You are on page 1of 26

GARIS PANDUAN

PENTAKSIRAN BERTERUSAN
(PB)

MATEMATIK
MULAI TAHUN 2021

LEMBAGA PEPERIKSAAN
PANDUAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
MATA PELAJARAN MATEMATIK

1.0 Komponen Pentaksiran Berterusan

Pentaksiran Berterusan (PB) adalah suatu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di


kolej vokasional sepanjang semester berdasarkan Kurikulum Standard Kolej
Vokasional (KSKV) bagi mentaksir pengetahuan, kemahiran dan nilai. PB bagi mata
pelajaran akademik merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu dengan
menilai aspek kognitif dan afektif secara berterusan sepanjang semester.
PB dilaksanakan oleh tenaga pengajar dan pihak institusi sepenuhnya bermula dari
aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen, pentadbiran, pentaksiran dan
penskoran serta pelaporan.
PB merupakan aktiviti pentaksiran yang dilaksanakan seiring dengan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) secara berterusan dan berintegriti. Pelaksanaan PB memerlukan
komitmen yang tinggi daripada tenaga pengajar dan pihak institusi untuk
mengembangkan potensi setiap pelajar ke tahap maksimum.
Bagi mata pelajaran akademik, setiap pelajar mesti melaksanakan mana-mana satu (1)
instrumen / tugasan dalam setiap semester. Setiap tugasan pula boleh dilaksanakan
lebih daripada sekali.

2.0 Wajaran Pentaksiran Berterusan (PB)

PB bagi mata pelajaran Matematik dibuat secara berkala dan berterusan dalam
tempoh pengajian pada setiap semester merujuk kepada Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran dalam KSKV.

Wajaran PB bagi mata pelajaran Matematik ialah 30%.

Wajaran
Mata Pelajaran
Pentaksiran Berterusan Penilaian Akhir
(PB) (PA)
Matematik 30% 70%

2
3.0 Cadangan Tugasan PB bagi mata pelajaran Matematik

Bil. Instrumen Tugasan Cadangan Aktiviti Aspek Dinilai

• Memilih / mendapat tajuk


Projek mini • Mengumpul maklumat / data • Pengetahuan dan kefahaman
• Membuat perbincangan dan • Kemahiran asas
Kajian
penambahbaikan • Kemahiran mengaplikasi
1 (Individu /
• Membuat pembentangan • Kemahiran menyelesaikan
Berkumpulan)
Kajian kes / • Menghasilkan laporan bertulis / masalah
bahan buku skrap / folio secara • Nilai
individu

I-think / peta
minda
• Memilih / mendapat tajuk • Pengetahuan dan kefahaman
Rekreasi • Mengumpul maklumat • Kemahiran asas
matematik • Membuat perbincangan dan • Kemahiran mengaplikasi
2 Role play
(Individu / penambahbaikan • Kemahiran menyelesaikan
Berkumpulan) • Menghasilkan peta I-Think / masalah
peta minda / infografik / video • Nilai
Guru muda

Jadual 1: Cadangan Tugasan PB bagi mata pelajaran Matematik

3
4.0 Prosedur Pembinaan Instrumen Pentaksiran
i. Merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam KSKV
ii. Menilai instrumen mengikut markah yang ditaksirkan
iii. Menyediakan instrumen mengikut rubrik pentaksiran bagi setiap tugasan

5.0 Contoh Kerangka Pelaksanaan PB bagi mata pelajaran Matematik

Pelajar perlu melaksanakan mana-mana satu (1) instrumen bagi setiap semester.
Setiap tugasan pula boleh dilaksanakan lebih daripada sekali.

Instrumen Tugasan Sem 1 Sem 2 Sem 3 Sem 4

Kajian Projek mini √ √ √ √


(Individu /
Kajian kes /
Berkumpulan) √ √ √ √
bahan
I-think / peta
Rekreasi √ √ √ √
minda
Matematik
Role play √ √ √ √
(Individu /
Berkumpulan)
Guru muda √ √ √ √

Jumlah Markah 30 30 30 30

Jadual 2: Contoh Kerangka Pelaksanaan PB bagi mata pelajaran Matematik

4
CONTOH TUGASAN
PROJEK MINI

BAB 2: PERSAMAAN LINEAR

Standard Kandungan:
2.2 Persamaan linear dalam dua pemboleh ubah.

