You are on page 1of 1

Teks Ucapan Guru Bertugas Mingguan

Terima kasih , Cik Pengerusi Majlis


1. Bismillahirrahmanirrahim.
2. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
3. Yang berusaha Guru Besar SK Sultanah Asma,Pn. Zuraimi bt Mansor
4. Guru Pen Kanan Pentadbiran,En Wan Anisham b. Wan Ishak
5. Guru Pen Kanan Hal Ehwal Murid, Pn.Nazreyana bt Md Nordin
6. Guru Pen Kanan KOkurikulum, Pn Siti Hajar bt Othman
7. Rakan-rakan guru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Minggu ini adalah minggu ke 11 persekolahan bg sesi 2022/2023. Guru2 yang


bertugas pada minggu ini ialah cikgu sendiri selaku ketua guru Bertugas pd
minggu ini. Cikgu Suriani, Pn.Sobiroh, Pn.Nor A’zina, Pn.Norasita, Pn. Faizah,
Pn. Muniroh Mohd Radzi dan Pn Nurul Syuhada. Sebarang masalah, murid-
murid boleh berjumpa dengan cikgu2 yang disebutkan tadi.

Tajuk ucapan pd minggu ini ialah Amalan Pelajar Cemerlang. Elok rasanya
harini cikgu ingin kongsi 5 amalan untuk menjadi Pelajar Cemerlang. Kerana
selepas cuti penggal pertama nanti pihak sekolah telah merancang akan
mengadakan ujian Pengesanan. Setelah 2 thn kita ber PKP, namun begitu
amalan Cemerlang perlu dipupuk semula dlm diri masing2. Cikgu ambil
contoh 5 Amalan Cemerlang yang paling dekat dengan diri kamu.

Yang pertama..
berdisiplin dan mempunyai sahsiah serta peribadi yang unggul. Sbg
cth,bercakap dengan bahasa yang sopan,sentiasa menghormati
keluarga,guru mahupun rakan2.

Yang kedua…mentaati guru..kerana guru menyampaikan ilmu kepada kamu


guru juga mendidik kamu supaya menjadi orang yang berguna. Cthnya..
ucap salam apabila bertemu dengan guru. Yang paling penting murid perlu
mengenali semua guru yang ada di sekolah ini bukan shj guru yang
mengajar kamu..malah paling penting guru besar dan Guru2 PK sekolah.

Yang ketiga…hormati ibu bapa.doa dan restu ibu bapa adalah penting.
Jaga hati dan dengar nasihat ibu bapa

Yang keempat… bijak mengurus masa. Gunakan masa dengan perkara2


yang berfaedah..cthnya mengulangkaji pelajaran ..menyiapkan kerja
sekolah..menghantar kerja sekolah mengikut masa yang ditetapkan.

Dan yang kelima.. tuntutan kepada agama iaitu jaga solat. Setiap agama
ada cara masing2 untuk berdoa. Tidak kiralah agama islam,hindu mahupun
buddha. Cikgu harap semua murid dapat mengamalkan 5 amalan
cemerlang ini. Akhir kata dari cikgu..

“KEJAYAAN YANG LUAR BIASA DIMULAKAN DENGAN USAHA YANG LUAR BIASA”
SEKIAN,TERIMA KASIH

You might also like