You are on page 1of 9

Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling mengasihi,

mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain. Tambahan pula,
keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan. Seseorang yang tidak
mempunyai keluarga, iaitu hidup sebatang kara, tidak mempunyai tempat bergantung untuk
menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-layang terputus tali. Pada tahun 2003,
Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini demikian kerana beliau berjaya mendapat
17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah kerana
Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan
sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah bahawa faktor
kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan
sokongan daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan dorongan yang boleh
diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kerana keluarga
bahagia pemangkin kecemerlangan anak-anak.

Antara peranan keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan lebih terdorong
untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu bapa lebih mengenali
dan rapat dengan anak-anak . Ibu bapa yang berjaya akan menjadi idola dan inspirasi untuk
kecemerlangan anak-anak. Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anak-anak
cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah kehidupan mereka agar berjaya atau
lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan ibu bapa yang
berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi untuk berjaya seperti mereka. Buktinya,
kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati hampir 50 peratus rakyat
Malaysia terlibat dengan gejala negatif lazimnya mempunyai konflik keluarga. Oleh itu,
benarlah bahawa kepimpinan melalui teladan merupakan dorongan yang boleh diberikan
oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak. 

Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting tulang dan
bekerja keras dengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh pendapatan yang
lumayan dan mewah. Hal ini kerana ibu bapa mahu memberikan kemudahan dan keselesaan
yang secukupnya kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Semua ibu bapa
menginginkan kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak mempunyai masa depan yang
cerah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah.Sebagai contoh, ibu bapa yang
tidak berkemampuan terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang semata-mata
untuk membiayai persekolahan anak-anak mereka. Dalam era modenisasi ini, pendidikan
semakin memerlukan kos yang tinggi. Hal ini menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja
dengan lebih kuat dan lebih masa untuk menampung kos pendidikan anak-anak mereka.
Buktinya, mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah menyatakan bahawa
wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah semua ibu bapa sanggup
mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan cahaya mata mereka. Kenyataan ini
membuktikan bahawa ibu bapa rela berkorban demi anak-anak mereka sekali pun terpaksa
bergadai nyawa. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengorbanan ibu bapa menjadi
dorongan untuk anak-anak cemerlang dalam bidang pelajaran.

Dorongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan memberikan anak-anak
didikan agama yang sempurna. Hal ini kerana anak-anak yang mempunyai didikan agama
yang sempurna akan terang hati dan lebih mudah untuk menerima pelajaran. Mereka akan
mempunyai prinsip hidup yang teguh, sekali gus menyebabkan mereka tidak mudah
terpengaruh oleh gejala negatif yang semakin berleluasa seperti kudis dalam masyarakat
marcapada ini. Kejayaan Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM 2006 menunjukkan
bahawa pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu meraih kejayaan.
Albert Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu
tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, jelaslah bahawa didikan agama yang sempurna
merupakan salah satu dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga demi kecemerlangan
anak-anak dalam bidang akademik.

Sebagai intiha, dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting kejayaan anak-
anak. Rentetan itu, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain wajarlah bersatu padu bagai aur
dengan tebing dan sama-sama berusaha seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah untuk merealisasikan impian murni mereka. Dorongan keluarga dapat melahirkan
anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang dilaungkan mantan Perdana
Menteri kita yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah". Marilah kita buktikan kepada dunia
bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak lagi dibelenggu atau tidak lagi umpama
katak di bawah tempurung, malah telah bertamadun dalam menuju era globalisasi untuk
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain untuk negara maju yang lain di
seluruh sarwajagat ini.

Peranan Ibu Bapa memastikan Kecemerlangan Anak-anak

Anak ibarat kain putih , ibu bapalah yang insan yang bertanggungjawab mencorakkannya.
Jika merah, merahlah ia, jika biru, birulah ia. Corak yang dihasilkan itu bakal menentukan
siapakah anak-anak pada masa hadapan, Ibu bapa sentiasa mengharapkan dan
mendambakan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna serta berbakti terhadap
orang tua. Demi mencapai keinginan tersebut ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja bagi
memastikan hasrat hati mereka itu terlaksana dengan jayanya. Mereka tega menghabiskan
masa dan tenaga bahkan wang ringgit demi melihat anak-anak mereka berjaya. Kebanyakan
ibu bapa menyayangi anak mereka dengan setelusnya, umpama menatang minyak yang
penuh. Namun, dengan mencurhkan kasih sayang semata-amata tidak mungkin akan dapat
menjadikan anak-anak seorang insan yang berbakti, justeru usaha-usaha lain harus ditimbal
balik dan diambil kira.

Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah Iskandar “seribu mancis
tidak dapat menerangi engkau dalam kegegalapan namun, cahaya keimanan pasti dapat
menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan”. Oleh hal yang demikian, langkah awal wajar
diambil oleh ibu bapa untuk meralisasikan hasrat murni itu iaitu dengan cara menerapkan
dan memberikan didikan agama yang sempurna. Rasulullah S.A.W bersabda yang
bermaksud; “ suruh dan perintahlah anak-anakmu mendirikan solat sedari umurnya tujuh
tahun”. Solat merupakan perkara terpenting yang perlu dipantau oleh ibu bapa. Solat dapat
mendidik anak-anak untuk sentiasa melakukan perkara baik dan menjauhi perkara mungkar.
Apabila anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti menghormati oarng tua
dan berbudi pekerti luhur, sudah pasti segala apa yang diangan-angankan oleh ibu bapa akan
menjadi realiti. Insan yang berguna ialah insan yang tahu nilai diri dan estetika. Jadi apabila
benteng pertahanan diri mereka sudah cukup teguh, segala apa yang dirancang pasti
menjadi nyata.

Seterusnya usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan melihat
anak-anak mereka berjaya itu tercapai adalah dengan bermain “tarik tali’ dengan anak-anak.
Dalam usaha mendidik anak-anak ibu bapa perlu mengamalkan toleransi, perasaan kasih
sayang dan bertegas dalam bicara perlu menjadi tunjang utama. Ibu bapa tidak perlu
memanjakan anak-anak sehingga mereka merasakan bahawa diri seperti anak emas dalam
keluarga, ibu bapa boleh menuruti rengekkan dan permintaan anak-anak. Namun, mereka
harus berpada-pada, Sedikit penegasan perlu diberikan. Hal ini bertujuan mengelakkan anak-
anak menjadi manja dan besar kepala. Menghukum apabila anak-anak melakukan kesalahan
tidak bererti ibu bapa membanci, tetapi hal ini merupakan tanda ibu bapa menyayangianak-
anak. Apabila perasaan kasih sayang dan bertegas sudah menjadi sama rata, maka tidak
akan wujud sebarang kekangan. Anak-anak akan sentiasa mengawal tingkah laku dan
peradaban mereka. Malah, mereka pasti akan melakukan yang terbaik demi membahagiakan
diri sendiri dan ibu bapa yang tercinta. “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Perpeganglah kepada peribahasa tersebut, nescaya kesudahan yang baik akan menjadi milik
kita.

“Lampu Alladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi Alladdin akan mengosoknya
terlebih dahulu”. Begitulah kata-kata azimat yang ditinta oleh Alex Osborn. Hasrat ibu bapa
untuk menyaksikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna tidak akan berhasil jika
ibu bapa sahaja yang bertungkus lumus menggembleng tenaga. Dalam konteks ini, ibu bapa
perlu memberi sedikit penekanan terhadap kepentingn pendidikan dalan sanubari anak-
anak. Ibu bapa perlu mengasuh anak-anak untuk memahami dan mendalami ilmu. Anak-
anak pula perlulah berusaha untuk mencapai keinginan tersebut. Anak-anak umpama
jentera yang memerlukan minyak pelincir bagi menlancarkan pergerakannya. Apabila minyak
pelincir sudah dituang, maka akan lencarlah pergerakannya. Sehubungan dengan itu, kedua-
dua belah pihak perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masnig bagi memastikan
kelangsungan perjalanan hidup mereka.