Standard Pembelajaran:
2.2.1 Menulis persamaan linear dalam dua pemboleh ubah bagi pernyataan yang
diberi.
2.2.2 Menentukan nilai satu pemboleh ubah apabila diberi nilai pemboleh ubah yang
lain.

ARAHAN TUGASAN:

Berdasarkan Rajah 1, Rajah 2 dan Rajah 3, jawab semua soalan berikut:


1. Ungkapkan perimeter dalam sebutan x dan y.
2. Bentukkan persamaan linear perimeter dalam sebutan x dan y.
3. Cari nilai y apabila nilai x diberi.
a) Rajah 1 : x = 5 .
b) Rajah 2 : x = 6 .
c) Rajah 3 : x = 5 .
4. Lukis rajah yang diberikan mengikut ukuran sebenar.
5. Seterusnya, hitung luas, dalam cm2.

a)

y cm Perimeter = 24 cm

x cm
Rajah 1

5
b)

y cm
Perimeter = 24 cm
x cm

8 cm
Rajah 2

x cm
c)

Perimeter = 22 cm
4 cm 5 cm

y cm
Rajah 3

PELAKSANAAN:

1. Projek mini ini hendaklah dilaksanakan secara berkumpulan (3 orang).


2. Setiap ahli kumpulan hendaklah menyiapkan buku skrap secara individu.
3. Hasil buku skrap yang terbaik mestilah menepati format yang merangkumi:
a) Tajuk
b) Nama kumpulan dan ahli
c) Penghargaan
d) Isi kandungan
e) Objektif
f) Hasil tugasan

TEMPOH / MASA:
• 3-4 minggu

6
BORANG PEMARKAHAN INDIVIDU
PROJEK MINI
NAMA : …………………………………………………………
NO. KAD PENGENALAN : …………………………………………………………
TAJUK : …………………………………………………………
TARIKH : …………………………………………………………

Skala
Aspek Ditaksir Markah
1 2 3
A. Penyelesaian Masalah
1. Mengungkap perimeter
2. Membentuk persamaan linear
3. Mencari nilai satu pemboleh ubah y apabila nilai x
diberi
JUMLAH /9
B. Lukisan dan Pengiraan
4. Melukis rajah mengikut ukuran sebenar
5. Mengira luas
JUMLAH /6
C. Hasil Kerja
6. Mengikut format
7. Kreativiti / inovasi
8. Kekemasan
JUMLAH /9
D. Nilai dan Sikap
9. Kerjasama dalam kumpulan
10. Bertanggungjawab
JUMLAH /6
JUMLAH BESAR /30

Disemak oleh guru pentaksir: Disahkan oleh:

……………………………… ………………………………
TARIKH: TARIKH:

7
RUBRIK PROJEK MINI

SKALA MARKAH
ASPEK
DITAKSIR
3 2 1

A. Penyelesaian Masalah
1. Mengungkap Dapat membentuk tiga Dapat membentuk mana- Dapat membentuk mana-
perimeter ungkapan perimeter dalam mana dua ungkapan mana satu ungkapan
sebutan x dan y dengan perimeter dalam sebutan x perimeter dalam sebutan x
betul. dan y dengan betul. dan y dengan betul.

2. Membentuk Dapat membentuk tiga Dapat membentuk mana- Dapat membentuk mana-
persamaan persamaan linear dengan mana dua persamaan linear mana satu persamaan
linear betul. dengan betul. linear dengan betul.

3. Mencari nilai Dapat mencari tiga nilai Dapat mencari mana-mana Dapat mencari mana-
satu pemboleh ubah y dengan dua nilai pemboleh ubah y mana satu nilai pemboleh
pemboleh betul. dengan betul. ubah y dengan betul.
ubah y
apabila nilai x
diberi

B. Lukisan Dan Pengiraan


4. Melukis rajah Dapat melukis tiga rajah Dapat melukis mana-mana Dapat melukis mana-
mengikut mengikut ukuran sebenar dua rajah mengikut ukuran mana satu rajah mengikut
ukuran dengan betul. sebenar dengan betul. ukuran sebenar dengan
sebenar betul.

