You are on page 1of 3

SK ALAM DAMAI, 56000 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT RANCANGAN MAKANA TAMBAHAN


BIL. 1 2022/2023

Tarikh : 15 Mac 2022 (Selasa)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan terbuka,SKAD
Pengerusi : Pn. Rohela binti Awang
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

KEHADIRAN :

BIL NAMA JAWATAN


1. Pn. Rohela Bt. Awang Guru Penolong Kanan Unit Hal Ehwal Murid
2. Pn. Noor Hafizah Bt Zainal Abidin Penyelaras RMT
3. Pn. Ibtisam Binti Mohd Bakri Setiausaha RMT
4. Pn. Nurul Mardhiah binti Sani Ketua Program susu
5. Cik Jasminnor binti Ismail AJK
6. En. Mohd Azizi bin Mohd Yaziz AJK
7. Cik Nurul Atiqah binti Mustafa AJK

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ketua / penyelaras unit dan setiausaha unit
yang dapat turut serta pada sesi perjumpaan kali ini.
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa bagi mendapat keberkatan Allah dan
mengucapkan syukur kerana dapat berjumpa dalam mesyuarat kali ini.

Tindakan: Makluman

1
1. Pelaksanaan dan Pengurusan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

1.1. Dasar Pemberian Rancangan Makanan Tambahan (RMT) berikutan Surat Perkeliling
Kewangan Bilangan 2 2016 KPMSP.100-1/7/1 Jld4(94) bertarikh 14 Oktober 2016

1.2. Syarat-syarat Permohonan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ialah Murid


warganegara Malaysia dari Tahun 2 hingga Tahun 6 di sekolah kerajaan dan sekolah
bantuan kerajaan.

1.3. Pendapatan Ketua isi Rumah (KIR) adalah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK)
Nasional RM604/RM151. Diperakui oleh JKBM dan dikemaskini dalam Aplikasi
Pengkalan Data Murid (APDM).

Tindakan : Makluman

2. Pemilihan Murid-murid yang layak mendapat Bantuan Rancangan Makanan Tambahan


(RMT).

2.1. Dengan merujuk kepada data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang telah
dikemaskini, bagi sesi persekolahan Penggal 1/2022 dan 2023, bilangan murid RMT adalah
38 orang.

2.2. Borang BP1/BP2 bagi pelajar tercicir dan tahun 1 akan diedarkan pada minggu pertama
persekolahan.

Tindakan : Makluman

3. Laporan kewangan RMT/ bekalan susu

3.1. Tiada

Tindakan : Makluman

2
4. Penyeliaan RMT/ Pelaksanaan bekalan susu

4.1. Guru bertugas mingguan hendaklah mencatat/ membuat laporan harian di dalam buku
pemantauan dan membuat catatan dalam ruang catatan.

4.2. Semasa pengagihan makanan RMT, guru perlu ingatkan kepada penerima RMT agar
menghabiskan makanan tersebut disekolah. Murid adalah dilarang membawa pulang
makanan RMT bagi mengelakkan kes keracunan makanan.

Tindakan : Guru Bertugas mingguan

5. Hal-hal lain

5.1. Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat bekerjasama dalam melancarkan
program RMT/bekalan susu sekolah.

5.2. Guru bertugas perlu memastikan makanan yang dibekalkan berkhasiat dan segar.

5.3. Bekalan susu harus diedarkan seperti jadual yang disediakan oleh puhak KPM yang akan
diedarkan nanti.

Tindakan : Makluman

6. Ucapan Penangguhan

6.1. Puan Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan
dan pandangan yang membina daripada semua AJK.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.30 pagi.

Disediakan oleh,

( IBTISAM BINTI MOHD BAKRI )


SETIAUSAHA UNIT RMT

You might also like