You are on page 1of 2

森州振华二校国民型华文中学 森州振华国民型中学二校

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan


Sekolah
Chan Menengah
Wa II Jenis Kebangsaan Chan Wa II
Taman Bukit Galena, Taman Bukit Galena,
70200 Seremban, 70200 Seremban,
Tel: 06-761 1735
Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri
Fax : 06-Sembilan
761 2193 Darul Khusus.

Ruj Kami : SMJKCWII/600-05/4 ( 48 )


Tarikh : 20 Januari 2021

Kepada,
SEMUA GURU SMJK CHAN WA II, SEREMBAN

Tuan/Puan,

PELAKSANAAN SEBAGAI GURU PENASIHAT BADAN BERUNIFORM/


PERSATUAN DAN KELAB/SUKAN DAN PERMAINAN TAHUN 2021

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya dengan sukacitanya melantik tuan/puan menjadi Guru Penasihat kepada badan
beruniform/persatuan dan kelab/sukan dan permainan seperti lampiran yang disertakan.

3. Dengan pelantikan ini bermakna tuan/puan secara rasmi bertanggungjawab atas perjalanan dan
kegiatan kokurikulum dan berkuasa menasihati, menegur dan mengarahkan jawatankuasa
dan semua ahli unit masing-masing demi memastikan bahawa aktivitinya tidak terkeluar daripada
tujuan dan matlamat penubuhannya.

4. Tuan/Puan juga secara rasmi bertanggungjawab memastikan setiap aktivitinya


mematuhi semua peraturan, syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, dan Kementerian
Pelajaran Malaysia.

5. Seterusnya, tuan/puan dilantik mewakili saya menyelia, menyelenggara, mengawal


dan menguruskan kebajikan dan keselamatan pelajar semasa menyertai aktiviti-aktiviti
yang dijalankan di dalam dan di luar kawasan sekolah.

5. Saya berkeyakinan penuh tuan/puan boleh melaksanakan amanah dan


tanggungjawab yang diberikan ini dengan cekap dan berkesan. Kesediaan dan
kesangupan tuan/puan menerima pelantikan ini amatlah dihargai dan disanjungi tinggi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“BERSIH. MUAFAKAT. SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………….
(SOONG LI YING)
Pengetua,
SMJK Chan Wa II
s.k : GPK Kokurikulum SMJK Chan Wa II

You might also like