5. Mengira luas Dapat mengira tiga luas Dapat mengira mana-mana Dapat mengira mana-
dengan betul. dua luas dengan betul. mana satu luas dengan
betul.

C. Hasil Kerja
6. Mengikut Mengikut format Mengikut sebahagian format. Tidak mengikut format.
format sepenuhnya.

7. Kreativiti / Mempamerkan kreativiti, Mempamerkan kreativiti, Tidak mempamerkan


inovasi idea baharu dan menarik. idea sedia ada dan menarik. kreativiti dan kurang
menarik.

8. Kekemasan Penulisan yang kemas, Penulisan yang kurang Penulisan yang tidak
mudah dibaca dan kemas tetapi boleh dibaca kemas, sukar dibaca dan
difahami. dan difahami. difahami.

8
D. Nilai Dan Sikap
9. Kerjasama Menunjukkan kerjasama Menunjukkan kerjasama Tidak menunjukkan
dalam yang baik dalam yang kurang baik dalam kerjasama dalam
kumpulan kumpulan. kumpulan. kumpulan.

10. Bertanggung- Setiap ahli menunjukkan Sebahagian ahli tidak Tidak menunjukkan sikap
jawab sikap bertanggungjawab menunjukkan sikap bertanggungjawab
terhadap tugasan masing- bertanggungjawab terhadap terhadap tugasan.
masing. tugasan.

9
CONTOH TUGASAN
KAJIAN KES / BAHAN

BAB 2: GRAF GERAKAN

Standard Kandungan:
2.1 Graf Jarak-Masa

Standard Pembelajaran:
2.1.1 Melukis graf jarak-masa
2.1.2 Mentafsir graf jarak-masa dengan menghuraikan gerakan berdasarkan graf
tersebut
2.1.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan graf jarak-masa

ARAHAN TUGASAN:

Pelajar dikehendaki untuk merekod masa dan jarak perjalanan yang bermula dari
bengkel automotif ke dewan makan asrama.

Berdasarkan situasi yang diberi:


1. Bina jadual masa (minit) dan jarak (m).
2. Lukis graf jarak-masa.
3. Huraikan gerakan berdasarkan graf yang dibina.
4. Cari laju perjalanan itu.

PELAKSANAAN:

1. Kajian kes ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan (2 orang).


2. Setiap ahli kumpulan hendaklah menyiapkan folio secara individu.
3. Hasil folio yang terbaik mestilah menepati format yang merangkumi:
a) Tajuk
b) Nama kumpulan dan ahli
c) Penghargaan
d) Isi kandungan
e) Objektif
f) Hasil tugasan

TEMPOH / MASA:
• 3-4 minggu

10
BORANG PEMARKAHAN INDIVIDU
KAJIAN KES / BAHAN
NAMA : ………………………………………………………
NO. KAD PENGENALAN : ………………………………………………………
TAJUK : ………………………………………………………
TARIKH : ………………………………………………………

Skala
Aspek Ditaksir Markah
1 2 3
A. Jadual
1. Membina jadual
JUMLAH /3
B. Graf
2. Menggunakan skala yang sesuai dan seragam serta
memplot titik dengan betul
3. Melukis graf dengan licin dan melalui semua titik
yang diplot
JUMLAH /6
C. Huraian Gerakan
4. Menghurai gerakan berdasarkan graf
JUMLAH /3
D. Penyelesaian Masalah
5. Menghitung laju
JUMLAH /3
E. Hasil Kerja
6. Mengikut format
7. Kreativiti / inovasi
8. Kekemasan
JUMLAH /9
F. Nilai dan Sikap
9. Kerjasama dalam kumpulan
10. Bertanggungjawab
JUMLAH /6
JUMLAH BESAR /30

Disemak oleh guru pentaksir: Disahkan oleh:

……………………………… ………………………………
TARIKH: TARIKH:

11
RUBRIK KAJIAN KES / BAHAN

SKALA MARKAH
ASPEK
DITAKSIR
3 2 1

A. Jadual
1. Membina Jadual lengkap Jadual sebahagian lengkap Jadual tidak lengkap
jadual (mengandungi maklumat (mengandungi maklumat (tidak mengandungi
berkaitan masa dan jarak). berkaitan dengan masa / maklumat berkaitan
jarak). dengan masa dan
jarak).

