UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID SEKTOR PENMBANGUNAN MURID JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN
DARIPADA : PENOLONG PENGARAH
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN
RUJUKAN : JPNS.SPM.PBM.900-8/5/1 ( )
TARIKH : SEPTEMBER 2021
PERKARA : MEMOHON MENGGUNAKAN BILIK MESYUARAT PUSAKO
UNTUK TAKLIMAT PENJURIAN KEJOHANAN KEMAHIRAN SUKAN BOLA JARING MAJLIS SUKAN SEKOLAH NEGERI SEMBILAN (MSSNS) SECARA ATAS TALIAN TAHUN 2021
Tuan,
Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Unit Pembangunan Bakat Murid(Sukan), Jabatan
Pendidikan Negeri Sembilan akan mengadakan Taklimat Penjurian Kejohanan Kemahiran Sukan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS) Secara Atas Talian Tahun 2021. Taklimat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 17 September 2021
Masa : 8.00 pagi hingga 5.30 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Pusako.
3. Sehubungan dengan itu, kami memohon menggunakan bilik mesyuarat Pusako
untuk mengadakan taklimat tersebut. Kami juga akan memastikan semua peserta mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak tuan.
Kerjasama tuan amatlah dihargai serta disanjung tinggi.