You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGASAAN MUHIBBAH

JALAN CECILY UTARA


90000 SANDAKAN SABAH

KERTAS KERJA
MENSTRUASI
DAN
GANGGUAN SEKSUAL
PROGRAM MENSTRUASI
BAGI MURID-MURID TAHUN 5 DAN 6
SK. MUHIBBAH SANDAKAN

PENGENALAN

Menstruasi merupakan istilah bagi haid yang akan dialami oleh setiap wanita
yang telah akil baligh. Menstruasi selalunya dialami apabila seseorang perempuan atau
wanita telah berada pada tahap matang dan menstruasi dialami dikalangan perempuan
atau kanak-kanak yang berusia 10 tahun hingga usia remaja.

Manakala gangguan seksual pula merupakan bentuk gangguan yang sering


dilakukan oleh kanak-kanak, remaja mahupun dewasa tanpa kerelaan mangsa. Gangguan
seksual merupakan satu perbuatan yang boleh menimbulkan rasa tidak senang hati bagi
mangsa keadaan. Gangguan seksual yang berterusan dan berleluasa di suatu institusi
boleh menjejaskan produktiviti individu yang berkaitan akibat gangguan. Oleh yang
demikian, kesedaran tentang isu ini perlu ditekankan untuk menjamin keselesaan dan
interaksi sosial yang membina.

Justeru,Unit Bimbingan dan Kaunseling akan menganjurkan satu program


menstruasi dan gangguan seksual untuk memberikan pengetahuan kepada murid-murid.

OBJEKTIF

 Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang menstruasi.


 Memberi pendedahan kepada murid perempuan tentang penjagaan diri.
 Mendedahkan murid-murid tentang gangguan seksual.
 Mengetahui cara menangani masalah ini apabila dan semasa berhadapan dengan
gangguan seksual.

MATLAMAT

Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid-murid perempuan tentang


menstruasi dan memberi pendedahan kepada murid-murid perempuan dan lelaki tentang
gangguan seksual yang sering berlaku dikalangan kanak-kanak.

ANJURAN

Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin dan Panitia Agama
Islam SK Muhibbah
SASARAN PESERTA

Murid perempuan tahun 5 dan 6

AJK PELAKSANA
Semua AJK Pelaksana, Guru Disiplin dan Guru Bimbingan

TEMPAT, TARIKH DAN MASA

Tempat : Surau SK Muhibbah


Tarikh : 1 April 2021(Khamis)
Masa : 07.00 am hingga 09.50 am

TENTATIF PROGRAM

Masa Tajuk Penceramah Catatan


07.00 – 07.50 Pengenalan Taklimat Norshakinah binti Cesar
Menstruasi & Akil Baligh
– pelajar perempuan

07.50 – 08.20 Apa itu akil baligh Norshakinah binti Cesar


08.20- 09.00 Cara mandi wajib Fariza Md Esa
09.00 – 09.50 Batas pergaulan Rusmini Rakijan
JAWATAN KUASA INDUK

PENGERUSI
PN. INDAH HJ. SANTONG
(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI
PN. AHADIA SOAIBAH
(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)

PN ELIZABETH @ NURSAKINAH SHAPIKIN


(PENOLONG KANAN HAL EHAWAL MURID)

EN. MOHD. AZIUM MOHD. SAAD


(PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM)

SETIAUSAHA
NORSHAKINAH BINTI CESAR
(GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING )

AJK
SEMUA GURU SESI PAGI
AJK Pelaksana

Penyediaan tempat : Asbah Binson


Salia Sulemana

PA Sistem : Hanafi Asimin


Ismail Alpah

Disiplin : Rusmini Rakijan


Asnih Yusuf
Fariza Md Esa
Salmiah Abd Gani

Kebersihan : Noryati Majid


Hartini Abu Bakar Mendoza

Dokumentasi :Saidatul Farhani Bahtil


Hasimah Hashim

Keselamatan : Suherna Sinang


Sajra Modusing
PENUTUP

Kami bagi pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling berharap agar matlamat kursus ini
tercapai dengan jayanya.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

_____________ ___________________

NORSHAKINAH CESAR ELIZABETH@NURSAKINAH SHAPIKIN


Guru Bimbingan dan Kaunseling Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Disahkan Oleh,

_____________
INDAH HJ. SANTONG
Guru Besar

You might also like