B. Graf
2. Menggunakan Skala sesuai dan seragam Skala sesuai dan seragam Skala tidak sesuai
skala yang serta semua titik diplot tetapi tidak semua titik diplot dan seragam serta
sesuai dan dengan betul pada graf. dengan betul pada graf. tidak semua titik
seragam serta diplot dengan betul
memplot titik pada graf.
dengan betul

3. Melukis graf Graf licin dan melalui Graf licin tetapi tidak melalui Graf tidak licin dan
dengan licin semua titik pada graf. 2 titik pada graf. tidak melalui lebih 3
dan melalui titik pada graf.
semua titik
yang diplot

C. Huraian Gerakan
4. Menghurai Dapat menghurai semua Dapat menghurai sebahagian Tidak dapat
gerakan maklumat dalam graf maklumat dalam graf dengan menghurai maklumat
berdasarkan dengan betul. betul. dalam graf.
graf

D. Penyelesaian Masalah
5. Menghitung Dapat mengira laju dengan
laju betul.

E. Hasil Kerja
6. Mengikut Mengikut format Mengikut sebahagian format. Tidak mengikut
format sepenuhnya. format.
7. Kreativiti / Mempamerkan kreativiti, Mempamerkan kreativiti, Tidak mempamerkan
inovasi idea baharu dan menarik. idea sedia ada dan menarik. kreativiti dan kurang
menarik.

12
8. Kekemasan Penulisan yang kemas, Penulisan yang kurang Penulisan yang tidak
mudah dibaca dan kemas tetapi boleh dibaca kemas, sukar dibaca
difahami. dan difahami. dan difahami.

F. Nilai Dan Sikap


9. Kerjasama Menunjukkan kerjasama Menunjukkan kerjasama Tidak menunjukkan
dalam yang baik dalam kumpulan. yang kurang baik dalam kerjasama dalam
kumpulan kumpulan. kumpulan.
10. Bertanggung- Setiap ahli menunjukkan Sebahagian ahli tidak Tidak menunjukkan
jawab sikap bertanggungjawab menunjukkan sikap sikap
terhadap tugasan masing- bertanggungjawab terhadap bertanggungjawab
masing. tugasan. terhadap tugasan.

13
CONTOH TUGASAN
I-THINK / PETA MINDA

BAB 2: TRANSFORMASI

Standard Kandungan:
2.1 Translasi, Pantulan dan Putaran
2.2 Pembesaran

ARAHAN TUGASAN:

1. Pelajar diminta untuk menghasilkan satu peta I-think berkaitan dengan topik
transformasi.
2. Peta I-think yang dihasilkan mesti merangkumi empat jenis transformasi
berikut:
a) Translasi
b) Pantulan
c) Putaran
d) Pembesaran

PELAKSANAAN:

1. Tugasan ini hendaklah dilaksanakan secara individu.


2. Peta I-think yang dihasilkan adalah mengikut idea dan kreativiti masing-
masing.
3. Aspek yang dinilai oleh pensyarah termasuklah aspek kreativiti / inovasi,
kekemasan, autentik, nilai dan sikap.

TEMPOH / MASA:
• 2 minggu

14
BORANG PEMARKAHAN INDIVIDU
I-THINK / PETA MINDA

NAMA : …………………………………………………………
NO. KAD PENGENALAN : …………………………………………………………
TAJUK : …………………………………………………………
TARIKH : …………………………………………………………

Skala
Aspek Ditaksir Markah
1 2 3

1. Pengenalan / maksud

2. Isi

3. Huraian / contoh

4. Simbol / formula

5. Bahasa / istilah matematik

6. Penggunaan warna

7. Kreativiti / inovasi

8. Kekemasan

9. Autentik

10. Nilai dan sikap

JUMLAH /30

Disemak oleh guru pentaksir: Disahkan oleh:

……………………………… ………………………………
TARIKH: TARIKH:

15
RUBRIK I-THINK / PETA MINDA

SKALA MARKAH
ASPEK
DITAKSIR
3 2 1
1. Pengenalan / Ditulis dengan tepat. Ditulis kurang tepat. Tidak ditulis.
maksud
2. Isi Maklumat yang Maklumat yang disampaikan Maklumat yang
disampaikan menepati menepati tajuk tetapi kurang disampaikan tidak
tajuk dan jelas. jelas. menepati tajuk dan
kurang jelas.

