You are on page 1of 2

KEJOHANAN BADMINTON (KATEGORI DI BAWAH 12 TAHUN)

MSSD SANDAKAN TAHUN 2022

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan
peraturan Am MSSM.

1. Kelayakan
Semua murid yang lahir pada atau selepas tahun 2010 layak untuk menyertai pertandingan
ini.

2. Kategori Pertandingan
a) Perseorangan Lelaki ( 4 peserta )
b) Perseorangan Perempuan ( 4 peserta)

3. Pendaftaran Pemain
a) Setiap sekolah hanya dibenarkan mendaftar 4 orang pemain bagi setiap kategori.
b) Kad pengenalan (Mykid) atau sijil lahir asal hendaklah dibawa bersama semasa
pertandingan.
c) Semua borang pendaftaran dan dokumen salinan hendaklah disahkan Guru Besar
atau Penolong Kanan (RO1).
d) Sila lengkap borang ‘Google form’ menerusi ‘link’ yang diberikan sebelum 13 Jun
2022 (Isnin).
e) Semua pemain dikehendaki melaporkan diri kepada Referi Kehormat 15 minit
sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.

4. Sistem Pertandingan
a) Pertandingan ini dijalankan secara Kalah Mati.
b) Pengiraan mata akan mengguna pakai format 21 mata secara penuh (Best of Three
Games).
c) Keutamaan pemain / ‘seeding’ akan digubal oleh jawatan kuasa penganjur.

5. Pakaian
a) Pemain dibenarkan memakai kemeja-T sebarang jenis warna atau kemeja-T
sekolah serta seluar sebarang jenis warna yang tidak keterlaluan.
b) Pemain-pemain beragama Islam dibenarkan memakai seluar trek berwarna gelap.

6. Ketetapan Mata
a) Semua perlawanan adalah mengikut jadual pertandingan yang ditetapkan kecuali
setelah dimaklumkan oleh Referi atau pihak penganjur.
b) Selepas pengumuman, pemain hendaklah melapor diri kepada pengadil di
gelanggang berkenaan. Pemain yang gagal melapor diri dalam masa 5 minit akan
dikira kalah dan kemenangan percuma diberi kepada pihak lawan.

7. Menerima Nasihat Jurulatih


a) Pemain boleh menerima nasihat jurulatih yang berdaftar semasa pertukaran
petak gelanggang tetapi tidak dibenarkan semasa rally, tertakluk kepada Undang-
undang BWF.
8. Pengadil/ Hakim Garis
a) Keputusan pengadil adalah muktamad. Seseorang pemain hanya boleh merayu
kepada Referi kejohanan ke atas undang-undang sahaja.
b) Semua sekolah wajib menyediakan seorang pengadil yang berpengalaman. Jika
tidak, dendaan RM50.00 akan dikenakan.
c) Keputusan pengadil boleh mengatasi hakim garis sekiranya pasti keputusannya
betul.

9. Penangguhan Perlawanan
a) Penangguhan perlawanan tidak dibenarkan kecuali diputuskan oleh Referi
Kejohanan dan pihak penganjur.

10. Gelanggang dan Peralatan


a) Mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF),
jenama bulu tangkis yang akan digunakan ialah MY3 (MENGIKUT KEMAMPUAN
BELANJAWAN PENGELOLA).

11. Bantahan/Juri Rayuan/Lembaga Tatatertib


a) Sekiranya ada bantahan bertulis, hendaklah menggunakan format surat rasmi
kepada Pengerusi Juri Rayuan dan disertakan dengan wang tunai sebanyak
RM300.00 sebagai pertaruhan, tidak lewat daripada 30 minit setelah tamat
sesuatu perlawanan. Sekiranya bantahan tersebut ditolak atau tidak munasabah
wang pertaruhan tidak akan dikembalikan.

12. Sumbangan Penyertaan


a) Semua sekolah diwajibkan membayar sumbangan penyertaan pada atau sebelum
17 Jun 2022 (Jumaat).

13. Pindaan dan Hak Jawatankuasa Pengelola


a) Semua peraturan yang dinyatakan di atas mesti dipatuhi.
b) Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan BWF dan MSSM akan
diputuskan oleh Referi kejohanan dan Jawatankuasa Penganjur MSSD dan
keputusan ini adalah muktamad.
c) Pemilihan peserta untuk mewakili Daerah Sandakan ke MSSS adalah berdasarkan
keputusan acara perseorangan. Keputusan acara bergu dijadikan rujukan sahaja.

You might also like