You are on page 1of 3

PDPR MORAL TINGKATAN 3

(07/09/2021)

Keratan akhbar di bawah adalah berkaitan dengan kejayaan Kampung Sri Melur. Teliti
keratan akhbar ini dan jawab soalan di bawah.

Kampung Sri Melur Diiktiraf sebagai Kampung Harmoni


31 Oktober – Kerajaan negeri telah memberi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung
(JKKK) Sri Melur pengiktirafan Kampung Harmoni.

Kejayaan Kampung Sri Melur ini adalah hasil daripada aktiviti seperti Kempen Mencegah Denggi
dan Kampung Tanpa Sampah. Bagi mencapai sasaran yang ditetapkan, JKKK Sri Melur telah
menyediakan jadual pembersihan jalan dan longkang, pemotongan rumput serta kutipan sampah.
Semua penduduk Kampung Sri Melur telah memberikan sumbangan untuk memastikan
kediaman mereka sentiasa bersih. Tidak ketinggalan, golongan remaja turut memberikan
komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab sosial bagi menjayakan semua aktiviti.
(Dipetik dan diubah suai daripada: Sinar Harian, 14 Disember 2017)

1. Nyatakan tanggungjawab sosial yang telah dilaksanakan oleh penduduk Kampung Sri Melur.
2. Terangkan kepentingan tanggungjawab sosial yang telah dilaksanakan oleh penduduk
kampung tersebut.
3. Apakah sebab golongan remaja perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan?

133
Situasi di bawah menunjukkan tanggungjawab social yang dilaksanakan oleh ahli
korporat kepada masyarakat yang kurang bernasib baik .

Encik Samad Rahman, ahli korporat yang berjaya. Sebahagian hasil keuntungan
syarikatnya digunakan untuk membantu penduduk di kawasan pedalaman. Beliau
banyak membantu golongan yang kurang bernasib baik. Bantuannya adalah
seperti membina pusat Internet dan perpustakaan.

1. Nyatakan tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh Encik Samad Rahman kepada penduduk
di kawasan tersebut.
2. Jelaskan nilai yang diamalkan oleh penduduk yang menerima sumbangan tersebut.
3. Terangkan kepentingan penglibatan pelbagai pihak dalam membantu golongan yang kurang
bernasib baik.
4. Bagaimanakah anda dan rakan-rakan dapat bersama-sama melaksanakan tanggungjawab
sosial dalam masyarakat?

B Gambar di bawah menunjukkan sekumpulan remaja melaksanakan


tanggungjawab sosial dengan menziarahi bapa jiran mereka yang sakit
di rumah.

9 UNIT

Bagaimanakah amalan ini boleh diterapkan dalam kalangan generasi muda? Jelaskan.

130

You might also like