You are on page 1of 8

KERTAS KONSEP

PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG


2015
LATAR BELAKANG

1. Sekolah penyayang merupakan konsep yang penting dalam sistem pendidikan


Malaysia. Ia mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ketujuh
dalam wawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya
penyayang. Konsep ini mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat
penyayang. Sekolah penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang
seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin siri
yang tinggi.
2. Sekolah Penyayang mampu melahirkan warga sekolah yang memiliki sifat
kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan
mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi
bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
3. Sekolah Penyayang mampu melahirkan warga sekolah yang menjiwai bahawa
murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga,
dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa seterusnya
menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
4. Membudayakan amalan penyayang juga merupakan sifat profesional guru
dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
5. Sekolah Penyayang mampu melahirkan warga sekolah yang mempunyai jati diri
dan amalan kepimpinan.

AKTIVITI

1. Amalan Sekolah Penyayang dilaksanakan secara berterusan agar menjadi


budaya guru di sekolah. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, sekolah akan
melaksanakan tiga aktiviti berikut;
a. Mengalu-alukan kehadiran murid.
b. Memberi penghargaan kepada murid
c. Program Mentor Mentee.
2. Namun terdapat juga aktiviti sampingan yang lain dirancang untuk
mengukuhkan nilai kasih sayang dan mengambil berat di antara guru dan
murid. Aktiviti sampingan yang lain adalah seperti:
d. Program Serasa Bersama
e. Program Kami Sayang Cikgu
f. Anugerah murid contoh
g. Kuiz Sekolah penyayang
h. Merisik Khabar
i. Bersihkan Minda
PELAKSANAAN:

A. Mengalu-alukan kehadiran murid.

Matlamat :
Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dengan ucapan salam semasa
anak-anak murid hadir ke sekolah. Selain itu guru dan murid dapat mengamalkan 5S
iaitu Senyum, Sapa, Salam, Sopan dan Sayang. Selain itu murid yang hadir awal akan
diberi penanda buku sebagai galakkan untuk hadir awal ke sekolah.

Objektif :
1. Memupuk minat murid untuk hadir ke sekolah awal dan kurangkan
ponteng.
2. Menyemai sikap prihatin dan tanggungjawab.
3. Menerapkan kesepaduan dan kasih sayang dalam kalangan sekolah.
4. Mengamalkan 5S semasa berada di sekolah dan seterusnya di mana-
mana sahaja.
B. Memberi penghargaan kepada murid

Matlamat :
Melahirkan rasa penghargaan kepada warga sekolah dengan menyambut hari
lahir dan pemberian kad lahir dan juga cenderamata. Dengan penghargaan ini murid
akan lebih ceria dan berkeyakinan untuk berada dan belajar di sekolah bersama
rakan-rakan.

Objektif :
1. Meraikan bersama sambutan hari lahir murid dan guru pada setiap bulan.
2. Menyemai sikap saling sayang menyayangi sesama rakan dan menghargai
hari istimewa rakan-rakan.
3. Meningkatkan penghargaan kendiri murid.
4. Memupuk sikap murid agar selalu mengucapkan tahniah di atas berita
gembira.

C. Program Mentor Mentee.


Matlamat :
Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara
guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan
memberi nasihat . Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee)
dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi
penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti
membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan
berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada
masyarakat dan negara.

Objektif :
1. Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-
menghormati antara mentor dan mentee.
2. Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama
lain.
3. Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan
dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat ( caring) terhadap
kebajikan mereka

D. Program Serasa Bersama

Matlamat :
Program serasa bersama ini mampu mewujudkan kemesraan dan
kasih sayang antara murid, guru dan staf sekolah. Program ini bermatlamat
untuk mengurangkan jurang perbezaan dan mengeratkan hubungan antara
guru, staf dan murid

Objektif :
1. Mewujudkan rasa selamat dan selesa dalam kalangan murid ketika berjamu
selera bersama guru yang bertugas.
2. Menyemai rasa keterbukaan antara guru dan murid.
3. Menerapkan nilai 5S kepada guru dan murid.

Pelaksanaan :
1. Guru dan murid digalakkan makan bersama murid disambil memantau
keadaan kantin sekolah pada waktu rehat.
2. Guru membuat teguran jika terdapat pekara yang kurang sesuai semasa
berjamu selera.
E. Program Kami Sayang Cikgu
Matlamat :
Program ini bertujuan untuk berkongsi kegembiraan menyambut
hari guru bersama murid. Selain itu mendidik murid agar menyayangi dan
menghormati guru yang telah memberi ilmu.

Objektif :
1. Berkongsi kegembiraan dan keseronokkan menyambut hari guru.
2. Mendidik murid agar menghargai dan berterima kasih kepada guru dengan
memberi ucapan terima kasih.

Pelaksanaan :
1. PRS membuat jualan kad ucapan hari guru dan cenderahati kepada guru
dengan harga yang murah.
2. Murid menyerahkan kad ucapan hari guru kepada guru semasa sambutan
hari guru.