3. Huraian / Lengkap, teratur dan Lengkap dan mudah difahami. Tidak lengkap dan sukar
contoh mudah difahami. difahami.

4. Simbol / Menggunakan simbol / Menggunakan simbol / Menggunakan simbol /


formula formula yang tepat formula yang kurang tepat formula yang tidak
berkaitan dengan tajuk. berkaitan dengan tajuk. berkaitan dengan tajuk.

5. Bahasa / istilah Menggunakan bahasa / Menggunakan bahasa / istilah Menggunakan bahasa /


matematik istilah yang tepat. yang kurang tepat. istilah yang tidak tepat.

6. Penggunaan Menggunakan warna Menggunakan warna yang Menggunakan warna


warna yang sesuai. kurang sesuai. yang tidak sesuai.

7. Kreativiti / Mempamerkan kreativiti, Mempamerkan kreativiti, idea Tidak mempamerkan


inovasi idea baharu dan menarik. sedia ada dan menarik. kreativiti dan kurang
menarik.
8. Kekemasan Penulisan yang kemas, Penulisan yang kurang kemas Penulisan yang tidak
mudah dibaca dan tetapi boleh dibaca dan kemas, sukar dibaca dan
difahami. difahami. difahami.

9. Autentik Asli, sahih dan benar. Sebahagian tidak asli. Tidak asli.

10. Nilai dan Menunjukkan sikap Menunjukkan sikap Tidak menunjukkan


sikap bertanggungjawab bertanggungjawab terhadap sikap bertanggungjawab
terhadap tugasan dan tugasan tetapi tidak menepati terhadap tugasan dan
menepati masa. masa. tidak menepati masa.

16
CONTOH TUGASAN
ROLE PLAY

BAB 2: SET

Standard Kandungan:
2.1 Set
2.2 Gambar rajah Venn, set semesta, pelengkap bagi suatu set dan subset
2.3 Persilangan set
2.4 Kesatuan set
2.5 Gabungan operasi set

SOALAN TUGASAN:

1. Diberi bahawa set semesta, ξ = {x : 19 ≤ x ≤ 31, x ialah integer} dan set R = {x : x


ialah nombor dalam keadaan hasil tambah dua digitnya ialah nombor genap}.
Senaraikan unsur bagi set R  .

2. Rajah di bawah ialah gambar rajah Venn dengan set semester ξ = P  Q  R .

Lorek kawasan yang mewakili set P   Q   R ?

17
3. Rajah di bawah ialah gambar rajah Venn yang menunjukkan bilangan unsur
dalam set R, set S dan set T.

R S
x–4
3 1

x–3
8 9

5
T

Diberi bahawa set semesta ξ = R  S  T dan n( S ) = n( S  T ) .


Cari nilai x.

PELAKSANAAN:

1. Tugasan Role Play ini hendaklah dilaksanakan secara berkumpulan (3 orang).


2. Setiap ahli kumpulan hendaklah membuat pembentangan mengikut soalan
yang diberi.
3. Langkah kerja dan jawapan yang lengkap perlu ditunjukkan ketika
pembentangan dilakukan.
4. Setiap ahli kumpulan perlu membentangkan hasil kerja masing-masing.
Markah akan dinilai secara individu.
5. Sesi soal jawab akan dijalankan semasa / selepas pembentangan.

TEMPOH / MASA:
• 3-4 minggu.

