Pergigian

You might also like

You are on page 1of 1

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Tangga Batu Perdana

11-1 Jalan Seri Buana 3, Taman Tangga Batu Perdana, 76400 Tanjong Kling, Melaka
http://tmntanggabatuperdana.pedi.my
Email: tmntanggabatuperdana@pjk.com.my

Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan (Pergigian) Negeri


Bahagian Kesihatan Pergigian
Tingkat 3, Wisma Persekutuan,
Jalan Business City, Bandar Mitc,
75400 Ayer Keroh, Melaka

Tuan/Puan,

JEMPUTAN UNTUK MENGADAKAN PEMERIKSAAN GIGI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Pusat Ekonomi Digital & Keluarga Malaysia (PEDi) Taman
Tangga Batu Perdana akan mengadakan program Hari Bersama Komuniti mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 4 Julai 2022 (Isnin)


Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Pusat Ekonomi Digital & Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Tangga Batu Perdana

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput pihak tuan untuk mengadakan pemeriksaan
gigi pada hari tersebut untuk penduduk sekitar Taman Tangga Batu Perdana yang akan hadir berkunjung
pada hari tersebut.

4. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan sangat diharapkan untuk menjayakan program
tersebut. Untuk maklumbalas atau pertanyaan boleh hubungi Puan Aqilah di talian 017 6084328.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Nor Aqilah Binti Zulhisham


Nor Aqilah Binti Zulhisham
Pengurus
PEDi Taman Tangga Batu Perdana
017-6084328

You might also like