You are on page 1of 1

MARY II

Mary II (30 April 1662 – 28 Disember 1694) adalah permaisuri Ratu bagi
England, Scotland, dan Ireland bermula pada tahun 1689 sehingga kematian
beliau. Mary, seorang Protestant, menaiki takhta berikutan Revolusi Gemilang,
yang mana menyebabkan pelucutan takhta bapa beliau yang beragama Katolik
Rom, James II dan VII. Mary memerintah bersama-sama suami dan juga
merupakan sepupunya, William III dan II, yang mana menjadi pemerintah
tunggal kedua-dua negara selepas kematian Mary pada tahun 1694. Sejarah
popular biasanya merujuk tempoh pemerintahan bersama ini sebagai
pemerintahan "William dan Mary". Mary memegang kurang kuasanya
berbanding William dalam sebahagian daripada tempoh pemerintahan beliau
apabila William tinggal di England, menyerahkan kebanyakkan kekuasaan
beliau kepada suaminya, meskipun William banyak bergantung kepada Mary.
MAry bagaimanapun, mentadbir bersendirian apabila William disibukkan
dalam kempen-kempen ketenteraan, menjadikan beliau seorang yang
berkuasa, tegas dan pemerintah yang berkesan.[1] Mary sangat aktif di dalam
Gereja England, yang mana beliau adalah merupakan Gabenor Tertinggi.
Meskipun beliau berkongsi kedudukan dengan suaminya, beliau banyak
melaksanakan kuasanya secara bersendirian.

You might also like