18
BORANG PEMARKAHAN INDIVIDU
ROLE PLAY

NAMA : …………………………………………………………
NO. KAD PENGENALAN : …………………………………………………………
TAJUK : …………………………………………………………
TARIKH : …………………………………………………………

Skala
Aspek Ditaksir Markah
1 2 3
A. Penyelesaian Masalah
1. Langkah kerja
2. Jawapan
JUMLAH /6
B. Persembahan
3. Penyampaian
4. Bahasa
5. Peranan bersilih ganti
6. Kreativiti / inovasi
7. Sokongan ahli kumpulan
JUMLAH /15
C. Nilai dan Sikap
8. Agihan tugas
9. Kerjasama dalam kumpulan
10. Bertanggungjawab
JUMLAH /9
JUMLAH BESAR /30

Disemak oleh guru pentaksir: Disahkan oleh:

……………………………… ………………………………
TARIKH: TARIKH:

19
RUBRIK ROLE PLAY

SKALA MARKAH
ASPEK
DITAKSIR
3 2 1

A. Penyelesaian Masalah
1. Langkah kerja Menerangkan langkah Menerangkan langkah kerja Menerangkan langkah kerja
kerja yang teratur, jelas yang teratur tetapi kurang yang tidak teratur, kurang
dan mudah difahami. jelas dan sukar difahami. jelas dan sukar difahami.

2. Jawapan Menunjukkan jawapan Menunjukkan jawapan Tidak menunjukkan


yang betul dan lengkap. yang betul tetapi tidak jawapan.
lengkap.

B. Persembahan
3. Penyampaian Penyampaian yang jelas, Penyampaian yang jelas Penyampaian yang tidak
teratur dan menunjukkan dan menunjukkan jelas dan tidak
pemahaman yang pemahaman terhadap menunjukkan pemahaman
mendalam terhadap tugasan. terhadap tugasan.
tugasan.

4. Bahasa Penggunaan bahasa Penggunaan bahasa Penggunaan bahasa pasar


standard, sopan dan standard dan boleh dan boleh difahami.
mudah difahami. difahami.

5. Peranan Mempamerkan bukti yang Mempamerkan bukti Mempamerkan bukti


bersilih ganti jelas peranan agihan tugas peranan agihan tugas yang peranan agihan tugas yang
yang baik dalam kurang baik dalam tidak baik dalam kumpulan.
kumpulan. kumpulan.

6. Kreativiti / Mempamerkan kreativiti, Mempamerkan kreativiti, Tidak mempamerkan


inovasi idea baharu dan menarik. idea sedia ada dan menarik. kreativiti dan kurang
menarik.
7. Sokongan ahli Ahli kumpulan memberi Ahli kumpulan memberi Ahli kumpulan
kumpulan sokongan yang baik sokongan kurang baik mementingkan diri sendiri
terhadap rakan ketika sesi terhadap rakan ketika sesi ketika sesi soal jawab.
soal jawab untuk soal jawab.
kebaikan bersama.

C. Nilai Dan Sikap


8. Agihan tugas Agihan tugas yang adil Agihan tugas kurang adil Agihan tugas tidak adil dan
dan sama rata. dan tidak sama rata. tidak sama rata.

20
9. Kerjasama Menunjukkan kerjasama Menunjukkan kerjasama Tidak menunjukkan
dalam yang baik dalam yang kurang baik dalam kerjasama dalam kumpulan.
kumpulan kumpulan. kumpulan.

10. Bertanggung- Setiap ahli menunjukkan Sebahagian ahli tidak Tidak menunjukkan sikap
jawab sikap bertanggungjawab menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap
terhadap tugasan masing- bertanggungjawab terhadap tugasan.
masing. tugasan.

21
CONTOH TUGASAN
GURU MUDA

BAB 3: MATRIKS

Standard Kandungan:
3.2 Operasi Asas Matriks

Standard Pembelajaran:
3.2.1 Menambah dan menolak matriks
3.2.2 Mendarab matriks dengan suatu nombor
3.2.3 Mendarab dua matriks

ARAHAN TUGASAN:

Bayangkan anda adalah seorang guru muda. Ekoran penularan kes Covid-19 yang
menghadkan pergerakan dan perjalanan kelas secara bersemuka, anda merancang
untuk melaksanakan proses PdP secara atas talian. Oleh itu, anda perlu menyediakan
satu video pembelajaran bagi topik Operasi Asas Matriks yang merangkumi tajuk:
1. Menambah dan menolak matriks
2. Mendarab matriks dengan suatu nombor
3. Mendarab dua matriks

