You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA


Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Educational Resource and Technology Division Tel: 603-20817777
Persiaran Bukit Kiara Faks: 603-20817788
50604 Kuala Lumpur Laman Web:
Malaysia https://www.moe.gov.my/

Rujukan kami : KPM.600-12/1/4 JLD21( 99 )


Tarikh : 17 Jun 2021

SEPERTI LAMPIRAN A

Tuan,

HEBAHAN MENGENAI MICROSOFT SHOWCASE SCHOOL (MSS) FASA 2 BAGI TAHUN


2021.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengintegrasian Teknologi Pendidikan, Bahagian


Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dengan
kerjasama Microsoft Malaysia sedang menyelaraskan Program Microsoft Showcase School
(MSS) Fasa 2 bagi tahun 2021. MSS adalah penganugerahan yang diberi kepada sekolah-
sekolah yang diterajui oleh pemimpin sekolah yang mempunyai visi dan misi untuk perubahan
selaras dengan dasar Pendigitalan Sekolah. Sesi webinar mengenai program MSS Fasa 2/2021
ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Jun 2021 (Isnin)


Masa : 2.00 petang – 5.00 petang
Pendaftaran : http://bit.ly/msscohort2
Pautan : https://aka.ms/SCS-MoE-Cohort2

3. Perserta bagi program ini adalah terdiri daripada pegawai SSTP, JPN, pemimpin
sekolah dan guru ICT sekolah. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak tuan
untuk memanjangkan perkara ini kepada pegawai dan sekolah di bawah pentadbiran
tuan.

4. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, pihak tuan boleh menghubungi Puan
Jayanthi Jayaraman di talian 03-20818178/ jayanthi@moe.gov.my. Segala perhatian
dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MAZNAH BINTI ABU BAKAR A.N.S, P.M.C)


Pengarah
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Lampiran 1

1. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
(u.p KPP SSTP)

2. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
(u.p KPP SSTP)

3. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
(u.p KPP SSTP)

4. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Negeri Sembilan
(u.p KPP SSTP)

5. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
(u.p KPP SSTP)

6. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
(u.p KPP SSTP)

7. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan\
(u.p KPP SSTP)
8. Pengarah
Jabatan Pendidikan WP Labuan
(u.p KPP SSTP)

2
3

You might also like