You are on page 1of 1

PERAKUAN HAK ENGLAND ( ENGLAND BILL OF RIGHTS )

Perakuan Hak England 1689 (English Bill of Rights 1689) merupakan satu Akta
Parlimen England (1 Will. & Mar. sess. 2 c. 2) dengan tajuk panjangnya Sebuah
Akta yang Memperakukan Hak dan Kebebasan Subjek dan Menyelesaikan
Pewarisan Takhta Mahkota dan dikenali dengan tajuk pendeknya sebagai
Perakuan Hak atau Perisytiharan Hak. Ia merupakan salah satu dokumen asas
bagi undang-undang perlembagaan England, termasuk Magna Carta, Act of
Settlement dan Akta Parlimen. Ia juga membentuk sebagagian undang-undang
di negara-negara Komanwel, seperti New Zealand dan Kanada. Dokumen yang
berasingan tetapi serupa juga diguna pakai di Scotland: Tuntutan Hak.

Perakuan Hak 1689 merupakan pernyataan bagi hak-hak tertentu yang


penulisnya merasakan apa yang perlu didapati oleh warganegara dan/atau
penduduk yang bermustautin bagi sesuatu monarki berperlembagaan. Ia
termasuklah hak Subjek untuk menghantar petisyen kepada Monarki dan hak
Subjek untuk mempertahankan diri. Ia juga menjelaskan (atau di dalam kaca
mata penulisnya, menggariskan semula) bahawa sesetengah keperluan
perlembagaan yang melibatkan tindakan diraja, memerlukan kelulusan dari
orang yang ditadbir seperti yang diwakili oleh Parlimen. Dalam aspek ini, ia
berbeza dengan "perakuan hak" yang lain, terasuklah Perakuan Hak Amerika
Syarikat, walaupun banyak unsur dari lapan yang pindaan pertama
Perlembagaan Amerika Syarikat melambangkan kandungan perakuan ini.

You might also like