PELAKSANAAN:

1. Tugasan ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan apa-apa aplikasi


termasuk aplikasi di laman sosial.
2. Persembahan video hendaklah berdurasi 20 - 30 minit mengikut idea dan
kreativiti masing-masing.
3. Pamerkan diri anda sebagai seorang guru (Berpakaian kemas, bertutur dengan
jelas dan bahasa yang sopan).
4. Menghantar hasil kerja (video) kepada pensyarah untuk penilaian.

TEMPOH / MASA:
• 2 minggu.

22
BORANG PEMARKAHAN INDIVIDU
GURU MUDA

NAMA : …………………………………………………………
NO. KAD PENGENALAN : …………………………………………………………
TAJUK : …………………………………………………………
TARIKH : …………………………………………………………

Skala
Aspek Ditaksir Markah
1 2 3
A. Isi
1. Menepati tajuk
2. Huraian / contoh
3. Penyelesaian masalah
JUMLAH /9
B. Persembahan
4. Penyampaian
5. Bahasa
JUMLAH /6
C. Reka Bentuk Visual
6. Font / grafik / simbol
7. Kreativiti / inovasi
JUMLAH /6
D. Nilai dan Sikap
8. Penampilan diri
9. Keyakinan diri
10. Pengurusan masa
JUMLAH /9
JUMLAH BESAR /30

Disemak oleh guru pentaksir: Disahkan oleh:

……………………………… ………………………………
TARIKH: TARIKH:

23
RUBRIK GURU MUDA

SKALA MARKAH
ASPEK
DITAKSIR
3 2 1

A. Isi
1. Menepati Maklumat yang Maklumat yang Maklumat yang
tajuk disampaikan menepati disampaikan menepati tajuk disampaikan tidak menepati
tajuk dan jelas. tetapi kurang jelas. tajuk dan kurang jelas.

2. Huraian / Lengkap, teratur dan Lengkap dan mudah Tidak lengkap dan sukar
contoh mudah difahami. difahami. difahami.

3. Penyelesaian Cara menyelesaikan Cara menyelesaikan Cara menyelesaikan


masalah masalah ditunjukkan masalah ditunjukkan tetapi masalah tidak ditunjukkan.
dengan jelas dan mudah sukar difahami.
difahami.

B. Persembahan
4. Penyampaian Penyampaian yang jelas, Penyampaian yang jelas Penyampaian yang tidak
teratur dan dan menunjukkan jelas dan tidak
menunjukkan pemahaman terhadap menunjukkan pemahaman
pemahaman yang tugasan. terhadap tugasan.
mendalam terhadap
tugasan.

5. Bahasa Penggunaan bahasa Penggunaan bahasa Penggunaan bahasa pasar


standard, sopan dan standard dan boleh dan boleh difahami.
mudah difahami. difahami.

C. Reka Bentuk Visual


6. Font / grafik / Menggunakan font yang Menggunakan font yang Menggunakan font yang
simbol sesuai dan grafik / sesuai tetapi grafik / simbol tidak sesuai dan grafik /
simbol yang berkaitan yang tidak berkaitan simbol yang tidak berkaitan
dengan tajuk. dengan tajuk. dengan tajuk.

7. Kreativiti / Mempamerkan Mempamerkan kreativiti, Tidak mempamerkan


inovasi kreativiti, idea baharu idea sedia ada dan menarik. kreativiti dan kurang
dan menarik. menarik.
D. Nilai Dan Sikap
8. Penampilan Sangat kemas, bersih Kemas dan menunjukkan Kurang kemas dan tiada
diri dan menunjukkan penampilan seorang guru. penampilan seorang guru.
penampilan seorang
guru.

24
9. Keyakinan Tahap keyakinan yang Tahap keyakinan yang Tahap keyakinan yang
diri sangat tinggi. sederhana. rendah.

10. Pengurusan Sangat baik. Baik. Kurang baik.


masa

25
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

26

You might also like