Tun Dr Mahathir pernah berkata, “banyak masalah di dunia ini berpunca daripada sikap
manusia yang tidak pernah berusaha memahami antara satu sama lain dan berbincang
untuk melepaskan diri daripada sebarang musibah”. Oleh yang demikian langkah drastik
yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang
berguna ialah dengan menyelami hati dan keinginan anak-anak. “Umpama menarik rambut
dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak”, ibu bapa perlu sebaik-baiknya
mengetahui rasa hati anak-anak. Cara sebegini akan dapat menghindari anak-anak daripada
berasa tertekan. Tertekan dalam konteks ini bermaksud bahawa anak-anak akan berasa
dalam dilema sama ada menurut kemahuan diri dan menghancurkan harapan ibu bapa atau
menurut kemahuan ibu bapa dan merobek hati sendiri. Kebanyakan ibu bapa mengharapkan
anak-anak berusaha untuk mencapai mimpi mereka tanpa memikirkan kemampuan sebenar
anak-anak. Anak-anak akan memberontak akibat desakan yang bertubi-tubi daripada ibu
bapa. Nah, apabila situasi ini berlaku, lain yang diharap lain yang menjadi, bak kata pepatah,
yang dikejar tidak dapat yang diikendong berciciran. Oleh itu, ibu bapa perlu memikirkan
sedalam-dalamnya atas segala tindakan yang akan diambil. Setiap insan memiliki paradigma
dan pandangan yang berbeza dalam menentukan hala tuju hidup mereka. Dato Dr Fadzillah
Kamsah, ada menyebut “usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit
tidak mungkin digapai, sedangkan bumi sedia di tapak kaki”.

Selanjutnya ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang kepada anak-anak untuk
melakukan apa yang mereka hajati, asalkan tidak menyipang dan tersasar jauh ke lembah
kehancuran. Dalam memastkan anak-anak berhsil menjadi insan yang berguna, ibu bapa
tidak boleh terlalu mengongkong anak-anak. Tiada paksaan dalam menuntut ilmu. Jika anak-
anak tidak mampu meneruskannya, ibu bapa tidak boleh terus memaksa. Sebaliknya
dorongan dan kata-kata semangat perlu diberi untuk menaikkan semula semangat membara
anak-anak. Ahli Falsafah Pascal mengungkapkan “kalau kita berusaha mencapai keinginan,
mulakan dengan kata-kata yang lembut kerana kata-kata yang lembut umpama air yang
menyirami tanah yang tandus”. Desakan dan paksaan akan menjatuhkan anak-anak.
Sebaliknya dorongan dan nasihat akan mendorong anak-anak untuk berjaya kerana “anak
umpama bunga-bunga yang tumbuh di taman, yang menjadi tanah dan baja ialah ibu bapa”.
Justeru mulakan dengan kelembutan dalam memastikan kejayaan menjadi hak hakiki dan
azali anak-anak.

Intihanya, sudah terang lagi bersuluh, usaha untuk memastikan anak-anak mereka supaya
menjadi insan berguna bukanlah mudah. Professor Beetcher pernah berkata, “anak-anak
ibarat simen basah, sesiapa yang jatuh ke atasnya pasti memberi kesan”. Justeru, ibu bapa
perlu berhati-hati mengambil sebarang tindakan dalam usaha melahirkan model insan yang
cemerlang. Usaha yang sewajarnya perlu diambil dan segala emosi yang membungkam jauh
dalam sanubari perlu ditolak ke tepi. Kepentingan setiap individu perlu diambil kira dan
dipertimbangkan. Akhir kalam, pendayong sudah di tangan, perahu sudah di air, segala
tindakan wajar sudah terpampang hanya yang tinggal adalah usaha untuk melaksanakannya.
Jauhkan emosi untuk meningkatkan prestasi,

Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Bincangkan.