F. Anugerah Murid Contoh

Matlamat :
Program ini dapat membantu memberi penghargaan kendiri
positif kepada murid yang mempunyai potensi dan boleh dicontohi. Anugerah
ini di nilai 2 kali setahun mengikut kategori tertentu seperti :
- Anugerah Murid Sahsiah Terpuji/Bersopan Santun
- Anugerah Murid Berpenampilan kemas dan ‘smart’.
- Anugerah murid kehadiran yang memberansangkan.

Objektif :
1. Mewujudkan rasa dihargai dalam kalangan murid.
2. Mendorong murid lain meniru perlakuan yang baik
3. Menjadikan murid yang menerima anugerah sebagai contoh yang baik
untuk diikuti.

Pelaksanaan :
1. Memberi guru-guru menilai murid yang tercalon.
2. Penghargaan diberi 2 kali setahun.

G. Kuiz Sekolah Penyayang


Matlamat :
Kuiz Sekolah penyayang ini dijalankan untuk melihat keprihatinan
murid terhadap persekitaran sekolah. Selain itu dapat memberi maklumat yang
jelas kepada murid serta guru tentang peristiwa yang berlaku di dalam sekolah.

Objektif :
1. Melahirkan murid yang peka terhadap keadaan sekeliling sekolah.
2. Menyemai rasa bangga dengan sekolah
3. Mendidik murid agar berusaha untuk mendapat sesuatu maklumat agar
mereka lebih bermaklumat.
4. Memupuk sikap dan nilai yang baik serta bersopan semasa aktiviti di
jalankan.

H. Merisik Khabar

Matlamat :
Program merisik Khabar ini adalah salah satu program untuk
mencegah murid dari terus ponteng sekolah. Selain itu membantu murid secara
peribadi berkaitan masaklah yang dihadapi. Aktivitinya adalah termasuk
membuat lawatan ke rumah murid dan juga berkonsultasi bersama ibu dan
bapa atau penjaga.

Objektif :
1. Mewujudkan rasa diterima dan disayangi
2. Guru dapat mengetahui dan mengambil tindakan yang terbaik terhadap
masalah yang di hadapi oleh murid.
3. Mengubah pelakuan yang negatif yang menyebabkan ponteng sekolah
berlaku.
4. Bekerjasama dengan ibu bapa untuk membantu anak mereka dari ponteng
sekolah.

Pelaksanaan :
1. Mengeluarkan surat amaran pertama
2. Membuat lawatan ke rumah murid.
3. Membuat konsultasi bersama ibu bapa atau penjaga.
4. Prjumpaan bersama pentadbir.

I. Bersihkan Minda
Matlamat :
Program ini bertujuan untuk mengubah gaya percakapan serta
laras bahasa yang sesuai dengan umur dan keadaan. Selain itu melatih murid
untuk bercakap isu yang bermanfaat dengan gaya serta intonasi yang betul
antara guru dan murid-murid. Panggilan mesra dan panggilan hormat juga
dititik beratkan agar menjadi amalan setiap masa.

Objektif :
1. Melatih murid menggunakan panggilan mesra dan hormat dengan cara
yang betul.
2. Guru boleh menegur percakapan murid yang kurang sesuai.
3. Murid akan dinilai setiap masa dan penilaian akan di ambil kira untuk
penganugerahan murid contoh.
Pelaksanaan :
1. Memberi taklimat etika bertutur di khalayak ramai dengan baik
2. Melatih cara untuk membezakan rakan tutur samada sebaya ataupun lebih
tua.
3. Guru-guru akan membuat teguran jika terdapat murid yang kurang prihatin.

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Jumlah (RM)
A. Mengalu-alukan kehadiran murid.
= -
B. Memberi penghargaan kepada murid
- A4 PAPER 120GM 2 RIM = RM 12.00
- DAKWAT PRINTER CANON (4 WARNA) RM 40.00
C. Program Mentor Mentee.
= -
D. Program Serasa Bersama
= -
E.Program Kami Sayang Cikgu
- A4 PAPER 120GM 1 RIM = RM 6.00
- RIBEN RM 5.00
F. Anugerah murid contoh
3 ANUGERAH X 2 KALI SETAHUN X RM 10 = RM 60.00
G. Kuiz Sekolah penyayang
16 KELAS X 3 PEMENANG x RM3.50 = RM 168.00
H. Merisik Khabar
= -
I. Bersihkan Minda
= -

JUMLAH = RM 291.00

JUMLAH KESELURUHAN : DUA RATUS SEMBILAN PULUH SATU SAHAJA

Disediakan oleh:

.....................................
(ADZHAR BIN SHAFIE)
................................................
Guru Besar,
( WAN MAIZATULHORIYAH W Sekolah kebangsaan Oran,
MOKHTAR ) 02500 Mata Ayer
Guru Bimbingan Kaunseling, Perlis
Sekolah kebangsaan Oran,
02500 Mata Ayer
Perlis

Disahkan oleh :

You might also like