bersama ketika sesi P&P dan dikemaskini,
2. Memberi dan menyemak latihan murid pada setiap sesi P&P,
3. Membuat penilaian setelah habis mengajar sesuatu kemahiran dan merekodkan keputusan penilaian,
4. Menyedia rekod prestasi murid, mendapat pengesahan dari Guru Besar sebelum diserahkan kepada ibu
bapa; salinan rekod prestasi perlu diberikan kepada guru kelas dan guru mata pelajaran yang berkaitan.

Pengurusan Rekod Kehadiran Murid


 
1. Menyedia dan mengemaskini Rekod Kehadiran Murid pada setiap hari bagi tujuan berikut:
- Merekodkan kehadiran murid bagi setiap sesi pemulihan, dan
- Mengesan pergerakan murid (sama ada murid itu menghadiri kelas di aliran perdana tetapi tidak hadir ke
kelas pemulihan atau sebaliknya).

Pengurusan Mesyuarat
 
1. Menetapkan tarikh mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Khas,
2. Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat berkenaan bersama dengan minit mesyuarat
yang lepas dalam masa 7 hari sebelum Tarikh mesyuarat, dan
3. Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat tersebut dan failkan dalam Fail Jawatankuasa
Pemulihan Khas

You might also like