You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN WANGSA MAJU SEKSYEN 2

MINIT MESYUARAT UNIT KANTIN


BIL. 1/2022

Tarikh : 29 Mac 2022


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Media SKWM2
Pengerusi : Puan Norhayati bt Mustafa
(Pen. Kanan HEM)
Kehadiran : Rujuk Lampiran
Urusetia/KP : Pn. Noorsyazwani binti Saadil

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan Ummul Kitab surah Al-fatihah. Pengerusi
mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir dalam mesyuarat
kali ini.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana sudi menghadiri
Mesyuarat Jawatankuasa Kantin kali pertama sesi 2022.
1.3 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang komited dalam
aktiviti yang dianjurkan oleh JK Kantin sepanjang tahun 2021 dan beliau berharap
agar guru-guru terus bersemangat melaksanakan tugas .
Makluman : AJK Kantin

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


Tiada.
3.3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara yang dibangkitkan berkenaan minit mesyuarat lepas.

4.0 PERANCANGAN TAHUNAN UNIT KANTIN


4.1 FOKUS UNIT KANTIN
4.1.1 Setiausaha membentangkan perancangan unit kantin pada tahun ini
dengan memberi fokus kepada pengoperasian kantin mengikut SOP dan garis
panduan pembukaan kantin.
4.1.2 Tempahan makanan kantin juga diteruskan dengan sistem ‘EASY ORDER’
yang dilaksanakan pada tahun 2021. Semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat
suara. Fail pengurusan perlu dikemaskini sebaik mungkin. Laporan jabatan
kesihatan perlu ada dalam sistem fail. Kebersihan pengendali kantin perlu
diutamakan. Tempat penyediaan makanan perlu kering dan bersih. Tahap
kebersihan perlu dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada pihak kantin.

Tindakan:Penyelaras Kantin

4.2 PEMANTAUAN KANTIN OLEH PIHAK ATASAN


4.21 Pn Norhayati mengingatkan supaya semua fail dan dokumen hendaklah
sentiasa dikemas kini kerana pihak PPW akan membuat pemantauan dari
semasa ke semasa terutamanya berkenaan perlaksaan tempahan makanan
murid dan penghantaran makanan murid ke kelas.

Makluman : Semua AJK

4.3 LAPORAN KANTIN


4.3.1 Pn Norhayati mengingatkan pengusaha kantin untuk melengkapkan
Borang Penilaian Kendiri Kantin pada setiap hari dan dipantau oleh AJK
Kantin manakala GPK HEM perlu melengkapkannya pada setiap hujung
bulan
4.3.2 Beliau juga memaklumkan buku laporan kantin perlu diisi setiap hari oleh
guru bertugas, dan segala aduan hendaklah ditulis di dalam buku laporan
tersebut, kemudian memaklumkan kepada pengusaha kantin untuk
penambahbaikan.
Makluman : Semua AJK

5.0 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam mesyuarat
tersebut. Semoga apa yang dibincangkan dapat sama-sama dilaksanakan dengan jayanya.

Majlis ditangguhkan pada jam 3.30 petang

Disediakan oleh, Disemak/Disahkan oleh,

……………………………… ………………………………….

(NOORSYAZWANI BINTI SAADIL ) (NORHAYATI BINTI MUSTAFA)

Penyelaras Kantin Penolong Kanan HEM

4 April 2022 4 April 2022

You might also like