Laporan Dokumentasi Sambutan Hari Raya Dan Hari Guru Tahun 2022

You might also like

You are on page 1of 7

LAPORAN DOKUMENTASI SAMBUTAN HARI RAYA DAN HARI GURU TAHUN 2022

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT SAUJANA, PORT DICKSON

Pada hari isnin, 20 Mei 2022, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota telah mengadakan
majlis sambutan Hari Guru dan sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Sambutan tersebut diadakan di Dewan
Terbuka Dewan Nur Saujana, SMK Bukit Saujana. 

      Semua murid dan guru telah berkumpul di Dewan Nur Saujana seawal jam 8.00 pagi. Majlis dimulai
dengan perarakan guru, bacaan doa. Seterusnya, ucapan alu-aluan oleh ketua murid sekolah iaitu Mohamad
Danish Firdaus. Dalam ucapannya, ketua murid mewakili semua murid menyampaikan ucapan selamat hari
Guru dan ucapan terima kasih buat guru-guru, serta mendoakan mereka. Seterusnya, majlis diteruskan dengan
bacaan perutusan oleh pengetua sekolah. Sambutan hari guru ini dirasmikan oleh Puan Arah Aminah selaku
YDP PIBG pada kali ini. Majlis kemudian digamatkan dengan persembahan nyanyian lagu tema hari guru dan
lagu "Kami Guru Malaysia" dan seterusnya bacaan ikrar hari guru yang diketuai oleh cikgu Hamzi. Majlis
diserikan lagi dengan kehadiran dan ucapan alu-aluan oleh tetamu kehormat iaitu YB Don.

     Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian anugerah sempena hari guru. Guru-guru yang menerima
anugerah ini telah diundi oleh pelajar secara maya. Sebanyak 15 kategori telah dipertandingkan.

       Setelah usai acara penyampaian anugerah, majlis diteruskan dengan sambutan hari raya. para guru diminta
berkumpul kembali di Dewan Seri Menanti untuk menikmati jamuan hari raya yang telah disediakan secara
gortong royong sejak hari khamis lagi. Para pelajar yang berada didewan dihidangkan persembahan dari
Pasukan Band Sekolah sementara menunggu giliran untuk menikmati jamuan hari raya.

         Majlis berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari dengan. Para pelajar beransur pulang manakala guru-guru
bergotong royong membersihkan Kawasan sekolah.
LAPORAN BERGAMBAR

UCAPAN TUAN PENGETUA

PERARAKAN GURU

UCAPAN YDP PIBG UCAPAN KETUA MURID


KETIBAAN TETAMU KEHORMAT
UCAPAN YB Don

NYANYIAN LAGU KAMI GURU MALAYSIA


BACAAN IKRAR
PENYAMPAIAN ANUGERAH HARI GURU
JAMUAN HARI RAYA GURU
JAMUAN HARI RAYA PELAJAR

PERSEMBAHAN BAND SEKOLAH


GURU MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH

You might also like