“Keluarga bahagia tunjang kemakmuran negara”. Pernyataan ini jelas
menunjukkan bahawa keluarga memang memainkan peranan yang penting
dalam membentuk keperibadian mulia kanak-kanak. Remaja kini sering
melibatkan diri dalam masalah social yang telah mencetuskan isu polemik
dalam kalangan media massa yang saban hari meniti dari bibir ke bibir.
Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Sudah tentu, sesuatu
perkara berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon
pokok tidak akan berliuk-lintuk tidak ditiup angin. Pembentukan
keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.
Sesebuah keluarga dibentuk dengan peranan ibu bapa masing-masing
kebanyak ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga
menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti anak kera
di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Oleh hal yang demikian,
ibu bapa haruslah mengimbangkan kerjaya dan kehidupan seharian mereka
agar anak-anak dapat mendapat didikan yang baik dari segi fizikal dan
metal. Ibu bapa sewajarnya tahu bahawa mujtamak yang kaya dalam
kebindaan tetapi muflis dari segi keperibadian akan secara tidak langsung
memberi impak negative terhadap anak-anak mereka. Oleh itu, keluarga
terutamanya ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membentuk
keperibadian anak-anak.
Tambahan pula, ibu bapa haruslah memberi didikan dan asuhan yang
baik sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-
anak tentunya dapat mengimplimentasikan nilai-nilai murni dan sikap positif
ini dalam kehidupan seharian, seterusnya membentuk sanubari yang baik.
Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, oleh hal
yang demikian mereka mestilah sentiasa bersikap penyanyang dan berbudi
pekerti mulia dan jangan sesekali dijadikan seperti ketam mengajar anaknya
berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa jati diri anak-anak dapat dibentuk melalui institusi keluarga
khususnya ibu bapa yang memainkan peranan yang penting.

Disamping itu, anak-anak yang berfikiran suci akan sentiasa


mencontohi kelakuan ibu bapa mereka ibarat bapa borek, anak rintik. Ibu
bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling
dipercayai anak-anak. Justeru itu, ibu bapa sewajarnya menginduktrinasikan
pucuk-pucuk hijau ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak
remaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan social dan budaya
hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik. Melalui nasihat
dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untuk
membezakan antara intan dan kaca kerana sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna lagi. Institusi keluarga memang merupakan salah
satu langkah yang signifikan dalam membentuk keperibadian anak-anak.
Dalam nada yang berbeza, keluarga yang marem dan sakina turut
merupakan tempat yang paling baik agar proses pengajaran dan
pembelajaran dilakukan dalam kalangan anak-anak. Sikap-sikap yang positif
haruslah disemai dalam jiwa anak masing-masing bentuk menjamin
kesejahteraan hidup dan pembentukan keperibadian mulia mereka. Anak-
anak yang ibarat berusia setahun jagung, berdarah setampuk pinang ini mesti
diberi penekanan dari segi mental dan fizikal supaya kelak dapat menjadi
tunggak negara.
Intihanya, keluarga merupakan mercu tanda kemakmuran negara.
Ibu bapa mestilah menjalankan peranan masing-masing agar tidak dijadikan
seperti hangat-hangat tahi ayam. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk
keperibadian yang mulia, sudah tentu anak remaja yang merupakanpemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara ini dapat menjadi pemimpin yang
berkaliber kelak. Impian Perdana Menteri untuk membentuk sebuah negara
yang “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang” dapat dimakbulkan, sekaligus
menjadi negara Malaysia berdiri gah di persada dunia.

