You are on page 1of 2

MENGHASILKAN MINI PIZZA

1.0 FORMULASI

Bil. Bahan Berat


1. Tepung high Protein (HP) 1 kg
2. Yis 15 g
Bahan-bahan
3. Garam 16 g
untuk membuat
4. Gula halus 20 g doh
5. Air 500 ml
6. Minyak 28 g
7. Tomato puri 540 g
8. Tomato pes 540 g
9. Oregano 16.2 g
10 Bawang Putih 14 g
11 Bawang Besar 37 g Topping pizza
12 Sosej 1 pek
13 Ayam kisar 250 g
14 Cendawan 1 tin
15 Cili benggala hijau 1 biji
16 Mozarella 500 g
17 Mangkuk kertas ( saiz mini pizza) 20 keping
18 Minyak masak 30 g
19 Sayur campur 20 g

2.0 PENYEDIAAN MESIN DAN PERALATAN


1. Alat penimbang
2. Mangkuk kertas (paper cup)
3. Ketuhar (oven)
4. Mangkuk stainless steel
5. Sudu
6. Dulang
7. Kuali
8. Sudip
9. Minyak
3.0 LANGKAH PEMPROSESAN (MEMBUAT DOH)
1. Satukan air, yis dan gula dalam bekas. Biarkan selama 10 minit
2. Dalam bekas lain, masukkan tepung, garam, dan larutan yis yang telah
dilarutkan tadi.
3. Uli doh sehingga 10 minit
4. Bulatkan doh, sapu permukaan doh dengan minyak dan simpan dalam
bekas bertutup selama 30 minit.
5. Setelah dih naik sehingga 2 kali ganda, tumbuk doh untuk buang angin
6. Timbang doh kepada 50g dan masukkan ke dalam bekas mangkuk kertas
dan cucuk-cucuk dasar doh dengan garpu

3.1 LANGKAH PEMPROSESAN (TOPPING PIZZA)


1. Bawang besar dan cili benggala dipotong dadu. Manakala bawang putih
dicincang
2. Cendawan dihiris tipis dan Sosej dipotong ikut kesesuaian
3. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih sehingga
keperangan.
4. Masukkan sosej dan masak sehingga kering
5. Selepas itu masukkan cendawan, sayur campur dan cili benggala.
6. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biarkan sehingga masak
7. Setelah itu, ambik doh yang telah dileperkan didalam mangkuk kertas dan
masukkan sedikit tomato pes
8. Kemudian masukkan inti ayam yang telah dimasak tadi.
9. Letakkan tomato puri diatas ayam tersebut
10. Selepas itu, masukkan hirisan sosej, mozarella dan tabur oregano
diatasnya.
11. Bakar 170 °C dalam masa 15 minit atau sehingga keperangan.

You might also like