You are on page 1of 1

SOALAN : PERSAMAAN GENDER DALAM SUKAN

Acara sukan boleh dimainkan oleh lelaki dan wanita mengikut kategori yang disediakan.
Kebanyakan sukan tidak dipertandingkan untuk lelaki mengalahkan wanita dan begitu juga
sebaliknya. Malah, setiap sukan itu diasingkan mengikut gender seperti sukan kategori lelaki dan
sukan kategori wanita.
Persamaan gender dalam sukan dapat membantu dalam mengurangkan isu seperti hak
wanita dari pelbagai sudut. Hal ini demikian kerana isu daripada bahagian wanita lebih sensitif
seperti gangguan seksual, pilih kasih dan penyertaan dalam sukan yang diceburi. Walaupun
terdapat banyak perbezaan antara lelaki dan wanita seperti keupayaan fizikal, ketahanan badan
dan sebagainya. Oleh sebab itu, dalam sukan perlu dimainkan oleh gender yang sama.
Sukan-sukan yang banyak didominasi oleh lelaki juga sudah boleh dimainkan oleh
golongan wanita seperti bola sepak dan futsal. Kini, sukan-sukan seperti itu sudah secara terbuka
dimainkan oleh semua golongan. Hak persamaan gender dalam sukan juga bagi membuang
diskriminasi terhadap penyertaan wanita dalam sukan. Di Malaysia, hak-hak wanita dalam bidang
sukan dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 5 dan Perkara 8.
Berdasarkan Perkara 5 : (1) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan
kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang. Peruntukan ini memberikan kebebasan
kepada sesiapa untuk melakukan apa sahaja baik lelaki mahupun wanita selagi tidak melangkaui
undang-undang termasuklah kebebasan untuk bersukan. Berdasarkan Perkara 8 : (1) Semua
orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama
rata di sisi undang-undang. Peruntukan ini memberi hak perlindungan secara sama rata dan
diperlakukan adil mengikut undang-undang di Malaysia.
Persamaan gender dalam sukan juga melindungi isu-isu seksualiti yang mana boleh
menganggu atau mengancam pemain. Sebagai contoh, terdapat gangguan seksual yang pernah
dibongkarkan oleh atlet terjun Malaysia, Pandalela Rinong. Perkara-perkara sedemikian boleh
dilindungi mengikut undang-undang Malaysia. Akhir sekali, dapat disimpulkan bahawa persamaan
gender dalam sukan adalah untuk melindungi perbezaan hak antara lelaki dan wanita serta
kesaksamaan dalam sukan yang dipertandingkan.

You might also like