Cemerlang anak, cemerlang ibu bapa


January 15, 2010 by admin   
Filed under Motivasi, Tips Ibu Bapa
Leave a Comment
Kecemerlangan hari ini biasanya ditakrifkan dengan pencapaian hebat dalam peperiksaan. Orientasi
akademik yang lebih menjurus kepada peperiksaan telah menjadikan pelajar yang cerdik tetapi
rendah nilai akhlak Islamnya. Justeru kecemerlangan itu haruslah disedari oleh ibu bapa sebagai
seorang anak yang berjaya dalam bidang akademik dan pada waktu yang sama mempunyai
syakhsiah yang terpuji. Cabaran dunia hari ini mengajak kita berfikir semula untuk menilai siapakah
sebenarnya yang benar-benar cemerlang itu. Apakah dengan berjaya mencapai keunggulan dalam
akademik, tetapi nilai agama dikesampingkan? Atau apakah dengan mempunyai budi perkerti yang
baik, akhlak Islam yang murni tetapi kurang berjaya dalam lapangan ilmu? Kita tidak mahu kedua-
duanya, kedudukan yang terbaik adalah mempunyai kelebihan dalam kedua-duanya, baik dan
cemerlang dalam akademik juga syakhsiahnya.
Kalau kita lihat dan perhatikan, ibu bapa hari ini lebih resah dan gelisah sekiranya anak-anak tidak
dihantar ke kelas tuisyen. Jarang kita mendengar ibu bapa menjadi susah hati sekiranya tidak dapat
menghantar anak-anak untuk belajar al-Quran. Jarang kita mendengar ibu bapa menjadi risau jika
anak-anak tidak pandai solat. Kita sering mendengar “Alaa…dia masih kecil lagi. Nanti bila besar
tahulah dia untuk solat”. Perkara ini harus disedari oleh ibu bapa agar anak-anak yang mewarisi kita
menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Berbalik kepada persoalan ‘Kecemerlangan Pelajar dan Peranan Ibu Bapa’, kecemerlangan seorang
anak semestinya bermula dari rumah. Suasana yang harmoni di rumah akan mempengaruhi jiwa dan
mental anak-anak. Sebab itu kita lihat kebanyakan kes juvana yang berlaku berpunca daripada
kepincangan institusi kekeluargaan. Ibu bapa bergaduh di hadapan anak-anak, ibu bapa mengabaikan
tuntutan agama dalam kehidupan, ibu bapa sibuk mengejar kerjaya sehingga mengabaikan perhatian
kepada anak-anak dan sebagainya. 80% daripada kes juvana yang berlaku disebabkan runtuhnya
sistem dalam institusi kekeluargaan Islam. Sebagai ibu bapa kita mesti faham bahawa anak-anak
yang masih mentah dan tidak matang mudah dipengaruhi oleh anasir buruk. Sekiranya ibu bapa tidak
memberi perhatian kepadanya, mengabaikan asuhan dan didikan agama, maka sudah pasti anak-
anak mudah terjebak dalam arus kerosakan. Kita tidak nafikan, ada juga kes pendidikan agama yang
secukupnya telah diberi namun anak yang membesar akhirnya menjadi rosak. Hal ini bukanlah alasan
untuk kita tidak menjalankan usaha mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berguna.
Sebelum kita pergi jauh, saya ingin memecahkan sedikit mentaliti ibu bapa hari ini. Kadang-kadang
ibu bapa amat pesimis, terlalu rasa rendah diri dan tidak berani untuk menjadi pendorong kepada
anak-anak. Jarang sekali di kalangan ibu bapa yang menemani anak-anak ketika melakukan kerja
rumahnya kerana bimbang akan ditanya oleh anak-anak soalan yang tidak difahaminya. Lebih-lebih
lagi apabila mata pelajaran Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris. Perkara ini
sebenarnya suatu kesilapan yang tidak disengajakan. Aspek psikologi anak-anak sebenarnya akan
berkembang dan digerakkan apabila anak-anak merasakan kasih sayang yang dicurahkan melalui
perhatian daripada ibu bapa. Buatlah apa sahaja di samping anak-anak yang sedang melakukan kerja
rumahnya atau mengulangkaji pelajarannya. Sekurang-kurangnya apabila kita menemani mereka
belajar, mereka rasa bertuah kerana kita mengambil berat tentang perkembangan pelajaran mereka.
Selain itu, setiap kali pulang dari sekolah, kita jarang juga bertanya kepada anak-anak apakah yang
dipelajari hari ini, berapa markah ujian yang diperoleh, bila peperiksaan, ada kelas tambahan atau
tidak? Ruang yang paling baik untuk membincangkan perkara ini dalam suasana yang biasa dan
santai iaitu ketika makan tengah hari atau makan malam.
Perkara yang hendak ditekankan di sini ialah tugas bapa bukan sekadar menyediakan wang untuk
membeli peralatan pembelajaran anak-anak semata-mata.
Artikel ini adalah sebahagian daripada kertas kerja yang disediakan dalam Seminar Penasihatan
kekeluargaan Bestari 2, 2005.
“Alangkah bertuahnya anak-anak, rasa dihargai dan disayangi sekiranya ibunya memuji tulisannya
yang cantik. Biar pun kita tidak pandai untuk mengajar mereka untuk menyelesaikan masalah
pelajaran.

You might also like